Kenali Bongkol, Pitas


::Salam::
::Bismillah::

Catatan : 05

Maklumat yang diperolehi tidaklah banyak mana. Sumber maklumat diperoleh berdasarkan perbualan ringkas bersama penduduk, penerangan dari guru disana, serta berdasarkan pemerhatian saya. Jadi disini, disertakan serba sedikit mengenai Bongkol ini.

Fokus: Kampung Bongkol dan penduduknya.


1. Bongkol merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Pitas, dikawasan pedalaman 02.


2. Majoriti masyarakat berbangsa Rungus.


3. Masyarakat disana kebanyakannya beragama Kristian.


4. Jumlah penduduk seramai lebih kurang 500++ orang.


5. Pekerjaan mereka ialah bertani, berniaga kecil-kecilan, nelayan dan selebihnya menganggur. (Keadaan laut, sungai jauh)(ramai yang tidak bekerja selepas SAFODA muflis)


6. Penduduk disitu tidak berapa mudah menerima tetamu luar (semenanjung atau2 luar negara). Kene pandai tackle.


7. Struktur rumah bagi Kaum Rungus unik dan stabil.


8. Hampir setiap rumah mempunyai astro. Macam2 ada!!


9. Tarian tradisi mereka ialah : Bamboo Dance. (selebihnya saya tidak ingat)


10. Ukhuwah antara penduduk amat kukuh tanpa rapuh. Saling kenal mengenal. Saling bantu membantu. Sanggup tinggalkan meeting bersama orang luar (semenanjung) sewaktu berlaku kebakaran rumah seorang guru. Yer! Tidak tipu.


11. Kenderaan rasmi di sana bagi sesiapa yang mampu ialah 4WD. Contohnya: Kembara, Pajero, dan sebagainya. Struktur jalan yang mengizinkan untuk mereka menggunakan kereta yang kecil2. (Boleh ja. Cuma kene pendai2 sendiri).


12. Ibu bapa disana tidak menitik beratkan pendidikan serta tidak menyokong anak-anak mereka. Hanya segelintir yang mementingkannya.


13. Anjing merupakan haiwan utama kesayangan mereka. Bagi sesetengah dari mereka berpendapat bahawa anjing lagi utama dari anak-anak. Alasan: Anjing dapat membantu tuannya mengambil hasil tanaman, boleh disuruh dan dilatih.


14. Kawasan yang bukan lah pergunungan atau pulau atau pun laut, menjadikan sumber utama bekalan air disana ialah air hujan. Mandi, masak, mencuci dan segalanya menggunakan tadahan air hujan yang ditapis sendiri.


15. Ada sebuah klinik kesihatan disitu.


16. Bekalan elektrik yang ada, tetapi akan terputus setiap hari dalam tempoh waktu yang lama. Tidak menentu.


17. Penduduk yang kuat, taf, dan sihat!!. Berjalan kaki sejauh mungkin untuk melaksanakan sesuatu. Contohnya mahu ke Bandar Pitas. Jika berlari tempohnya 8 jam. Jika berjalan lenggang, mungkin 2x ganda. (Tidak semua orang mempunyai motokar sendiri)


18. Ada satu air terjun yang sangat2 cantik di kampung itu. kalau jalan kaki gaya mereka (ala2 lari lah bagi kita sebab cepat) makan masa 45 minit. Kami tak berkesempatan kesana.


19. Bukit Bongkol adalah antara tempat yang menarik juga disana. (nanti akan dikisahkan sedikit di post yang lain)


· SAFODA : Rancangan tanah projek (hutan simpanan)


· Mari lah kesana!!



Pakcik Osman yang berumur 90 tahun. Angkat Kayu Api.. Sungguh berat kayu2 nih..Kami da cuba!
Struktur rumah kaum Rungkus secara grafik bukan 3D.

Dan dibawah ini, antara contoh2 rumah di sana.



Nampakkan Tong BIRU tuh. haa, itulah tempat tadah air hujan. Setiap rumah ada.

Anjing2 disini, cara nak halau dia, cakap ja : Sik2.. Nanti dia pergi, atau dia akan duduk diam.

Pada Hari Ketiga Di Sabah


::Salam::

::Bismillah::


Catatan : 04

Sambungan kepada sebuah permulaan….

Perjalanan selama 5 jam ke destinasi sebenar; Pitas memang menarik. Para peserta dan En. Soon menaiki bas UMS, manakala pensyarah menaiki pacuan empat roda. Perjalanan yang mengasyikkan. Pemandangan yang menarik. Keadaan jalan yang hebat. Ada yang bertar, ada yang hanya bertatahkan batu gravel dan kadang2 berlantaikan tanah yang becak dan lembik. Maka, sering menimbulkan rasa tidak senang dan risau dikalangan kami terutama pakcik drebar bas.

Boleh saya katakan bahawa, itulah bas pertama yang kami nampak boleh masuk kedalam kawasan kampung pedalaman dengan keadaan jalan yang hebat. Malah penduduk di Pitas juga pertama kali melihat kehebatan bas yang berjaya masuk ke dalam kampung mereka. TAHNIAH pakcik!!

……………………………….

Maka, tinggal lah kami disana selama 5 hari. Syok!!

Nota:

· Perkongsian selepas ini, lebih memfokuskan kepada fakta-fakta penting yang memang ada disitu serta aktiviti yang telah dilaksanakan.


Bas yang kami naik


Air Kicaiping -- limau ais dan letak asam boi.. (Sesuai utk org mabuk jalan jauh)


Kediaman Peserta Lelaki (Surau Kg. Bongkol)

Kediaman Peserta Perempuan dan Pensyarah2 (Rumah Rehat SAFODA)

Kumpulan PIAGAM 2010


::Salam::
::Bismillah::

Catatan : 03

Alhamdulillah, aturan Allah itu yang terbaik. Kami, bergabung dari pelbagai universiti meneruskan aktiviti PIAGAM ini. Pemilihan dilakukan oleh pihak atasan. Kami hanya menerima dengan hati terbuka dan tertanya2..

Terdapat 6 orang pensyarah pengiring. Mereka ialah:

- En. Soon Singh A/L Bikar Singh (UMS) – Ketua Pengiring yang COOLL!!!!

- Dr. Shahabuddin bin Hashim (USM)

- Dr. Md Yusnan Yusof (UIAM)

- PM Dr. Rusnani bt Abd Kadir (UPM)

- Pn. Khadijah S. Hashim (UiTM)

- Cik Crispina Gregory K Han (UMS)

Manakala Peserta adalah seramai 16 orang termasuk 2 orang wakil PERMADIK:

- Muhammad Fariz b Mohd Yusoff (UPSI)

- Muhd Juraidi Mat Yusof (USM)

- Munirawati bte Umaryadi (UPSI)

- Ahmad Ridzuan bin Mohamad (UDM)

- Mohd Ridhwan bin Mohd Mokhtar (UUM)

- Mohd Nazri bin Mat Yasin (UiTM)

- Effy Haridth bin Rozhan (UPSI)

- Nik Afra’ binti Nik Mohd Azam (UIAM)

- Puteri Aini bt Megat Yusof (UKM)

- Nurul Mahzahidah bt Mazlan (UTHM)

- Ummi Afiqah bte Abd Wahid (USIM)

- Noor Asikin bt Bakar (UPSI)

- Nul Ilham bte Mohd Noor (USM)

- Nur Ain bte Zainol Abidin (USM)

- Mohd Iddruz (UMS) – pengiring dari PERMADIK

- Mohd Hamidi Mohammad (UMS) – pengiring dari PERMADIK