Ajarin Aku
Salam . Bismillah .
Syukur sihat tubuh badan.
Syukur sihat akal fikiran.
Syukur sihat hati dan perasaan.
Cuma cuma cuma
Macam mana nak lebih memastikan
Tubuh . Akal . Hati
itu benar-benar sihat dan bermanfaat?
Rasa macam aku gunakan 10% atau mungkin kurang dibahagian akal itu.
Mungkin peratus yang sama juga untuk tubuh badan.
Selebihnya pada hati.
Apasal?
Memang tiada arus perdana penyusunan strategi sungguh.
- - - -
Okeh.
Sekarang, ajarin aku bagaimana untuk aku boleh pergunakan
peratusan otak itu dengan sepowernya.
Biar nanti, fikirannya segar megar bersinar.
Tidak LAPUK dengan ide ide lama, cara lama.
Ajarin juga manfaatkan peratusan tubuh berbakti pada masyarakat.
Bermula dari diri sendiri.
Teringin juga ia bersepah sepah di tapak larian.
Terus, ajarin memperkuasakan hati cara yang bijaksana.
Manusia pandai cuma tidak bijak.
(Cikgu saya ajar)
- - - -
Kenapa saya rasakan begini dan begitu?
Kerana tah.
Sudah 23 tahun hidup, syukur.
Tetapi macam tiada sebarang peningkatan, pemberian, penambahbaikan dan segala jenis 'pem..'
PEMalas ada.
- - - . . . - - -
Umur semakin menaik ya.
1 2 3 4 5 ..... 23 24 25 ...... 66 67 ..... 81 (umur nenda saya)
Sila lakukan sesuatu,
Tidak memberi nama pun, sekurangnya memberi sedikit dua titik impak!
Fasa
Salam . Bismillah .
Fasa banyak peringkat.
Yang kita akan cuba dan terpaksa harungi di dunia ini pelbagai jenisnya.
Kenapa pelbagai?
Ya ialah. Kerana kita mahu teruskan hidup untuk waktu disana. Di alam sana. Itulah kehidupan!
. . . .
Cuma banyak kaedah banyak cara untuk manusia harungi. Terpulang ikut selera.
Ada yang dengan semberono membelasahi fasa bertingkat-tingkat ini.
Ada yang kemas, menyusun satu persatu strategi untuk membedil cara mendalam.
Ada yang buat tak kesah. Alah bisa tegal biasa. Biar ja angin sepoi sedut segala.
. . . .
Pernah lihat anak harimau yang berlari-lari sebab ibu gajah gertak mereka?
Sampai terpelojok ke dalam lumpur, terus hitam tubuh mereka.
Sang Ibu harimau mahu pertahankan diri dan menyelamatkan situasi. Berani.
Sekali ibu gajah ini hentak kaki. Bergegar tanah gersang. Dan berlari lah juga sang ibu harimau.
Terus sang ibu harimau memacakkan diri diatas sebuah batu besar. Melaung gaya terhormat, memanggil anakanda anakandanya.
Mereka terus hidup selesa sambil tidur kekenyangan setelah penat berlari-lari.
. . . .
Mungkin kelihatan tiada kaitan.
Kerana itu adalah cara sang ibu-ibu binatang comel beraksi dalam fasa mereka.
Tapi itulah fasa-fasa dalam kehidupan.
Bayi - kanak kanak - remaja - dewasa - tua.
Setiap fasa bertingkat itu ada urusannya. Ada cabarannya.
Ikut kemahuan kita sendiri untuk menguruskannya.
kredit to : cik puan syaimaa' atas idea tajuk. :P
Duduk
Salam . Bismillah .
Seandainya sudah tiba satu ketika. Ia akan berbicara sama pohon aja.
Tetapi untuk berkelakuan begitu.
Terasa seperti tidak perlu. Sedangkan sangat teringin.
Ada masa sangat membenci dengan apa yang telah dilakukan.
Menyampah. Terasa seperti tiada gunanya! tiada faedahnya!
Lebih baik aku tidak melakukan apa-apa.
Terlalu memikirkan hal dihadapan. Sedang ia bayang-bayang.
Bila berkata. Macam terbaik dan semua perlu terima ya. Tapi?!
Target melolos hilang. Strategi melepas ke dasar tanah. Sampah.
Sampah. Tempatnya tong sampah. Biar ia dimusnahkan didalam itu.
Memang tidak boleh dikitar semula.
Tapi itu semua fikiran jangka pendek. Aku mahu apa hah?
Kalau hidup mahu dibuat seperti tong sampah. Tak payah hidup.
Buat segala. Serba serbi mahu dicuba. Apa yang aku mahu?
Hey!. Cakap sahajalah apa yang aku mahu?
Kalau hidup boleh ditekan butang DELETE . RECYCLE. NEW PROCESSING PROGRAM!
. . . . . . . .
jatuh dan melayang jauh tanpa arah yang terurus.
Rezeki
Salam . Bismillah .
(Catatan segera)
Adinda Aqilah akan menjejakkan kaki serta semangat dalamannya ke bumi kelahiran ku. Mesir.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada saya kerana tidak membenarkan beliau, untuk pulang ke Malaysia tahun ini. (kakak yang bagus - perasaan)
Kerana seronokkkk sangat puasa di sana. Beliau akan meraikan hari raya di Mesir Insha Allah.
Aish.. Giliran saya... OK. usaha lagi.
Selamat. Hati hati! :) Bestnya wehh!!!
sila cari hospital al-aqad madinat nasr ye. hehe. (mana tau ada tercalit nama alg kat situ) :P
ini beliau punya blogos : http://aqilahzam.blogspot.com/2011/08/pergi.html
Subscribe to:
Posts (Atom)