Selamat hari IBU BAPA..


..bismillah..

pada hari itu terjadilah hari untuk ibunda-ibunda saya yang tersayang..10 may 2009..

tapi sebernarnya hari-hari adalah hari ibunda saya..:)




memang banyak pengorbanan ibu ayah kita..sayangi..hargai..hormati..msg..call mereka sll..doakan mereka..sedekahkan AL-FATIHAH sentiasa kepada ibu bapa kita yer..
semoga diberkati ALLAH selalu..
Jika kita imbau kembali..ajaran Islam telah pun menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Maksudnya: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.(Hadis Riwayat at-Tirmizi)..

TERIMA KASIH duhai BONDA..

"Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yang ta'at kepada ibu bapa kami, anak-anak yang soleh, juga anak-anak yang tidak akan menyusahkan kedua ibu bapa kami pada hari ini dan di hari pembalasan..jadikanlah kami anak-anak yang akan terus menyumbangkan doa dan kebajikan bagi ibu bapa kami semasa mereka masih hidup atau setelah mereka kembali kepadaMu"~ameen..:)


Hikayat Adam dan Hawa


::Bismillah::



Ape kabar semua? Apa kabar iman kita semua? Ape kabar rohani kita? erm,diharapkan sihat sejahtera..Okeh, disini ana ingin menceritakan serba sikit tapi agak banyak mengenai hikayat Adam dan Hawa.Peh rasa cam seorang cikgu tengah ajar anak muridnya. :P

"Dari segumpal tanah menjadi segumpal daging

Dari sebatang rusuk menjadi sesusuk tubuh

Adam dan Hawa bersatu di syurga

Terpisah di dunia

Walau berabad di jarak waktu

Dengan izin ALLAH mereka kembali bertemu"




Sepertimana yang kita ketahui, Allah Taala adalah pencipta sekalian makhluk. Setelah Allah menciptakan bumi, langit, dan para malaikat, Allah berkehendak untuk menciptakan makhluk untuk dijadikan khalifah di muka bumi. Pabila para mendengarnya, mereka bimbang kerana makhluk ini akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. ~Al-Baqarah: 30.


Adam telah diciptakan dari tanah dan lumpur. Setelah bentuk tubuhnya sempurna, ditiupkan roh, maka terciptalah Adam~manusia pertama bergelar khalifah. Para malaikat diperintahkan untuk tunduk hormat kepada beliau. Tetapi hanya iblis yang ingkar. Dia merasakan dia yang terhormat dan terhebat kerana diciptakan daripada api.


Oleh kerana itu, dia telah dilaknat oleh Allah, para malaikat, dan seluruh isi alam sehingga hari akhirat. dia juga telah ditempatkan ke dalam neraka. Tetapi iblis memang angkuh. Dengan tanpa terima kasihnya, dia telah meminta diberikan kesempatan untuk terus hidup sehingga hari kiamat dan turut mengecam untuk menyesatkan seluruh keturunan Adam. Dasyat sungguh perangai iblis ini.


Allah telah memberikan bukti kepada para malaikat bahawa Adam adalah khalifah di bumi dengan mengajarkannya nama-nama benda yang berada di alam semesta. Sedang para malaikat sendiri tidak mengetahui terlebih dahulu nama-nama itu, lalu Adam diperintahkan untuk mengajar mereka.


Seperti yang kita ketahui, Adam adalah makhluk pertama diciptakan. Tanpa sebarang peneman hidup. Lalu sedang beliau memikirkan tentang keadaan dirinya yang kesunyian itu, beliau tertidur dan Jibril telah telah diutuskan untuk mencabut salah satu tulang rusuk Adam dan dibaluti dengan daging bagi penciptaan Hawa. Adam seolah-olah derada dalam keadaan bius. Tanpa sebarang rasa sakit seperti pembedahan masa kini, menggunakan bius pelali.


Tatkala beliau tersedar dari lelapnya, dicelikkan mata dan terlihat dihadapnnya seorang wanita cantik jelita bernama Hawa. Teringin sekali Adam mendekatinya. Tiba-tiba terdengar satu suara besar menyatakan, " Wahai Adam, tidak halal bagimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal melainkan dengan mahar dan akad nikah".


Fahamlah Adam dan Hawa bahawa mereka harus bernikah terlebih dahulu. Bersiap-siaplah para bidadari syurga memperhias Hawa secantiknya. Segala barang hantaran juga diambil dari syurga. Kemudia, 'Syajarah Thuba' menjadi saksi pernikahan mereka sambil dihadiri para malaikat.Mahar bagi pernikahan mereka ini bukanlah emas, permata, berlian. Tetapi selawat 10 kali keatas Nabi Muhammad, Nabi yang akan dibangkitkan, dan menjadi permata para anbiya' dan penutup serta penghulu para rasul.


Kehidupan mereka bertambah ceria dan seronok apabila sudah hidup berteman. Tetapi alangkah durjananya Iblis, Allah Ta'ala telah pun berfirman mengenai larangan mereka berdua menghampiri sebuah pohon. Akan tetapi iblis telah pun membisik, menggoda, memujuk mereka agar mendekati pohon khuldi itu dengar pelbagai pemanis ayat dan gambaran. Akhirya Hawa bangun dan memetik buah tersebut terus makan bersama-sama Adam.


Dan alangkah terkejutya mereka, pakaian mereka tertanggal serta merta tanpa seurat benang. Mereka dengan segera mengambil daun tin untuk menutup aurat mereka dan bersembunyi dicelah-celah pohon di syurga tatkala mereka terdengar suara dari Tuhan mereka kerana mereka malu dan menzalimi diri sendiri.


Mereka telah dihukum untuk diturunkan ke bumi sampai waktu ditentukan. Adam dan Hawa menyesali perbuatan meraka dan Allah telahpun menerima taubat daripada mereka. Selama Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, mereka berpisah berabad lamanya. Hawa ke timur dan Adam kebarat. Namun akhirya mereka bertemu kembali. Banyak riwayat menyatakan mereka bertemu di Jabal Rahmah.


Setelah Adam dan Hawa telah bersatu, lahirlah keturunan mereka yang pertama iaitu kembar lelaki dan perempuan. Kemudian yang kedua kembar lelaki dan perempuan. Apabila mereka sudah dewasa, Adam berhasrat untuk menikahkan Habil dengan perempuan dari kembar kedua. Dan Qabil dengan perempuan dari kembar pertama. Qabil dan Habil tidak setuju dengan cadangan itu kerana salah seorang dari kembar perempuan itu lebih cantik dan menawan dari yang seorang lagi.


Oleh kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya, Adam telah meminta agar mereka menyembahkan kepadanya kepada satu korban. Siapa berjaya, akan dikahwinkan dengan kembar perempuan yang menawan itu.


Berusahalah mereka berdua membawa korban masing-masing kepada ayahnya. Apabila Habil mengetahui Qabil telah berjaya, maka Habil memberontak mahu membunuh Qabil. Maka berlakulah pembunuhan pertama di bumi ini.


Ternyata apa yang telah difirmankan Allah benar belaka. Adam dan Hawa adalah keluarga pertama di bumi ini dan keluarga ini jugalah yang melakukan sesama saudara sendiri. Hawa adalah wanita pertama hidup disyurga dan wanita pertama yang meratapi kematian manusia pertama di bumi ini..

bersamalah kita ingat kembali apakah tugas kita di bumi ini. Adakah untuk bersuka-suka sahaja atau??~Adam telah diutuskan ke bumi untuk menyampaikan risalah Allah~ :D

~doakan semuanya berjalan lancar.ameen.

usrati


::bismillah::
inilah yang dinamakan keluarga..^.^
mempunyai ayahanda..bonda..kanda..dinda..
alangkah indahnya jika keluarga kite sume adalah keluarga yang sakinah.
Keluarga Sakinah idaman setiap manusia. Marilah kita bangunkan keluarga kita dengan pendidikan yang Islami, solat berjemaah, qiam bersama, doa dan zikir.


ayahanda..bonda..syukran buat kalian..anakanda bersyukur dilahirkan didalam keluarga ini..tak terbalas jasa kalian..adinda sekalian..terusakan usaha..mari kite bersama-sama bangun.berlari.dan terbang lebih tinggi menuju puncak yang ingin kite capai itu..

Do you think about the ummah??


Salam..
Bismillah..

Mati..adakah kite semua sudah bersedia? Sudah tentu hati ini akan berbelah bahagi..eh, da ready ke? Rasa mcm dah jer..tapi..erk.. Banyak nye dosa dah buat nih..mengumpat org x yah citer ar..mmg selalu.. kadang-kadang kite dah usaha untuk memperbaiki diri ini..tapi rase tak ada ape-ape kesan pun.. tak pe..jangan mengeluh..cube lagi!! USAHA!!

Ni nak citer sikit tentang masyarakat kini yang tidak mengmbil berat terhadap ibu bapa mereka dan leka dengan keseronokan dunia..seolah-olah mati tidak akan datang kepadanya selama-lamanya..
seorang jejaka muda belia yang hebat..hidup di tengah kesibukan bandar.. di kawasan rumah orang elit.. nak dijadikan contohnya..beliau ini baru berumur 20++..sudah menguruskan sebanyak 1830orang jenazah!! Apakah yang anda rasa? Saya? ~sorang jenazah pun saya tak pernah urus..teringin..tapi sokmo tak nak..bukan takut..tapi..mcm tak nak..

Ustaz muda ini mula menguruskan mayat sejak beliau berusia 15 tahun..bayangkan! berapa lama yer?? Skrg tahun 2009..hm…kire2 kan..okeh, mari kite singkap cerita beliau sepanjang mengurus jenazah yang berada di pelbagai keadaan..

kringgg..telefon berdering..Assalamualaikum..ustaz..

Ye..wa’alaikumussalam…~ustaz..tolong saya ustaz..ayah saya meninggal..tolong uruskan jenazah ayah saya secepat mungkin yer ustaz..kami tunggu di rumah..
Sampai sahaja rumah gah perhiasan mewah di import dari luar Negara..halaman yang besar, luas..taman yang cantik..tup..tup..keluar seorang ibu bergelar bonda..sekitar 50-an..ber t-shirt..skirt paras lutut..berlari-lari ke arah ustaz bersama-sama anakanda lelakinya yang mempunyai rupa paras yang handsome..

Erk..mana jenazahnya? Ustaz kehairanan..si bonda berkata: haa..ada kat dalam bersama Doktor perabadi yang kami minta datang sekali tadi.. si ibu itu mengeluarkan note RM 50 di envelope..jumlah di dalamnya adalah RM 10,000!!.. Si bonda itu berkata lagi: nah ustaz..amek duit nih..uruskan lah jenazah suami saya ni..kami nak cepat ni..nak pergi HOLIDAY!!.. Thank you ustaz..kalau tak cukup ke ape2 ke..bagi tau je..kami bole bayar..

Hueh??apekah?? adakah mereka manusia yang mempunyai hati dan perasaan??

Fikirkan yer…

Sebenarnya ustaz itu ada rahsia tersendiri..nantikan rahsia nye..;)

Salam..
p/s: erm..dialog itu direka bagi menambah mudah kefahaman..tetapi kisah itu BENAR..


Palestine and Me
::Poem::

Allahuakbar..Allahuakbar..
Where is the love?
Where is the humanity?
Where is our right?
Is there anyone the for us to relay?
Help..Help..The light of Muslims are fading away.

Tears and suffer
Palestine are suffering
Hope and dreams
Of Bro's and Sis's are dying
Misery and disaster
Has brought darkness to their lives
Their soul are take for granted
Without mercy

Can we give peace and chance
To build a muslim nation
To fight for the right

This is not what we " Muslim" attended
Muslims always swore to you
We're never fall apart
Our fellow Muslim
Always thought that we are strong
So now let us make difference

Let us write together
To save our Muslims lives
Let us unite together
And save our Muslim world

::direka khas oleh kawan2 ku::

Palestine and Me


..salam..
bismillah
ape kabar iman? ape kaba diri anda? ape kaba keluarga anda? ape kaba palestine? ahha..
erm..ni ada ar sedikit koleksi dari ktorg nyer study circle aritu..ktorg cipta lagu berjudul
.: Palestine and Me:.
Let us come along and get together
Strengthen our bond to save palestine
Spread our spirit to them thru the prayer
Put the trust totally in Allah
Divided we fall united we stand
Dont give up to defend your rights
Be patient to face all the trials
Jannah wait for you forever
We always support you palestine
Allah of share your sorrow and pain
Dont worry oh Palestine
Insya-Allah victory on your side
artis: afra'..kina..noni..afiqah..err..sorang lagi x ingat ~tau budak law jer..sori2
~sile nyanyi mengikut intonasi lagu matic iium~
::sile bagi tau jika ada kesahan ejaan serta kekurangan n lirik ini::

ilmu yang banyak~


..salam..
..bismillah..

i.l.m.u
al ilm bila amalin kal syajar bila thamarin
ilmu yang ada jangan kte beku kan iya..yeah~SEBARKAN..LUASKAN..KEMBANGKAN..umpama bunga mawar yang kembang ditaman..mekar segar..

kuasai segala ilmu ALLAH ni..anda akan rasai wow..SUBHANALLAH..seronoknya..menariknya~

itulah dia keasyikan kte apabila dapat sesuatu ilmu..samada kte kuasai atau tak..xkesah..sikit2 lame2 jadi bukit..

jangan cari alasan untuk kte tidak kuasai banyak bidang ilmu..
berilah peluang pada diri itu..

bidang pendidikan..fokus pada method pengajaran n pembelajaran (PnP)..
bidang lukisan..fokus pada kemahiran kte utk manfaatkan..photoshop..
bidang accounting..fokus pada pengurusan kewangan..DUIT2..
bidang architecture..fokus pada manager desingner..reka ape2 yg dia suka..
bidang engineering..fokus pada molekul2 dalam besi..angkasa..bangunan..
~sub2 je nih~ape yang saya tau..

saya sangat suka pada 5 bidang nih..hehe..masih cube untuk kuasai lebih mendalam..

tapi yang saya mmg aim adalah nak hafal QURAN 30juz seblom umur dah jadik 25..

doakan

begitulah...ILMU..macam2 ada..

selamat mengusai ilmu yang ALLAH bagi ni..masa ada..tenaga ada..kemampuan ada..
teruskan~










~hehe...sume projct2 yg x sempat2 nak update~
laptop2..cari duit..beli ar..adoi~

.:alatan-ilmu.skill.laptop~fikrah.picture.photoshop > blogspot.fs.:.

~ilham:hotel 5 bintang~bilik bos.