Lambaian Kesyahduan


::Salam::
::Bismillah::

Hari Terakhir

5 Disember 2009

5.00 am : Solat Subuh. Bersiap. Ini hari terakhir. Jadi kene kemas barang. Tapi saja, tak nak buat mcm hari last. Jadi, relex j dlu.

8.00 am : Breakfast. Tengok movie.

9.00 am : Kemas barang. Solat Dhuha. Cari pas kemasukan Sabah ttb hilang. Dush! Macam tanak balik plak an. Cari punya cari akhirnya jumpa. Alhamdulillah. Tibe2, pendrive Fatin pulak hilang. Saya lah punca nya. Letak atas laptop bersama2 pendrive saya. Tup2. Pendrive saya jer ada. Fatin punya xd. Erm. Carik2. Tak jumpa. Pelik jugak. Xp. Rezeki belum tiba lagi.

11.10 am : Bergambar bersama dan terus bergerak.

11.15 am : Singgah isi minyak di Petronas Ranau. Ambil Nabila. Kawan baru kami. Bergerak.

12.00 pm : Singgah di Hotel Perkasa. Tempat cantik. Sejuk. Cakap keluar lah haba2 tuh. Kabus tebal.

1.00 pm : Gerak ke National Park / Kinabalu Park.

1.30 pm : Sampai di Pintu Masuk Gunung Kinabalu. Maksudnya, sape nak mendaki, akan melalui pintu pagar itu. Kami (perempuan) tak turun. Sebab hujan + mengantuk. Hehe. Yang lelaki sebahagiannya turun. Makan megi.

3.00 pm : Pergi ke Pekan Nabalu. Harga barang2 di sini agak mahal. Kire 2/3 kali ganda dari harga di Tamu & Poring.

3.40 pm : Gerak ke KK.

5.35 pm : Solat Asar jamak di Masjid Bandaraya.

6.18 pm : Solat Maghrib di Masjid Sembulan.

7.30 pm : Makan di Tanjung Aru. Haikal pegi check in dulu kat airport. Nasib baik tak terlepas. lagi 5 minit jer kaunter tutup.

9.30 pm : Check In. Semangat2 nak masuk kapal. Tetibe annouce Flight to Kuala Lumpur No. 9547 will be delay to 11.15pm. Lebih kurang gitulah ayat dia. Patutnya kol 8.30pm. Tetibe dapat msg, tukar kol 9.40pm. patu tukar lagi kol 10 pm. last2 kaol 11.15pm.

11.00 pm : Sedar dari tidur. Angkut beg yg nak masuk kapal.

11.15 pm : Now Every One Can Fly. AK 9547. Seat No: 25B. Tiduqq....Sampai lah da sampai bumi semenanjung. Ngantuk amat sangat.

2.10 am : Sampai di LCCT.. Bumi Semenanjung memanggil untuk terus mengorak langkah baru. Menggapai matlamat yang telah lama diatur. Permudahkanlah.

2.25 am : Balik ke rumah Syifa’ di S.20 SA. Ayah Syifa' ambil.

~ Maka pengembaraan selesai. Benarlah seperti apa yang termaktub dalam sebuah hadis kalau tak silap. Lebih kurang ayat nya..Seseorang itu dapat dikenali dengan makan bersama, tidur bersama, jaulah bersama..

Masa Rehat Panjang + Kg. Kigiok


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 7

4 Disember 2009

5.00 am : Solat subuh dan bersiap.

8.00 am : Breakfast. Berehat. Transfer gambar. Baca buku.

11.30 am : Masak. Nasi+Sambal Udang +Ayam kentucky+Sayur Tumis. Chef Farah dan Chef Salleh. Saya mcm biasa. Potong ayam. ;)

12.00 pm : Lelaki2 pergi solat jumaat. Sebenarnya di Sabah, org perempuannya solat Jumaat juga. Cume saya tahu lambat sikit. da setengah jam mereka pergi baru lah tahu. Kalau tahu awal, mesti da pergi dah.

2.00 pm : Siap masak. Kemas2. Bersiap2. Tanakwagu/Lelaki makan dahulu. Tiba2 tau2 jer. Nasi 6/7 pot tu habis..lauk sipi2 nak habis..wosho! sedap sangat kah?? Hehe. Naseb bek Man (pekerja Uncle masakkan nasik utk kami). Sempat lah merasa.

3.55 pm : Pegi rumah kak Wani di Kg. Kigiok. Beliau jugak salah seorang fasi RDP batch 4/5 camtuh.

4.30 pm : Sampai. Makan lagi. Masakan asli Sabah. Kak Wani masak. Beliau mmg terer masak! Minum air kelapa. Kak Wani masak nasi gune Beras Bukit. Huh. Lazaaattt!!! Lauk pun lazat amat.. Alhamdulillah! Shah yang panjat pokok. Belajar mengupas buah kelapa. Sape terer dia boleh buat laju mcm kak wani. Siap2 minum berehat. Berkenalan sikit2. Mak beliau suruh nyanyi dahulu sebelum pulang. Sume malu2 segan. Last2 nyanyi lagu rasmi program. Atas Nama Cinta nyanyian UNIC.

6.18 pm : Bergerak dan mencari gerai yang menjual Buah Durian. Kemudian, melihat pemandangan keseluruhan Ranau. Tetapi tak berapa jelas sangat. Sebab malam dan sebab pohon2 besar tumbuh meliar. Yang nampak hanya cahaya2 lampu di kawasan lembah itu. Sejuk. Menarik!. Sile bayangkan ada sebuah kawah besar. Didalamnya ada penduduk. Haa. Begitulah Ranau. Berlapis2 lah rumah. Dari yang bawah. Sampai lah ke atas. Berdasarkan info di telefon bimbit, kawasan itu bernama Tanah Merah.

7.13 pm : Pulang ke rumah. Solat Isya’ jamak. Rehat.

9.00 pm : Makan durian bersama2 dengan Uncle sambil cerita ringkas sahaja mengenai keseluruhan perjalanan di Sabah ini.

11.00 pm : Tidur.

~kesenian dalam kehidupan adalah sesuatu yang boleh di buat kajian. kajian yang telus dan ikhlas kerana Allah membuatkan hati lebih kuat denganNya. teruslah membuat kajian diri dan kehidupan.

Universiti Malaysia Sabah + Terminal 2 Kota Kinabalu


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 6

3 Disember 2009

5.30 pm : Solat Subuh. Sekali lagi agak terlewat. Kepenatan. Hanya alasan. Huh!

10.45 am : Terus bergerak ke UMS.

11.10 am : Tiba di UMS. Jalan2 gune kereta sahaja. Tengok orang kawad. Lari2. Bergambar di tepi pantai yg bukan untuk mandi. Hanya kapal2 yang lalu. Tapi cantik serta bersih kawasan situ. Air biru dan hijau yang jernih. Panas sejuk UMS nih. Kire macam separa New Zealand. Silau tapi sejuk sikit. Kene pakai spek hitam.

12.00 pm : Pegi One Borneo Hypermarket ambil Juk + Aben. Ada yang membeli belah ada yang jalan2. Kami berkesempatan masuk ke dalam taman ular. Specific nama tak ingat. Tiket RM 8. Mula2 sangka dapat main dengan ular2 dalam tuh. Rupanya, hanya lihat ular dalam sangkar. Duh. Sedih. Kecewa. Redha sahaja. Dapat kenal2 lah jugak antara ular yg ada. Antaranya, Ular Sawa jenis Pyton, Ular Albino, Tikus yang mcm Albino, dan mcm2 lagi lah.

2.00 pm : Tengok Book Fair yang ada dalam tu. Lepas tu saya dan Fatin cari surau utk solat. Tanya pengawal. Dia kata, “Naik level 3. Terus ke kanan, ada pintu, keluar, cari dinding no 21. Surau ada kat situ.” Saya: “ Thnx!” Senyum. Jalan punya jalan. Sekali lagi keluar ke kawasan Parking. Tengok dinding no 21. Jumpa lah stor. Dush! kene tipu ka??Pusing2 kepala sikit. Wah.. Banyak nyer tiang no 21. Apekah ini.. Oleh kerana, cari dan terus cari bersama Fatin sahaja dan atas dasar keselamatan. Kami masuk ke dalam semula. Gaya redha dan kecewa. Maka, cari port yang sesuai untuk rehat dan baca buku yang kami baru beli semalam.
Sebahagian yang lain berjalan2 membeli barang. Pergi ke Kawasan Kapal Tentera Laut (Jeles x dpt pegi!! ).


3.40 pm : Pergi ke Airport.

4.30 pm : Sampai ke Airport. Terminal 2 KK. Solat Asar jamak. Hantar Ummi +Hanis. Derang balik awal sebab2 tertentu. Sebak di hati. Hehe. Carlvin terlewat sampai dengan Hilux nya, sehinggalah kereta parking jer, Hanis + Ummi dapat last calling untuk penerbangan mereka. Alhamdulillah, sempat! Allah atur kan..

5.45 pm : Balik ke Ranau. Singgah di CPS. Ambil barang tempahan.

6.30 pm : Kembali bergerak ke Ranau.

7.41 pm : Singgah Petronas. Solat isya’ jamak.

8.30 pm : Siap solat. Beli air masak, double mint gum sbb nnti jalan pening2. Beliku2. Bergerak semula pada misinya. Makan. Hehe.

10.30 pm : Makan di Restoren Anjung Selera, Ranau. Beli nasi goreng dan air horlick. Harga dalam RM 5 rasanya. Tak ingat plak. A.Man belanja semua.

11.12 pm : Siap makan dan bergerak.

11.39 pm : Sampai di rumah Kek. Rehat. Test suara. Basuh baju. Tidur.

~kemana pun kita pergi kita tetap punyai personaliti dan karekter. ada masa kita akan jadi begini. ada masa kita jadi begitu. tapi itulah diri kita. sesuaikan dengan keadaan sekeliling. :)

UMS + One B + Terminal 2 Kota Kinabalu


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 6

3 Disember 2009


5.30 pm : Solat Subuh. Sekali lagi agak terlewat. Kepenatan. Hanya alasan. Huh!


10.45 am : Terus bergerak ke UMS.


11.10 am : Tiba di UMS. Jalan2 gune kereta sahaja. Tengok orang kawad. Lari2. Bergambar di tepi pantai yg bukan untuk mandi. Hanya kapal2 yang lalu. Tapi cantik serta bersih kawasan situ. Air biru dan hijau yang jernih. Panas sejuk UMS nih. Kire macam separa New Zealand. Silau tapi sejuk sikit. Kene pakai spek hitam.


12.00 pm : Pegi One Borneo Hypermarket ambil Juk + Aben. Ada yang membeli belah ada yang jalan2. Kami berkesempatan masuk ke dalam taman ular. Specific nama tak ingat. Tiket RM 8. Mula2 sangka dapat main dengan ular2 dalam tuh. Rupanya, hanya lihat ular dalam sangkar. Duh. Sedih. Kecewa. Redha sahaja. Dapat kenal2 lah jugak antara ular yg ada. Antaranya, Ular Sawa jenis Pyton, Ular Albino, Tikus yang mcm Albino, dan mcm2 lagi lah.


2.00 pm : Tengok Book Fair yang ada dalam tu. Lepas tu saya dan Fatin cari surau utk solat. Tanya pengawal. Dia kata, “Naik level 3. Terus ke kanan, ada pintu, keluar, cari dinding no 21. Surau ada kat situ.” Saya: “ Thnx!” Senyum. Jalan punya jalan. Sekali lagi keluar ke kawasan Parking. Tengok dinding no 21. Jumpa lah stor. Dush! kene tipu ka??Pusing2 kepala sikit. Wah.. Banyak nyer tiang no 21. Apekah ini.. Oleh kerana nak solat jugak, cari dan terus cari bersama Fatin sahaja dan atas dasar keselamatan. Kami masuk ke dalam semula. Gaya redha dan kecewa. Maka, cari port yang sesuai untuk rehat dan baca buku yang kami baru beli semalam.


Sebahagian yang lain berjalan2 membeli barang. Pergi ke Kawasan Kapal Tentera Laut (Jeles x dpt pegi!! ).


3.40 pm : Pergi ke Airport.


4.30 pm : Sampai ke Airport. Terminal 2 KK. Solat Asar jamak. Hantar Ummi +Hanis. Derang balik awal sebab2 tertentu. Sebak di hati. Hehe. Carlvin terlewat sampai dengan Hilux nya, sehinggalah kereta parking jer, Hanis + Ummi dapat last calling untuk penerbangan mereka. Alhamdulillah, sempat! Allah atur kan..


5.45 pm : Balik ke Ranau. Singgah di CPS. Ambil barang tempahan.


6.30 pm : Kembali bergerak ke Ranau.


7.41 pm : Singgah Petronas. Solat isya’ jamak.


8.30 pm : Siap solat. Beli air masak, double mint gum sbb nnti jalan pening2. Beliku2. Bergerak semula pada misinya. Makan. Hehe.


10.30 pm : Makan di Restoren Anjung Selera, Ranau. Beli nasi goreng dan air horlick. Harga dalam RM 5 rasanya. Tak ingat plak. A.Man belanja semua.


11.12 pm : Siap makan dan bergerak.


11.39 pm : Sampai di rumah Kek. Rehat. Test suara. Basuh baju. Tidur.



~Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan.. ;)

Menjelajahi Kota Kinabalu


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 5

2 Disember 2009

5.30 am : Solat Subuh. Agak terlewat.

6.30 am : Bersiap2 untuk ke KK. Tengok Movie.

9.00 am : Breakfast Mee Goreng. Sambung tengok Movie.

9.54 am : Bergerak ke KK. Naik Toyota Rush (Akmal), Land Cruiser (Uncle+Auntie), Toyota Hilux (Carlvin), Produa Kancil (Salleh).

10.10 am : Isi minyak di Stesen Petronas Ranau.

10.15 am : Gerak ke KK. Singgah di Bundu Tuhan. Lihat pemandangan Gunung Kinabalu dari jauh + Air Terjun atas bukit 6 meter. 7 tingkat. Yang pada asalnya kami mandi di situ semalam sewaktu di Poring. Tetapi oleh kerana lebih waktu. Selepas jam 2 pm. Agak bahaya untuk naik lebih tinggi. Kerana di Sabah, 6 pm sudah gelap sangat. Kecik jer nampak. Mungkin kalau guna DSLR gambar tu Nampak lebih clear kot. Sejuk dan cantik. Meraikan sikit hari lahir Akmal. Ucap SELAMAT HARI LAHIR sahaja. Hehe.

1.05 pm : Singgah di Restoren. Atas laut. di pelabuhan KK. Tapi tak ingat plak apa nama restoren itu. Nanti da ingat saya letak kat sini naa.

2.18 pm : Siap makan. Lihat di kawasan Bandar KK itu, ramai wanita yang bekerja sebagai buruh. Ini kerana, berdasarkan apa yang Akmal cakap, wanita di sini membantu suami mereka. Kerana mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Kerana kebanyakan peluang pekerjaan diberikan kepada warga Philippine dan Indonesia.

2.30 pm : Membeli belah di Pasar Philippine. Berdasarkan info yang keluar di telefon bimbit, nama specific tempat itu adalah Penbandang. Di pasar ini, memang penjualnya orang Philippine. Menurut Salleh, hanya segelintir sahaja orang Sabah. Penjaja juga orang Philippine. Memang perlu berhati2 di sana. Terutama sekali sumandak / anak dara tidak boleh keluar beli belah di waktu petang2 hingga malam berseorangan. Banyak penjenayah warga asing.

Pada waktu ini semua orang membeli belah. Harga boleh tahan murah juga. Saya beli t-shirt 4 RM 72. Kerepek RM 20 rasanya. Tak berapa ingat. Siap beli terus duduk di luar. Melihat character orang dan suasana KK. Sebab nya tak berapa suka membeli belah. So, terus rancang nak beli apa. Siap. Keluar. Mudah kan.

Pada waktu inilah, ada peluang lihat sebahagian mungkin suku sahaja life di KK. Penjualan Rokok seludup juga meriah di jual di tepi2 jalan. Mula saya sangka mereka jual tisu2. Sebab kotaknya bewarna warni. Rupanya kotak rokok. Mereka mendapat pelepasan sebegitu bebas mungkin kerana rasuah dari pihak berkuasa. Jadinya, walaupun kita Nampak polis traffic ronda pun memang tak kene tahan. Mereka bebas!!.

4.45 pm : Gerak ke Centre Point Sabah (CPS). Cari surau. Susah maa. Ada kat tempat parking level 2/3 tak ingat plak. Memang sengaja di letakkan di luar mungkin. Erm.. Siap solat, cari kedai buku terus. Beli 5 buku. RM 86. Reiki, Warna, Perubatan, Detektif Indigo, Ku usir lara ini. Saja beli kat sana terus. Sebab bila da sampai semenanjung cnfm tak keluar dah. Malez.. :P

6.00 pm : Siap membeli2 dan round pusing jalan penat dalam CPS tuh.

7.34 pm : Makan di One Borneo. Saya selalu tersebut One Billion.

8.45 pm : Balik. Solat. Rehat. Meraikan hari lahir kami2 yang dilahirkan pada bulan Disember. Hehe. Makan kek sahaja. Akmal (2/12), Saya (9/12), Haikal (19/12), Khai (23/12), Aben (25/12). Tapi saya tatau kenapa aritu saya kire ada 6 org. huu. Tersalah kot.

11.00 pm : Tidur.

~Redhalah pada Takdir yang Allah telah tetapkan. Muga itu yang terbaik untuk kita Insya ALLAH..

Poring Hot Spring & Near Reserve


:: Salam::
::Bismillah::

Hari ke 4

1 Disember 2009

5.51 am : Solat subuh. Tapi agak terlewat. Langit hamper cerah. Bersiap.

6.25 am : Lipat baju2 yang baru kering.

7.00 am : Solat Dhuha

8.30 am : Breakfast.

9.03 am : Beli barang dapur di Melimewa. Saya, Haikal, Fatin, Syifa’. Bajet terlebih RM 20 gitu. Sepatutnya RM 100 sahaja.

10.00 am : Balik ke rumah dan memasak. Chef Farah. Kami masak Nasi + Ayam masak kicap sedap + sausage + nugget. Ni adalah bekalan kami nanti.

12.00 pm : Siap masak dan kemas.

12.45 pm : Gerak ke Poring Hot Spring & Near Reserve. Masih berdekatan Ranau juga. Di Kaki gunung Kinabalu. Isi minyak di Stesen Minyak Ranau. Perjalanan sebenar dari rumah kek ke Poring hanyalah 30 minit! Dekat bukan.

1.03 pm : Singgah di G.Mart, Ranau. Beli Pinggan + Cawan plastic utk makan nasi di Poring nanti. Sume sekali RM 22.40. Tunai.

1.33 pm : Barang sudah siap dibeli. A.Man belanja togkeng ayam. Huu. Sedap kot. Hee. Carlvin ambil Salleh dirumahnya.

1.35 pm : Kami gerak dahulu. Sepanjang perjalanan, jumpa banyak sign bord Gereja Katholik. Ingat kan mmg ada kat dalam tu gereja. Rupanya, Uncle Hatab ckp, ni antara cara mereka promote agama mereka. Letak sign bord banyak2. Sedangkan gereja tu jauh lagi. Memang setiap 1 kampung ada gereja nya.

Kalau di Kg. Kiaburi, masuk saja simpang, akan jumpa Gereja Katholik di sebelah kiri. Tokong Buddha di sebelah kanan, Masjid Abd Rahman. Berkubah Emas. Ada di bawah sikit sebelah kiri. Dekat2 jer tiga tempat ibadat ini. Sume binaan yang besar2. Patung Buddha di tokong itu pula, pada asalnya menhadap kea rah masjid. Tetapi setiap bulan pasti runtuh. Bina baru semula. Runtuh. Bina. Bina. Runtuh. Lepastu, baru2 ni jugak lah, arah tokong itu di tukar arah. Menghala kea rah tokong Buddha. Haa. Dah tak runtuh. Waktu saya pergi pun tak runtuh lagi. Besar. Memang besar.

2.00 pm : Sampai di Poring. Pergi Air Terjun free dan Canopy Walk bayar sorang RM 2. Seronok jalan atas jambatan yang dibina antara pokok ke pokok. Tinggi. Cume pihak sana baru ubah supaya tak tinggi sangat. Yang jika asalnya naik, makan masa 1 jam serta kerana bimbang warga tua akan gayat dan sukar nak naik. Maka di ubah lah kadar ketinggiannya, menjadi hanya 15 minit sahaja! Jadi kami naik ape yang ada lah. Maksudnya tak tinggi sangat. Tapi tinggi lah. Syukur!

5.10 pm : Mandi di Kolam Air Panas. Lelaki mandi di Kolam umum. Perempuan mandi di dalam bilik sahaja. Boleh mandi sehingga jam 5.20 pm. Cas dikenakan RM 20 satu bilik.

5.30 pm : Solat Asar jamak. Alhamdulillah. Surau tak berkunci. Kerana pada awalnya, kami mahu solat tetapi disebabkan waktu utk pintu surau di buka belum tiba. Maka kami mandi dahulu.

6.20 pm : Siap segalanya. Kemas2. Dan mula bergerak. Singgah di kedai Cenderahati. Saya beli gelang 2, keychain 5, batu ape tah 3, mafla 1. Sume sekali RM 40.

7.00 pm : Balik ke rumah kek.

7.13 pm : Pergi ke Bank.

8.30 pm : Sampai rumah kek. Solat isya’ jamak. BBQ. Resepi Auntie buat sedappp!!!. Tapi kami x boleh ambil resepi tuh. Sekalipun bayar mahal. Siap makan, rehat2. Transfer gambar.

9.00 pm : Berbual dengan Salleh, Fatin, Shah tentang IFC dan Masalah Kristian di Ranau serta ilmu2 islam yang banyak.

10.30 pm : Meeting RDP.

1.00 am : Habis meeting RDP. Basuh kain.

2.00 am : Tidur dalam sedar berfikir. Dan terus tidur.

~ilmu yang ada terus di amal kan..diteruskan kajian.. dan di sebarkan! WAJIB..

Kinabalu dan Lembu New Zealand


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 3

30 November 2009

5.00 am : Solat Subuh dan bersiap.

7.00 am : Breakfast.

7.30 am : Gerak ke Gunung Kinabalu. Naik kereta Iswara Uncle Hatab. 4 orang. Saya, Hanis, Ummi, Syifa’. Kebetulan sume student UIA. Dah duduk bergerak baru perasan. Besalah plak dah. Tak pe, nanti tukar. Hehe. Uncle Hatab ni bekas pelajar Electrical Engineering di Kolej Mara Sarawak suatu ketika dahulu. Yang lain naik Toyota Hilux dipandu oleh Akmal (adik A.Man), dan Produa Kancil dipandu oleh Haikal (faci RDP).

7.55 am : Tiba di Stesen Minyak Kundasang. Sejuk sangat. Sume org2 yang di pasar kat situ termasuk di Stesen Minyak pakai baju tebal. Air-Cond kereta pun kalah tahap sejuk nya. Tapi saya x bawa baju sejuk. Jadilah kesejukan sahaja. Tahan.

8.00 am : Masuk ke laluan Gunung Kinabalu.

8.19 am : Ambil gambar di Desa Dairy Farm di Kg. Mesilou. Tempat yang indah. Cantik. Menawan.

8.45 am : Sampai di Sutera Santuary Lodges. Tinggi. Kereta Kancil terpaksa di tolak keatas. Sebab da tekan minyak terlalu lebih. Kire paksa naik. Tayar pulak tak boleh nak grip. Sbb bukan jalan tar. Simen yang bergaris2. Akibatnya, tempreture kereta panas. Terlebih. Bau hangit. Tapi bagi org sana, itu normal. Akmal pun ajar cara mcm mana bile nak naik. Kalau kereta manual. Tukar2 lah clutch, break, minyak. Auto pun gitu gak. Tukar gear 2,3,L.

9.26 am : Sampai di Kaki Gunung Kinabalu. Boleh tahan. Lagi sejuk woo. Lawan2 sape boleh rendam kaki dalam air paling lama. Saya dan kwn2 saya 100 saat. Yg lain da x sanggup. Boleh main celup2 sahaja. Masa selebihnya, ambil gambar atas batu2 atau air sikit2. Kejap2. X lama. Sbb sejuk. Boleh kejang kaki.

10.30 am : Keluar dari Kaki Gunung Kinabalu.

10.44 am : Suhu pada waktu ini, 16 darjah Celcius. Kire kalau cakap, keluar haba gitu. Rehat di Renantra Restaurant, Sutera Santuary Lodges, Mesilau Nature Resort (Nama yg panjang). Hujan mcm nampak salji. Kabus tebal. Da tak tahan sejuk. Terpaksa jugak pinjam sweter Ummi. Beli Air Milo RM 6, Mashroom Soup RM 8, Air Horlick RM 6. Kami share 4 orang. Saya, Fatin, Syifa’, Ummi. Kalau makan mee curry RM 10..woo.. tak berbaloi.. Tahan lapar tuh.. Sanggup2..

11.30 am : Pulang dari Mesilou.

11.59 am : Bertapak di Desa Cattle (S) Sdn Bhd. Melawat lembu2 dari New Zealand. Besaq2 belaka. Sihat wal ‘afiat. Macam biasa, kacau2 lembu, ambil gambar, beli susu lembu yg boleh kire original lah jugak walaupun da di proses sket masuk kotak comei2. Kotak Kecil Fresh Milk RM 2.30, Coklat RM 2.50. Saya beli yg Fresh Milk. Bile da abes, kawan suruh abeskan Coklat Milk pulak. Sedappp!!!!..

12.55 pm : Pergi ke Taman Bunga. Jumpa Kaktus Rebutia. Kaktus yang hanya hidup di kawasan sejuk. Dan mempunyai Bunga berwarna Oren. Cantik! Memandangkan musim yang kami pegi adalah musim sejuk dan mungkin musim bunga juga. Jadi banyak bunga yang tumbuk dan mekar di taman itu. Menawan! I like it! yeah!

1.07 pm : Mencari kedai makan di Kundasang.

1.15 pm : Makan di Restoren Sri Pinang. Di sini, sup nyer enak bah. Sume2 sup nye sedap. Saya order Nasi Goreng Campur + Sup Campur. Wow! Sedap.. Kenyang.. Alhamdulillah..

2.01 pm : War Memorial. Antara Australia, British, New Zealand dan Malaysia. Cerita selanjutnya boleh dapatkan pada Inche Google.

2.34 pm : Balik dari War Memorial.

3.06 pm : Singgah beli barang di Melimewa (Pekan Ranau). Tapi saya memang tak tahu nak beli ape, jadinya, cari CC. Saya, Fatin, Haikal.

4.00 pm : Jumpa CC Brotherhood. Orang yang jaga tu pelik bila sumandak masuk CC. Masuk je terus.Kejap jer pun. On YM jap. Tgok mail. Tengok blog. Saya kene charge 50 sen. Fatin RM 1. Yang lain masih berjalan2. Dan saya jumpa satu ayat best kat dinding yang diconteng2 itu. “Semoga kau mengerti erti bintang yang ku beri”

4.30 pm : Balik ke rumah kek. Solat Asar jamak. Rehat. Tidur. Bersiap.

5.20 pm : Teruskan berehat sambil makan buat tarap. Sedap. Kulit macam cempedak. Isi macam langsat. Huu.. Aben beli RM 1.50 SAHAJA!!!!!!! Memang tak penah saya jumpa buah harga sebegitu.. Makan dengan Aben, Farah, Din.

6.30 pm : Solat Maghrib jamak.

7.30 pm : Makan Malam. Nasi+Ayam goreng+Sup.

8.00 pm : Pegi TAMU. Tamu adalah pasar malam. Saya mula dengar ingtkan ada tetamu nak dating rumah. Rupanya, kite keluar ke Tamu. Tamu di Ranau ni, hanya di buka sebulan sekali. Hujung bulan sahaja. 2 hari sahaja. Kebetulan tarikh kami pergi itu 30 November. Rezeki. Saya hanya beli 3 gelang RM 20. Masa selebihnya tengok orang, tengok barang. Penat jugak.

10.00 pm : Balik ke rumah. Rehat. Tengok movie.

11.00 pm : Tidur.

~kenali diri sebaiknya..bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik..;)