Hikayat Adam dan Hawa
::Bismillah::
Ape kabar semua? Apa kabar iman kita semua? Ape kabar rohani kita? erm,diharapkan sihat sejahtera..Okeh, disini ana ingin menceritakan serba sikit tapi agak banyak mengenai hikayat Adam dan Hawa.Peh rasa cam seorang cikgu tengah ajar anak muridnya. :P
Ape kabar semua? Apa kabar iman kita semua? Ape kabar rohani kita? erm,diharapkan sihat sejahtera..Okeh, disini ana ingin menceritakan serba sikit tapi agak banyak mengenai hikayat Adam dan Hawa.Peh rasa cam seorang cikgu tengah ajar anak muridnya. :P
"Dari segumpal tanah menjadi segumpal daging
Dari sebatang rusuk menjadi sesusuk tubuh
Adam dan Hawa bersatu di syurga
Terpisah di dunia
Walau berabad di jarak waktu
Dengan izin ALLAH mereka kembali bertemu"
Sepertimana yang kita ketahui, Allah Taala adalah pencipta sekalian makhluk. Setelah Allah menciptakan bumi, langit, dan para malaikat, Allah berkehendak untuk menciptakan makhluk untuk dijadikan khalifah di muka bumi. Pabila para mendengarnya, mereka bimbang kerana makhluk ini akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. ~Al-Baqarah: 30.
Adam telah diciptakan dari tanah dan lumpur. Setelah bentuk tubuhnya sempurna, ditiupkan roh, maka terciptalah Adam~manusia pertama bergelar khalifah. Para malaikat diperintahkan untuk tunduk hormat kepada beliau. Tetapi hanya iblis yang ingkar. Dia merasakan dia yang terhormat dan terhebat kerana diciptakan daripada api.
Oleh kerana itu, dia telah dilaknat oleh Allah, para malaikat, dan seluruh isi alam sehingga hari akhirat. dia juga telah ditempatkan ke dalam neraka. Tetapi iblis memang angkuh. Dengan tanpa terima kasihnya, dia telah meminta diberikan kesempatan untuk terus hidup sehingga hari kiamat dan turut mengecam untuk menyesatkan seluruh keturunan Adam. Dasyat sungguh perangai iblis ini.
Allah telah memberikan bukti kepada para malaikat bahawa Adam adalah khalifah di bumi dengan mengajarkannya nama-nama benda yang berada di alam semesta. Sedang para malaikat sendiri tidak mengetahui terlebih dahulu nama-nama itu, lalu Adam diperintahkan untuk mengajar mereka.
Seperti yang kita ketahui, Adam adalah makhluk pertama diciptakan. Tanpa sebarang peneman hidup. Lalu sedang beliau memikirkan tentang keadaan dirinya yang kesunyian itu, beliau tertidur dan Jibril telah telah diutuskan untuk mencabut salah satu tulang rusuk Adam dan dibaluti dengan daging bagi penciptaan Hawa. Adam seolah-olah derada dalam keadaan bius. Tanpa sebarang rasa sakit seperti pembedahan masa kini, menggunakan bius pelali.
Tatkala beliau tersedar dari lelapnya, dicelikkan mata dan terlihat dihadapnnya seorang wanita cantik jelita bernama Hawa. Teringin sekali Adam mendekatinya. Tiba-tiba terdengar satu suara besar menyatakan, " Wahai Adam, tidak halal bagimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal melainkan dengan mahar dan akad nikah".
Fahamlah Adam dan Hawa bahawa mereka harus bernikah terlebih dahulu. Bersiap-siaplah para bidadari syurga memperhias Hawa secantiknya. Segala barang hantaran juga diambil dari syurga. Kemudia, 'Syajarah Thuba' menjadi saksi pernikahan mereka sambil dihadiri para malaikat.Mahar bagi pernikahan mereka ini bukanlah emas, permata, berlian. Tetapi selawat 10 kali keatas Nabi Muhammad, Nabi yang akan dibangkitkan, dan menjadi permata para anbiya' dan penutup serta penghulu para rasul.
Kehidupan mereka bertambah ceria dan seronok apabila sudah hidup berteman. Tetapi alangkah durjananya Iblis, Allah Ta'ala telah pun berfirman mengenai larangan mereka berdua menghampiri sebuah pohon. Akan tetapi iblis telah pun membisik, menggoda, memujuk mereka agar mendekati pohon khuldi itu dengar pelbagai pemanis ayat dan gambaran. Akhirya Hawa bangun dan memetik buah tersebut terus makan bersama-sama Adam.
Dan alangkah terkejutya mereka, pakaian mereka tertanggal serta merta tanpa seurat benang. Mereka dengan segera mengambil daun tin untuk menutup aurat mereka dan bersembunyi dicelah-celah pohon di syurga tatkala mereka terdengar suara dari Tuhan mereka kerana mereka malu dan menzalimi diri sendiri.
Mereka telah dihukum untuk diturunkan ke bumi sampai waktu ditentukan. Adam dan Hawa menyesali perbuatan meraka dan Allah telahpun menerima taubat daripada mereka. Selama Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, mereka berpisah berabad lamanya. Hawa ke timur dan Adam kebarat. Namun akhirya mereka bertemu kembali. Banyak riwayat menyatakan mereka bertemu di Jabal Rahmah.
Setelah Adam dan Hawa telah bersatu, lahirlah keturunan mereka yang pertama iaitu kembar lelaki dan perempuan. Kemudian yang kedua kembar lelaki dan perempuan. Apabila mereka sudah dewasa, Adam berhasrat untuk menikahkan Habil dengan perempuan dari kembar kedua. Dan Qabil dengan perempuan dari kembar pertama. Qabil dan Habil tidak setuju dengan cadangan itu kerana salah seorang dari kembar perempuan itu lebih cantik dan menawan dari yang seorang lagi.
Oleh kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya, Adam telah meminta agar mereka menyembahkan kepadanya kepada satu korban. Siapa berjaya, akan dikahwinkan dengan kembar perempuan yang menawan itu.
Berusahalah mereka berdua membawa korban masing-masing kepada ayahnya. Apabila Habil mengetahui Qabil telah berjaya, maka Habil memberontak mahu membunuh Qabil. Maka berlakulah pembunuhan pertama di bumi ini.
Ternyata apa yang telah difirmankan Allah benar belaka. Adam dan Hawa adalah keluarga pertama di bumi ini dan keluarga ini jugalah yang melakukan sesama saudara sendiri. Hawa adalah wanita pertama hidup disyurga dan wanita pertama yang meratapi kematian manusia pertama di bumi ini..
bersamalah kita ingat kembali apakah tugas kita di bumi ini. Adakah untuk bersuka-suka sahaja atau??~Adam telah diutuskan ke bumi untuk menyampaikan risalah Allah~ :D
adam+hawa.diciptakannya.
yup..diciptakan..dengan kuasa yang maha esa..jadilah kita semua..