andai begitu dan andai begini
::bismillah::
::salam::
andai begitu dan andai begini
aku tetap terima
jika itu yang terbaik buat diriku
hakikatnya
tak terungkap kata-kata
dek dilanda kesedihan dan kepiluan
yang nyata
kepiluan dalam hati dan jiwa
diri ini
sedia menanti disana
pabila pasrah menerima takdir
dari yang Maha Esa
aku
apa yang dapat dibuat?
hanya menurut permintaan
hanya menurut kata hati
mereka inginkan aku berjaya
aku harus berkorban
mereka mahu aku belajar
menguasai dunia
walau dengan apa jua cara
pergilah kemana jua
yang dimahukan
hanyalah redha
ayahbonda
walau dengan apa jua cara
mengejar bayangan syurga disana
akan ku nantikan
kehadiranmu disana
walau dengan apa jua cara
kita bisa bersua kembali
sekalipun di alam maya yang fana
deklamasi luahan dari
perosok diri
yang bernama hati
diambang fenomena
kesepian dan kesunyian yang nyata
hanya berkata-kata sendirian
mengharap perkara yang
tak pasti
menanti jawapan yang
tak pasti
mendendang lagu yang
tak pasti
segalanya bermula dari satu
mimpi ngeri
sudahlah cukuplah pasrah
jika itu yang terbaik
memang itu diriku
jika itu yang terbaik
tapi...
segalanya...
akan bermula...
sekalipun ianya belum pasti
::karya spontan seni diri dalam hati sendiri::
~senyum gaya yakin~
hahaha, macam pernah kudengar ini sajak hari rabu yg lalu :P
haha..ini sudah diedit ar..
gaya spontan..
gaya boring..
gaya malas..
gaya tak semangat..
berapa tapak akak jalan mundar-mandir demi mencari ilham buat sajak ini?
tim: suka tapak!:P
erm..setakat ni cume 200 tapak jer..
mungkin lepas ni naik kapal terbang jer..
jadi bole dikurangkan menjadi 2 tapak..
ilham seni nurani dari hati..
haha..
sipi2 puisi tepi jalan ar..