Angan-angan dan Focus .. Impian dan Cita-cita


::Salam::
::Bismillah::

Sementara ada masa lagi 20 minit sebelum pegi Al-Amin, ada idea plak tiba2..ngee.. ^__~

Kehidupan, memang perlu ada kepada focus, angan-angan, impian, dan cita-cita.. Iya memang tidak boleh lari.. Sejauh mana kita lari sekalipun, semakin dekat ia mengejar kita.. Setinggi mana pun kita terbang iya tetap menyusuri kita.. Oleh itu, dari awal harus kita bersedia untuk menerima.. Apabila ada gangguan fikiran, kecelaruan idea, kekusutan hati.. Itu adalah normal.. Itu adalah reality.. Itu bukan lagi fantasi..

Haruslah sentiasa kita ingat sejauh mana kita berjaya mengawal keinginan kita, sehebat mana perancangan yang disertai oleh redha Allah, itulah yang terbaik buat kita.. Kita memang harus wajib tidak boleh tidak menerima keinginan itu.. Raikan iya.. Meriah kan iya.. Tetapi ingat kepada focus kita.. Impian dan Cita-cita.. Fokus pada cita-cita kita.. Jangan sesekali musnahkan.. Keinginan itu hanya sampingan yang fitrah dicipta buat hambaNya.. Jangan kerana angan-angan hati itu, kita ketepikan cita-cita kita.. Oh.. Tidak.. Sesekali jangan.. Bila sudah tiba waktunya iya akan sampai.. Tidak bergolek ia berjalan, tidak berjalan ia berlari, tidak berlari ia terbang.. Kembali kan lah kepada Allah.. Itu yang terbaik.. Itu milikNya.. Beliau lebih mengetahui.. ;)

Terus pandang kehadapan dan jangan pandang kebelakang lagi untuk meneruskan cita-cita kita..Menggapai cita-cita kita.. Tetapi apabila telah berjaya jangan lupa untuk pandang kebelakang bukan untuk berundur tetapi untuk menghargai dan berterimakasih kepada mereka kerana sokongan.. Kerana itulah diri kita.. Dan kerana mereka itu jadilah kita.. Mungkin tidak semua tetapi mungkin serpihan sahaja.. Hargai juga..

Sukar untuk ku jelaskan apakah yang sudah berlaku dan apakah yang aku telah lakukan serta apa yang seharusnya aku lakukan.. Semoga itu yang lahir ikhlas dari hati dan jiwa seorang insan yang bernama anak kakak cucu dan pelajar..

16 Okt – 15 Nov : Final Exam

20 Nov – 23 Nov : Mukhayyam Khariji Kem Lembah Genting, Hulu Selangor

23 Nov – 26 Nov : Mayang Sari, PD

28 Nov – 5 Dec : Warga Fasi Rebutia D’Perkasa ke Sabah

7 Dec - Final : Sem 2 bermula nampaknya..

So, along xd time utk balik JB.. So sorry Aqilah.. Tak dapat teman bersama SPM awak!!!! Along doa yang terbaik.. Maaf x dpt balik………….. :(

0 Response to Angan-angan dan Focus .. Impian dan Cita-cita