Asean Logic Conference 2010


::Salam::
::Bismillah::

Alhamdulillah. Pada Selasa 2/2/2010 telah pun berlansung Asean Logic Conference 2010. Saya akan gunakan kalimah muktamar selepas ini. Macam lagi enak. Muktamar ini dihadiri oleh sekalian tetamu kehormat Insan2 Hebat, NGO's, Media, Wakil2 bagi setiap negara Asia, pelajar2 IIUM dari negara yang pelbagai dan wakil2 dari Institusi Pendidikan lain.




.....................................................................................................

Cerita sikit belakang tabir sat.. :)

Kerja Tuhan. Memang indah. Pada asalnya, saya dan kawan saya Aminah tengok iklan yang tertampal di booth Wawasan Club. Nampak Tun Mahathir. Sbb itu jer insan yg senang nak cam dan ingat nama. Yang lain lupa2 ingat. Mula berminat, dan bersetuju utk join. Tiket RM 5. Daftar sebelum cuti. Dapat sit 2nd floor. Pasrah. Tak dapat makan pun xpe lah. Duduk atas pun xp lah. Asal dapat datang muktamar ini.

Malam sebelum hari muktamar itu, urusan mendaftar bersama duta Karisma dalam Wawasan Club. Tup2, dapat msg dari insan atasan. "Awak n Min da didaftarkan sebagai wakil KARISMA--VIP" wohaa..... dari duduk atas terus jadi VIP. Duit xp lah.

..........................................................................................................

WAKIL KARISMA

Abdullah Omar
Nik Afra' Nik Mohd Azam
Siti Aminah Mazlan
Nadhirah Abdul Rahman
Husna Amran

Kerusi ke 5 dari depan. kelompok tengah. Saya duduk tepi carpet merah. Senang nak tengok VVIP. :)
.....................................................................................................

Berbalik tentang muktamar tadi, apa yang mereka mahu beri penekanan ialah kearah menggabung jalinkan seluruh pemuda pemudi dari sekalian negara2 Asia ini agar bersatu. Seterusnya bersenergi dalam menyumbang sesuatu yang baik dan efisyen kepada negara. Bagus kan.


Muktamar ini dimulai jam 9am berdasarkan jadual. Ucapan aluan dari rektor IIUM, YB. Prof. Dato' Sri Dr. Syed Arabi Idid. Kemudian ucapan dari Pengarah Executive Asean Foundation. YB. Dr. Filemon A.Uriarte Jr. Seterusnya, perasmian dari Timb. Menteri Pengajian Tinggi. (Saya hadir lewat sejam setengah kerana ada pembentangan di kelas--hanya tonton perasmian sahaja).

Selesai itu semua, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah. Antara hadiah nya ialah: Coklat Cadbury, MP4, MP3, Beg laptop, Telefon Bimbit Nokia. Tahniah kepada para penerima.



Aktiviti mendengar dan menghayati diteruskan dengan forum yang bertajuk "Bridging the Great Divide : Religious, Racial and Cultural Barries". Apa yang saya faham ia tentang sejarah, situasi sebenar, pendapat mereka dalam menyedarkan kita tentang asean ini saya kira dari YB. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, YB. Dr. Farish Ahmad Noor dan YB. Assoc. Prof. Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman. Dipengerusikan oleh YB. Assoc. Prof. Dr. Ishtiaq Hossain.Sememangnya, masa tidak mencukupi bagi mereka untuk menerangkan segalanya. Selebihnya kene kaji sendiri.


Selesai forum ini, para VVIP dan VIP makan bersama. Semangnya, makan formal bersama tetamu kehormat bukan lah sesuatu yang menyusahkan. Kerana segalanya dihidang, diambilkan, dikemaskan. Kami, bagi pendapat saya sudah memiliki pemikiran dan cara kerja yang professional tetapi tingkah laku yang tidak sangat lagi professional. Perlu banyak latihan. :)


Kami semua di ajar untuk mendengar, berfikir, bertindak :: HEAR -- THINK -- ACT ::
Ceramah seterusnya diteruskan dengan pembentangan yang bertajuk "The Role of ASEAN Youth in Creating an ASEAN Community" daripada YB. Prof. Dr. Chandra Muzaffar, Mr. Feriz Omar dan dipengurusikan oleh YB. Assoc. Prof. Dr. Ishtiaq Hossain.




Penantiannya, akhirnya terlerai. Ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tepukan demi sorakan diberikan. Fuh, memang pertama kali saya bersua dalam jarak dekat kira2 sehasta dengan bekas pemimpin negara. Jika sebelum ini saya bersua dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pak Lah, dan kali ini Tun Mahathir.

Pelbagai reaksi dan aksi saya kira. Semua berebut nak melihat live. Ada yang menangis. Ada yang tertawa. Ada yang kagum. Ada yang tiada rasa. Saya dapat juga ambil gambar beliau. Beliau, dengan wajah senyum gaya tenang terus berjalan dan kehadapan. Walaupun tidak berapa sihat, oleh kerana semangat mengatasi sakit membolehkan beliau hadir ke muktamar ini. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk "ASEAN: Present and Future Challenges".

"Travel! ~ You will know the real situation in their country.." -- Tun. Pokoknya, travel..

"Kajilah mereka + negara, bukan hanya menerima maklumat dari orang/ sumber2 lain"-- Tun (diterjemah)

..Persembahan yang memukau dari beliau..

Maka berakhir lah muktamar ini. Sehari suntuk duduk dengar fikir. Dari jam 10-5 ptg. Bila tak faham dengar jer. Bila faham berfikir. Penat juga kepala. Minum petang disediakan. Berpegang pada gaya -- Makan ingat orang biar sopan dan kenyang-- maka, makan lah.. :)

p/s : Keynote dari ucapan2 mereka boleh diberikan. Pihak pengurusan da type kan. Kecuali dari Tun jer xd. Saya punya mcm cincai2. Ada masa, saya susun. Kalau nak keynote, bg mail.

pp/s : Sekadarnya sahaja report simple. Tak banyak masa free. Saya bukan pemberi setia. Saya juga penerima. Terima Kasih dan Mohon Maaf atas segalanya atas kekurangan.


0 Response to Asean Logic Conference 2010