Jirus Air Pada Bakul
::Bismillah::
kalau zaman dulu--penulisan ilmiah dari ulama' Islam pasti ada Bismillah dan ayat Quran dan ditutup penulisan dengan Wallahu'alam.. Sungguh rendah diri. Tak caya? Cuba tengok dari zaman 300-1000+hijrah (tarikh wafat penulis itu).
................................................................
Kisah ini kisah hati.
Pernah jirus air pada bakul yang kosong dan berlubang2?
Ini kisah antara seorang Nenek dan seorang Pemuda. Sebuah dialog bersahaja. Tetapi bermakna. Saya akan namakan pemuda itu sebagai Ahmad. Nama mudah sebut.
Nenek : Bismillah..hal ata alal insan......
Ahmad : Nek, napa Nenek asek baca ja Quran nih? Nenek faham ke? Tak penat?
Nenek : Alahai Amad oi. Nak baca sekali ka? Meh Nek ajar.
Ahmad : Tanak lah. Saya tak faham Arab. Buat pa baca. Tapi saya dok pelik nih. Nape Nek dok baca ja. Sedangkan Nek tak faham pun.
Nenek : Erm, macam ni lah. Amad nampak tak bakul sayur tak tepi almari tuh?
Ahmad : Nampak2. Nak wat pa? Nek nak pi pasar?
Nenek : Tak, Amek bakul tu isi air dalam bakul tu. Dah penuh, Amad balik sini semula.
Ahmad : Tapi Nek. Adui. Mana boleh bakul ni letak air kat dalam dia. Lubang punya lah banyak. Tak agak an.
Nenek : Erm, pi jelah. Nanti Amad akan dapat tau jawapannya. Sekarang.
Ahmad : Baiklah Nek.....
Maka Ahmad terus dan terus bergerak menuju ke telaga air dengan penuh tanda tanya. Cemana lah bakul lubang2 ni mau penuh air. Bila da sampai kat telaga. Ahmad isi dengan sesungguhnya. Tak penuh. Kali pertama tak berjaya. Ulang kali kedua. Tak jugak. Kali ketiga. Lagi tak. Terus cuba lagi. Makin basah bakul tu adalah. Tak penuh2. Seluar , baju pun terkena percikan2 sikit. Nenek nih....Nak kenekan aku ka??? Orang sekeliling pun dok pelik. Awat lah semangat sangat mamat nih basuh bakul sayur...Bila da malas nak buat keje pelik nih. Ahmad pun balik.
Nenek : Wah, Amad da balik. Napa masam muka je nih? Senyum sikit. :)
Ahmad : Nek.... Nape Nek soh saya penuhkan bakul nih dengan air? Nek tak nampak ka bakul nih lubang2. Takkan boleh penuh punya dengan air. Basahkan jer adalah.
Nenek : Haa.. Amad dah nampak sikit jawapan. Hmm. Meh sini duduk sebelah Nenek.
Mudahnya begini Amad. Memang nenek bukanlah orang berjaya. Tak pandai mana. Lagi lah bila baca Quran, memang nenek tak faham. Bahasa Arab. Bahasa Syurga. Tapi nenek suka sangat baca. Untuk cuci hati nenek. Kalau x, jadi karat ja. Bila selalu baca. Bagi tenang. Bagi bersih. Macam bakul ni juga. (sambil pegang bakul yang da basah tu). Amad boleh nampak kan, fizikalnya lubang2, besaq lagi tu. Kotor pun ada. Daki2 sayur. Tapi bila Amad dok jirus dan jirus tadi. Jadi basah, makin bersih dan cantik. Amad pun suka tengok.
Ahmad : Hmm... :) :) tak terungkap.
Khulasoh--hati itu bisa dicuci dan bisa dikotori. Cara nya pun mudah. Mahu dan tak mahu ja. Malas dengan rajin ja. Ikut suka HATI.
Wallahua'alam
:)
Bakal menutup tirai zaman indah~
Ilham asal : Dr Kabuye Uthman--kreadit utk beliau.
tutup tirai zaman indah dengan?
haha..
malu nak cakap..
malu nak cakap kerana?
kerana tak mau cakap..
:)