Cinta Roti Canai


::Salam::
::Bismillah::

Ohh, roti canai. Senang ja nak makan. Order.

"Mamak, roti telur satu! Kuah banjirr"

Bila da makan2. Siap. Kalau rajin, letak semula kat tempat pinggan2, kalau malas, tinggal ja atas meja.

--
Harini, di rumah.

"Umi, rasa nak buat roti canai lah. Teringin plak."
"Okeh. Nanti umi ajar, patu along buat."
"Berehh."

Maka, proses menghasilkan dan menguli serta mencanai dilalui dengan penuh rasa yang uhh, penat! (bagi sesiapa yang cepat mengeluh semasa mengulinya maka amatlah rugi)

Urutan yang dilakukan pada tepung bersama minyak itu menjadikan rasa rupanya perlu ada kelembutan dalam kekuatan yang ada.

Proses tebaran2 dilakukan dengan permulaan yang tak berapa best. Asyik terkoyak ja. Bila da lama2 OK! Kasi tipis ya supaya lembut~

Kemudian digulung2 atau dilipat empat terus untuk digoreng diatas kuali leper. Dan hasilnya, Uhh.. Sedap.. Rangup2 ada, lembut2 ada.

Kuah kari dimasak dengan penuh rasa cinta.

Maka, selesai. Bole makan banyak2.

"Penat? [sambil gelak]"
"Haah. Adeh. Macam mana lah orang yang buat roti canai ari2 an"

--

"Barangsiapa yang mahukan kejayaan dan kekayaan, hendaklah beliau rajin mencari dan berusaha mendapatkannya"

Selamat maju jaya kepada pengusaha2 roti canai. Anda mampu mengubahnya!

Sekian :]

2 Response to Cinta Roti Canai

  1. Unknown says:

    haha.rasa susah baru tak makimaki orang buat roti canai kalau diorang lambat siapkan pun.

  2. yep. benar. baru ada jiwa rajin menunggu~

    (tapi jgn lah lama sgt)