Sekolah Menengah Kebangsaan Bongkol, Pitas
::Salam::
::Bismillah::
Catatan : 06
(Ini adalah siri sambungan yang baru sempat untuk dikongsikan, majulah!)
Sebuah sekolah yang mempunyai roh yang hebat. Hanya jasad serta jiwa yang tabah sahaja akan meneruskan peluang untuk menuntut ajaran serta menebarkan ilmu disana. Kalian Keren! :)
Nota fakta sekolah:
1. Penubuhan sekolah ini pada tahun 1999. Dan secara rasminya pada tahun 2000.
2. Pembinaan sekolah diatas tapak sekolah rendah. Hal ini kerana, permohonan mereka untuk mendapatkan tapak bagi sekolah menengah masih belum mendapat kelulusan. (Sangat lambat dan sangat susah untuk mendapat kelulusan). Maka, mereka membina sekolah menengah di atas tapak haram. (Tetapi belum siap). Mereka akui itu.
11. Tandas disana sudah tidak menggunakan tandas kayu. Tapi sudah diperbaharui. Memang simple. Tiada paip air di dalamnya. Perlu hunggah air dari paip utama kawasan tandas tersebut. Kecuali tandas guru. Jika air di dalam asrama lelaki tiada air, mereka akan mengambil air didalam kolam belakang asrama. Atau menyelam saja di situ. Saya gerak dekat kesana. Cuma tak berani mampir lebih dekat kerana tanah amat licin.
Nota:
1. Alhamdulillah. Saya dapat juga kongsikan ini. Memang ini fokus dari 2 bulan yang lalu. Masa tidak mencukupi. Nanti ada lagi. Cuma tak pasti bila. :) :)
2. Jika ada tersalah, betulkan. Jika ada terkurang, tambahkan.
3. Selamat Ramadhan semua! ~ rindu masjid UIA itu.

Persekitaran Sekolah Rendah
3. Jumlahguru setakat ini dalam 20 orang. Pelajar sekolah seramai 323 orang. Manakala pelajar yang tingga; di asrama seramai 134 orang.Keadaan di dalam bilik guru
Keadaan di dalam bilik darjah
Keadaan di dalam bilik darjah
4. Talian telefon yang sekejap ada sekejap tiada, menyebabkan urusan komunikasi terputus2. Jika bawa telefon bimbit, pasti jimat kredit dan bateri. Kerana kawasan yang mempunyai coverage tidak banyak. Kene pandai cari port.
5. Masalah yang besar disana ialah, hujan lebat dan akan menyebabkan becak yang dalam, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk berjalan keluar. Boleh jadi jika hujan terlalu lebat, boleh tenggelam badan hingga ke pinggang. Masalah kedua ialah bekalan elektrik yang sering terputus. Dalam tempoh 24 jam, pasti akan terputus selama beberapa jam. Paling sekejap, 5 jam.
6. Kemudahan internet. Ada wireless. Cuma tidak laju mana. Jika dahulu, agak sukar untuk menghantar report kepada kementerian secara online. Sekarang mudah sedikit. Tambahan lagi, jika mahu hantar surat, mereka perlu ke pekan.
7. Saranan kerajaan untuk menjadikan setiap sekolah ada makmal komputer itu amat tidak bersesuaian disana. Kerana keadaan elektrik yang sering putus dan internet tidak sekuat mana. Tetapi jika dilihat dari sudut positifnya, dapat lah pelajar2 itu mendaftar untuk UPU. Cuma, kunci makmal komputer itu masih dengan kementerian.

Makmal Komputer (Screen LCD)
8. Anda boleh bayang, bagaimana seorang guru sains mahu ajar untuk buat eksperimen, tapi tiada alatan. Makmal sains juga tiada. Maka, mereka akan bersama-sama melakukan imaginasi berdasarkan gambaran dari guru dan buku untuk memahaminya. Ada kala boleh faham, ada kala tidak. Jika memang tidak, topik itu akan dilalukan aja. Susah nak bayang!
Cikgu Tan (Kanan sekali). Guru Sains. Penuh imaginasi.
9. Jika di semenanjung, guru boleh katakan kepada pelajar. "Mari ke pusat sumber. Baca buku atau encyclopedia ya. Jangan berbual2". Tetapi disini, pelajarnya memang menggunakan pusat sumber itu sebaiknya. Cuma, bahan bacaan tidak cukup sangat. Jika ada yang rasa mahu membantu, silakan!
11. Tandas disana sudah tidak menggunakan tandas kayu. Tapi sudah diperbaharui. Memang simple. Tiada paip air di dalamnya. Perlu hunggah air dari paip utama kawasan tandas tersebut. Kecuali tandas guru. Jika air di dalam asrama lelaki tiada air, mereka akan mengambil air didalam kolam belakang asrama. Atau menyelam saja di situ. Saya gerak dekat kesana. Cuma tak berani mampir lebih dekat kerana tanah amat licin.
Tandas Asrama Lelaki
Kolam tadahan air hujan. Ada 2.
Kolam tadahan air hujan. Ada 2.
12. Asrama ada. Campur semua bangsa agama dan keturunan. Adakah dibolehkan atau tidak sebenarnya, saya masih tidak pasti. Mencari jawapan lagi. Lagi, mereka tidak dibenarkan menggunakan lilin di asrama. Sekalipun tiada elektrik. Bimbang berlaku kebakaran.
Ini dewan prep mereka (belakang asrama perempuan). Ini juga dewan untuk majlis2 rasmi. Dewan serbaguna!
Asrama Lelaki (Cikgu Linda disitu--pandu pelancong kami.huu)
Belakang Asrama Lelaki (Lepas pagar tu, ada kolam tadi)
Belakang Asrama Lelaki (Lepas pagar tu, ada kolam tadi)
14. Kantin sekolah yang best. Makanan sedap! Pelajar akan beli disitu dengan harga yang memang tak pernah saya jumpa di semenanjung. Murah! Sekitar 20 sen sehingga RM1. Dibungkus kecil2. Diletakkan di dalam bakul.
Pandangan dari luar kantin
Pandangan dari dalam kantin (*tiada gambar pelajar2 sekolah beratur beli makanan, kerana waktu kami makan berbeza)
Pandangan dari dalam kantin (*tiada gambar pelajar2 sekolah beratur beli makanan, kerana waktu kami makan berbeza)
15. Bagi yang tidak berkemampuan, terdapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan) disitu. Mereka boleh memperoleh makanan disitu. Bagus kan.
Kakak2 yang memasak dengan sedap!16. Bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, mereka ada Makmal Kayu. Saiz bilik, boleh masuk sekitar 20 orang pelajar pada hemat saya lah.
Makmal Kayu yang simple.
17. Padang sekolah yang luas! Seluas mata memandang. Segar dan nyaman. Lantai yang hijau dan bumbung biru cerah! Rasa mahu golek2 diatas itu. Fakta menarik tentang padang ini ialah: Padang ini lah yang menjadi tapak pelajar2 nya berlatih sukan sehingga masuk peringkat kebangsaan. Dengan alatan yang tradisional, mereka berlatih. Tiang Gol, alat penanda lumba lari, diperbuat dari kayu dan tali rafia. Hebat kan. Lagi, padang ini, akan di hinggapi oleh tebuah tanah selepas rumput dipotong tipis. Kerana tebuan tanah suka bau harumnya. Saya pun suka! Wangi. Tapi, tebuan ini, tidak kacau orang ya! Cikgu Andrew bagi tahu, selepas saya macam teragak2 nak bergerak lantas bertanya kepadanya. huu.
Ruang Astaka yang saya suka sangat duduk. Sekali mereka berlari2 di ruang Astaka ini, bergegar terus. Mereka maintain. Kami cuak.
Tekan sini untuk mendengar lagu sorakan mereka! Berjiwa sungguh.
Tekan sini untuk mendengar lagu sorakan mereka! Berjiwa sungguh.
Stor comel.
19. Fokus pertama saya waktu sampai ke sekolah ini ialah Pondok Pengawal! Dari dalam bas lagi saya cakap: "Ini baru lah namanya pondok penagawal!! Pakaian pun smart~"Pakaian pengawal yang smart. Formal. Berbaju hijau itu rakan Piagam kami.
Nota:
1. Alhamdulillah. Saya dapat juga kongsikan ini. Memang ini fokus dari 2 bulan yang lalu. Masa tidak mencukupi. Nanti ada lagi. Cuma tak pasti bila. :) :)
2. Jika ada tersalah, betulkan. Jika ada terkurang, tambahkan.
3. Selamat Ramadhan semua! ~ rindu masjid UIA itu.
ya allah,
sekampung2 mgbsim.. masih ada lagi yg susah ye.
erm! guru2 di pedalaman..kalau mereka beriman dan ikhlas.. mereka lagi hebat dari di semenanjung.
ye. betul.
jiwa pendidik mmg ada di sana.
perlu touch up dgn islam.
bagi lagi keren!
afra' malu? pelik ni.. makanan ape yg 0.20 tu?
huu.
standard manusia.
ada malu juga kak.
kok logik, datang2 terus serbu pondok itu. uhh, segan deh.
.
makanan mcm pulut kuning, mee, erm apetah lagi.
.
saja tambah. akan lagi keren jika guru yang datang ke pedalaman ini bukan fokus pada elaun yang banyak itu. tapi fokus bagaimana utk luaskan skop minda anak2 disana.
ayuh, menari!
slm..masa saya duduk di kg bongkol ni smk ni blm ada..saya org kg pinggan2..mngkin tn pnya blog tahu mana kg.pinggan2..saya duduk di bongkol dari tahun 80-93 sbb ikut ayah yg kerja safoda sbg driver sblm pencen..bongkol skrg sbnrnya da x semeriah dulu..huhu
Ouh. Saya tak berapa ingat lah kg. pinggan2 tu. Dekat2 dgn bongkol ya.
HEHEHE... :)
saya ex-student sana dari form 1- form 5. sukurlah dengan segala kekurangan, saya boleh berjaya juga..
:)
b0ngk0l full line suda skang la(celcom ja la hehe).. N perjalanan pegi church xla smpai 30minit. Belas2 minit jak. And..makmal k0mputer tak lama lagi akan d buka suda. Eksperimen sains juga sudah b0leh d lakukan dgn adanya sedikit alat2 dan bahan2 yg telah disediakan. Memang la orang lain rasa susah sek0lah kat smkb0ngk0l. Tp bagi kami.. Siok bah.. Hahaha.. Semua org kta knal..smua org blh jd kwn..hehehe :)
Tq admin atas perkongsian;)
hidup tanpa tekanan akan memanjakn diri.syukurla sbb Tuhan beri cabaran kecil ini sbb dari situ dorongan motivasi utk berjaya berkobar2 dalam diri kami(pelajar bongkol)..
Salam. TQ nik krna mceritakn ttg skola ini. Segala kekurangan dan kedaifan prasarana skola bukan penghalang untuk mengecapi kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Sekolah ini merupakan top 3 the best di daerah Pitas dalam kecemerlangan PMR dan SPM. Sekolah ini juga merupakan Johan MSSMD Pitas selama 6 tahun berturut2. Ini jelas membuktikan kami mampu cemerlang walau serba kekurangan. Saya telah guru dari semenanjung yg telah 12 tahun mengajar di sini. Gambar saya pun ada di atas tu. Terima Kasih.
Saya sangat tertarik dengan post ini. Thanks to admin. Memang keadaan sekolah di SMK BOngkol serba kekurangan, dari Kemudahan sekolah, Guru-guru mahupun keadaan background pelajar-pelajar sendiri. Tapi apa yang menariknya dengan sekolah yang tergolong dalam sekolah luar bandar ini, para pelajar lebih bermotivasi untuk memajukan diri walaupun dengan kemudahan yang sangat terbatas. Saya sendiri bersekolah di sana dari seawal tingkatan 1 hinggalah tamat tingkatan 5. Apa yang saya boleh katakan, pengurusan dan keprihatinan para pendidik jauh lebih baik daripada yang ada di kota(no offence) pengalaman peribadi. Cuma yang sedihnya adalah sangat kurang usaha dari pihak kerajaan sendiri untuk memberi bantuan khususnya dari segi kemudahan dan infrastruktur asas, walaupun terbukti sekolah ini berpotensi dan telah pun berjaya melahirkan ramai anak-anak kampung yang berjaya tidak kurang yang berkelayakan peringkat ijazah. Kesempatan ini, saya sangat berterima kasih kepada bekas guru-guru yang pernah mendidik saya hingga saya ada seperti hari ini khususnya bagi tenaga pengajar yang masih setia di sana. Harapan saya sendiri ialah untuk melihat usaha kerajaan membantu sekolah yang daif ini menjadi sekolah yang ada kemudahan seperti apa yang sekolah sepatutnya ada. Sekolah yang baik menghasilkan murid/pelajar yang baik. Salam dari bekas pelajar SMK Bongkol 2006
thanks sma admin,,,mmg mnarik la,,hehehe,,nice post,, ila tingu blik ni gmbr,,,rndu sma skola lma saya ni,,,dari darjah 1 smpi form 5 sya skola d sna,, tp syukur berkat usaha dan rezeki tuhan dpt jg saya smbng study,,huhu,,living with friends d sana mmg best,,
pendedahan yang serba sedikit dapat membuka mata serta minda pihak yg berwajib.good job!
Absolutely teachers from urban and kampong is different.... Sometimes teachers who's working at kampong is really excellent than at urban .... I wonder when is the time my kampung Bongkol will move on ....
SMK BONGKOL is the best......
Sejak tahun 2009 sekolah ini telah menunjukkan perkembangan yang yg baik flm bidang dukan dan akademik...buktinya ada dua atlet dari s3kolah ini yg pernah menjadi wakil negeri sabah di peringkat kebangsaan seperti Suari madil ( takraw ), heysa marsha japiring ( olahraga ).....dan dlm bidang akadamik utk peringkat PMR Riana Magilin menjadi otg pertama yg fpt 7A dlm pmr...mnakala SPM....Areyfianah pohong 9A ( tahun 2013 ) arvianah m dan suhaini samin 8A ( 2012 ) , rosfinie suking 10A (2013), eliani uyen 8A ( 2013 ), juwizit jupain 8A ( 2015 )
*pada tahun 2012 sekolah ini telah berjaya melahirkan 8 org pelajr yg berjaya mndpt keputusan lebih dari 5A
▪9A☺ areyfianah pohong
▪8A☺ arvianah modoldop
☺ suhainie samin
▪7A😆 gabron mopinsol
▪6A😀 ainatul isnoriza george
☺ deharrydas kudong
▪5A😀 weltiana motot
😁ada seorang lagi pelajar dari kg mapan2
▪
*pada tahun 2013 peratus keseluruhan sekolah ialah 100% dengan sebanyak 8 org prlajar yg dpt 5 A ke atas....
~10A- rosfinie suking
~8A-eliani uyen
~6A-eva dessy amung
-jackrence mabanan
-rostilla zaning
-nurul hafizah ubin
-suresley supidi
~5A-enaviah jonias
~4A-safira justin
-floreca juprin
*2014
-6A~ ellisiana minsos
~ noel tuah
-5A~ ellizabeth julim
-4A~fastini mapulin
*2015
●8A- juwizit jupain
●6A- lydia sabun
●4A- nor fazrianah
☆ semua ini adalah berkat didikan semua guru2 SMK BONGKOL yg sangat berdedikasi.....
☆walaupun keoutusan ini masih jauh ketinggalan jika d bandingkan dengan keputusan dari sekolah bandar...tapi d sini kita dapat lihat bahawa kedaifan bukan alasan utk gagal atau x berjaya....
☆ klw mw berjaya DARI KITA SAJA BAITU....