Nenda


::Salam::
::Bismillah::

Allah atur cantik kan. Dia tak bagi sekarang. Dia minta kita sabar dan tunggu. Sebab Dia nak beri nanti.

--

Ini post tentang saya dan nenek saya. Agak lama dan susah sangat untuk duduk bersama lama-lama.

Normalnya. Pulang ke kampung2 akan bergerak sekeluarga. Jika saya :

KL - JB - PAHANG - KL atau KL - PAHANG - KL

Maka, sukar sedikit untuk saya lepak lama bersama Nenda Jamilah (Atok Milah) di Johor. Selalu lepak lama bersama Nenda Tengku Azizah (Tokku Perempuan) dan Nenda Nik Wajis (Tokku Lelaki).

Sebab nya :

1. Cuti yang sekejap.
2. Kos perjalanan PAHANG - JB - KL agak mahal. Jadi, mahu dimurahkan PAHANG - KL.

--

Tapi, kali ini, Allah beri peluang. Fuh! Syukur.

Nenda Jamilah Ahmad


1. Menurut Ayahanda nya -- Beliau lahir pada bulan Disember, 1930. Tapi, jika menurut IC, bulan Jun. Saya lebih percaya apa yang dikatakan. :)

2. Balu kepada Nenda Abdul Rahman @ Aman bin Paron. (Tok Bon -- Sbb sll pegi kebun -- Sepupu saya beri idea ini dulu2)

3. Nenda Jamilah duduk di rumah saya. Dah seminggu lebih.

4. Suka cerita zaman Jepun dulu. (Lari2 masuk rumah, tengok org penggal kepala, makan ubi, etc)

5. Sangat kuat semangat solat, bangun malam, ngaji semua2.

6. Kuat Ingatan. Habis semua nama anak cucu beliau ingat. Termasuk lah adik beradik ayah saya. (Saya pun x ingat2) . Kalau kita dah cakap sesuatu hal itu. Belaiu akan sentiasa ingat. :) :)

7. Komen tentang sistem pendidikan sekarang yang sudah melupuskan JAWI. Bila minta budak2 sekolah menengah baca JAWI mesti ada yang tak reti.

8. Sangat suka belajar. Dulu2, sebelum perang, selalu cepat naik darjah. Sebab pas JAWI.

9. Muda2 dulu, kawen umur 16 tahun, pastu besarkan anak2, balik dari menoreh, cari kayu api, masak, ajar anak mengaji, basuh kain lampin.

10. Rasa tak sanggup untuk minta orang lain ajarkan anak mengaji. Nak ajar sendiri. Biarlah suara tu dengar sampai kebun getah. :)

11. Terer MATH. Nenda Aman Paron lagi terer. Dulu selalu kene soal. Dan lembab sgt saya jawab + salah2! :P

12. Waktu beliau masih laju gerak2 dirumah, pagi2, mesti kami (cucu) kene marah kalau tidur lepas subuh. Pastu lepak ramai2 tengok TV. Sebab, bila lepas subuh, kene kemas rumah, masak, dan lain2. Dah siap cantik wangi, barulah lepak. :) :) (Sekarang ini, sendiri mau ingat lahhh)

13. Atok saya selalu pesan, badan kena kurus. Baru mudah bergerak. Biarlah perlahan (tua) pun, tapi mampu bergerak.

14. Saya paling kagum, bila dalam keadaan solat, atok saya usaha untuk berdiri dari duduk itu. Fuh. Tiap kali saya tengah solat di sebelahnya, mesti terbayang, "mcm mana aku nanti..."

15. Pagi2 lepas dah mengaji semua, mesti atok saya tanya : "Tak pegi jogging?" "Jauh ke jogging arini" Hahah! (Sebab kaki macam ringan gerak ke tilam) :P

16. Yang saya kagum lagi, beliau sihat! Tiada darah tinggi, kencing manis etc2. Syukur. Jagalah Kesihatan! Jaga pemakanan! (Cuma dah tidak boleh makan manis, nanti sakit perut) :)

--

Ini sengaja letak. Sejarah lah saya kira. Boleh geledah2 lagi masa2 akan datang.
Ini juga yang saya ingat. Yang lain tak ingat lagi.

5 Response to Nenda

  1. aqilah says:

    waaaa... =( rindu atok milah huuhu.. nak dgr atok milah bercerita huhu.. kirim salam atok milah heh..

  2. Orang lama.. yang tidak kaya harta

  3. Anonymous says:

    family first^^

  4. syaimaa' says:

    salam.

    oh!
    opah saya juga kuat ingatan.
    sampai saya pun pelik2 macam mane beliau boleh sekuat itu memorinya.
    memang betul, semua nama anak cucu cicit sorang2 dia ingat, plus urutan anak ke berapa! fuh!
    ayah ana sendiri tak ingat nama cucu2 dia T_T adeh.

    hebat-hebat wanita Islam melayu zaman dulu.
    untung kita dapat nenek hebat ^^
    alhamdulillaah

    p/s: jadi, kite kene double hebat lah? teng~

  5. A lady says:

    hah. tokmek saya 1930 juge XD