Bukit


Salam . Bismillah .

Ada bukit tinggi. Dibelakangnya matahari sedang cuba menyelinap masuk.
Tapi pelangi ambil peluang tunjuk keindahan diri nya. Beri warna ceria.
Hujan beri nafas panjang. Lelah menurunkan air mata. Awan beralih-alih.

Bukit sifatnya keras dan berbatu-batu. Boleh pijak-pijak sampai atas.
Mahu berlumba-lumba naik. Kalau kita naik bersama?
Kemudian, bergelongsor turun di atas pelangi indah.

Bina kehidupan lagi sekali. Tunggu matahari bawa arah tunjuk ke gua.
Kita bertapa bersama. Mari!
Disana redup dari panas. Disitu senyap.

Kita bismillah. Dan mulakan lagi.
Jika mahu. Ini jiwa aku. Jiwa kau juga aku.
Jadi manusia. Dan lagi. Entah!

1 Response to Bukit

  1. Ouh. Post ini bersifat ambiguous.

    Dicernakan untuk usaha menjadi baik.

    Bukan kesempurnaan. Tetapi penambahbaikan karekter diri dan amalan murni.