Sisipan Seterusnya
Tahun 2006 pertengahan masuk UIA. Matrikulasi. PJ . Syukur. Ditawarkan kos : Islamic revealed knowledge and heritage. Pendeknya IRK. Hanya tuhan yang tahu. Jika dulu selalu (jarang) pusing2 UIA gombak (dlm kereta je). Sekarang sudah ada di dalamnya. Dapat duduk mahallah aisyah, depan mahallah ABC (air batu campur… abu bakar college). Brothers.. Sisters.. Bermula dengan taaruf week, test arab, English. Ditakdirkan dengan jawab exam yang sambil tidur2 itu, dapat arab – level 3 (daripada 4 level), dan english – level 4 (daripada 5 level). Bermakna, belajar bahasa & subjek2 IRK adalah setahun setengah. Tetapi saya buat 2 tahun. Memandangkan kegagagapan dalam bahasa sangat lambat. Ambil langkah selamat.
Memang mencabar. Dengan masuk kelas bahasa yang memang dianggap kelas level atasan, bersama 15-20 orang sahaja dalam itu, sangat rasa nak jerit – woii!!! Aku tak faham lah~ (tapi memang selalu jerit pun, bila cikgu takdak lagi) mereka semua super power punya. Dan memang terbukti, bila exam, saya sorang failed.weehaa! kawan-kawan lain semua 15-20 over 20. Saya 9 atau 10 gitu! Haha. Saya rasa nak berhenti dah belajar. Lecturers sume dah risau2 dah. Tapi ayah dan lecturers suruh saya continue juga sbb bg mereka itu perkara biasa je. Dah la suka tiduq dalam kelas. Mereka kata xpa, jadi mcm imam syafie. Tapi kalau dah belajar pun tak faham… apa kes?!
Maka, sekali lagi, hanya tuhan sahaja yang tahu. Betapa manusia ini, bila susah perit jerit baru nak menangis2 mengadu. Terus sujud bersama-sama buku itu. yelah. Semua subjek belajar dalam bahasa inggeris dan arab. Mana nak serap bahasa itu sesegera kalau dah hari2 cakap melayu layu aja. Kan. Yes. Sendiri punya hal~
Itulah serba sedikit. Tapi yang best lagi, time matrik nilah kena appendik. Tajaan woo operation kat PPUM. RM6000++ kalah org bersalin. Allah atur, semua cantik! Tapi sebelum nak dapat tajaan itu, lagi mencabar hidup. 1 hari sebelum disahkan appendik, makan semua muntah, sakit perut bagai, nak angkat panadol masuk mulut pun tak larat, tak baca apa2 pun wlpn esoknya ada exam. Pada esok hari, Tanpa sarapan, sebab tak larat, jalan dah macam org nk besalin, perlahan sgt2 30km/j. pergi ke klinik. Doctor kata : gastric. OK. Tahan, pergi sambung jalan dengan kadar paling perlahan itu ke tempat exam. Muka dah pucat lesi, tapi tahan, sbb malas nk reseat exam. Wlpn kawan2 n lecturer suruh reseat. Degil (baca: kuat semangat) :P. Jawab je selagi boleh hentam. Tawakkal. Lepas exam, makan mcm biasa. Tibe2 tak sakit. Malangnya, pada malam itu juga, serangan di perut, mcm nak tekeluar isi perut. Sakit sangat! Sesegera itu, kami (sebilik – 7 org) keluar jalan terkedek2 pergi klinik. Doctor cek dengan garangnya. Dia kata : OK appendik, dan dah tahap kne buat operation, jgn call parents dulu. Menurut perintah. Sampai sahaja di PPUM, yeah, kakak nurse tinggal kan aja kami di pintu masuk PPUM. Tanpa bagi hint apa2. Contohnya, bole ambil wheel chair ke, apa2 jelah yg mudahkan pergerakan. Ok. Berjalan ke kaunter, dan tunggu turn. Setelah hampir 5 jam menunggu selepas selesai test2 itu ini. Masuk wad. Esokknya operate. …. End. J
Ini cerita saya lah~.
tetiba teringat kes kaklong kena operate... gempak+risau thp huh xterkata..
"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (al baqarah:216)
^_^
erm, sbnrya, pagi tu puan Doc salah diagnos. tu yg kata alg gastrik.
lepas da gi hospital.. abes kecoh klinik -- Doc salah dianos -- time alg da sehat dan gi klinik pun nurse dok sebut2 lagi.. huhu.
yeah, akak masih ingat kekelamkabutan waktu afra' sakit tu! alhamdulillah..