Bermain dengan Marselo + Tagal


::Salam::
::Bismillah::

Hari Kedua

29 November 2009

5.00 am : Solat Subuh. Baca Quran. Bersiap2. Tidur semula. Penat.

6.00 am : Langit cerah. Seperti jam 7 di semenanjung.

8.30 am : Breakfast. Mee goreng. Rehat2. Main2.

12.30 pm : Gerak ke Luanti. Uncle, Auntie , sedara2 A.Man pun ikot sama2. Seronok! Main dengan Marselo. Nama bagi Ular Sawa jenis Pyton. Saya memang suka pada haiwan eksotik. Ular kire eksotik x? Hentam saja. Pastu bg makan ikan. Dipanggil Ikan Tagal. Maksudnya, Ikan Sungai yang dipelihara dan tidak dibenarkan memancing apatah lagi curi2 ambil bawak balik. Ikan tu besar dia dari siku ke pergelangan tangan. Tiket masuk RM3. Hanya 15 minit sahaja boleh masuk sungai tuh bagi makan.

1.30 pm : Gerak ke Sungai Biru. Tempat rehat milik Family A.Man. Ada kolam ikan, swimming pool, chalet, pondok. Kami berta’aruf bersama keluarga dan saudara mara A.Man. Shuhada, Iko, Fadhilah, Zaki, Soleh, lagi 2 org x sempat nak kenal..Em, Uncle seorang yg hebat. Beliau beri peringatan dan nasihat serta menerangkan sekali lagi tetang Ranau. Bukan sekadar fakta tentang Ranau ini kawasan Lembah. Tetapi keadaan Umat Islam dan Kristian dia Ranau yang begitu ramai. Usaha2 yang dilakukan. Diri ini, mahu saja tinggal disitu. Berjuang bersama2 mereka. Tapi mungkin suatu hari nanti.

2.30 pm : Balik ke Rumah A.Man (tempat kami tinggal). Solat Zohor jamak. Bersiap untuk ke tempat seterusnya.

5.00 pm : Kenduri di rumah Uncle Mujie di Kinapulidan. Wow. Jalan dia hebat. Kalau naik 4WD rasa jugak batu2 kat jalan tu. Naik Kancil apatah lagi. Tapi seronok.

6.00 pm : Singgah kebun Uncle. Tengok ayam, itik, sawah, tanaman2.

6.30 pm : Gelap terus.

7.00 pm : Makan di rumah adik beradik Auntie (Uncle Hatab) di Kinapulidan.

8.00 pm : Pergi ke rumah Family Uncle di Kinapulidan. Makan lagi. Kenyang amat. Berjumpa dengan K.Zaharah yang kerja di HUKM bahagian Farmasi, Aton darjah 4 di sekolah cina Wei Pei, Ranau. Belajar bahasa Cina. Saya ajar dia bahasa Arab. Sikit2 jer. Nenek A.Man strok. Nak jumpa tapi beliau tengah tidur.

9.30 pm : Balik rumah. Jalan Kaki aja. Dekat lah jugak. Jalan sambil ambil gambar, bual2, lari2 sbb ada banyak anjing. (Anjing di sini mcm kucing di semenanjung. Ada yg garang dan ada yg baik. Berjalan ke mana sahaja.) Tapi x sampai lagi ke sebuah kampung yang khinzhir nyer yang berjalan2 bukan anjing atau kucing.

10.00 pm : Sampai Rumah Kek (gelaran utk rumah yang senibina nyer mcm Kek. Direka oleh Uncle + Auntie). Rehat, Solat Isya’ jamak, Tgok Movie, Main-main, Basuh baju.

11.00 pm : Tidur.

** Pengalaman adalah Universiti yang paling berkesan dalam kehidupan.. ;)

Penerbangan ke 2 selepas 20 tahun


::Salam::
::Bismillah::

Hari Pertama

28 November 2009

1.00 pm : bertolak dari UIAM. Naik bas rapid 203.

1.30 pm : Sampai di Terminal Putra. Jumpa Khai + A.Man. Gerak bersama ke KL SENTRAL.

2.00 pm : Sampai di KL SENTRAL. Makan dulu sbb da lapar sangat. Shah bawa dari penang. Enak!

2.35 pm : Solat Zohor jamak.

3.30 pm : Gerak ke LCCT. Naik bus Air Asia. RM 9. Bersama A.Man, Khai, Shah, Juk, Farah, Din, Haikal.

5.00 pm : Sampai di LCCT. Hujan lebat sangat. Kumpul semua orang. A.Man, Khai, Shah, Juk, Farah, Din, Haikal, Fatin, Syifa’, Hanis, Ummi.

5.30 pm : Check in. Beratur paling depan. Patu tergelakkan sorang pelancong sbb dia kata “this line for Kota Kinalabu? “ Saya: “Yes! Counter 36” Muka tahan gelak. Akibatnya, counter yang ditunggu2 untuk di buka tu tutup. Ngeh3. Terpaksalah masuk line lain. Timbang beg siap2. Bayar sorang RM20.

7.45 pm : flight delay nampaknya. Tunggu lagi. Sambil ambil2 gambar.

8.00 pm : Now Everyone Can Fly. AK 5124. Seat No: 20 E. Order Maggi Kari. RM6. Tapi ada bawa biskut Jacob rasa Epal+Peach. Saje nak rasa megi. Jadi nya, makan megi+biskut+air teh fatin beli.

8.30 pm : Tidur.

9.00 pm : Bangun dan pegi dengan farah kat mana2 sit kosong sebelah tingkap nak tengok langit walaupun tahu dah gelap. Saje. Sebab ni 2nd penerbangan selepas 20 tahun.

10.30 pm : Sampai. Jumpa Family Aben ( antara fasi RDP) di Airpot Terminal 2 Kota Kinabalu.
Abg Hafiz (Toyota Rush) – ambil perempuan 7 orang.
Akmal (Toyota Hilux) – ambil lelaki+barang2.
Zulfiqhar (Produa Kancil) –ambil lelaki.

11.00 pm : Makan di Tanjung Aru, KK. A.Man belanja semua org. Terus gerak ke Ranau. Singgah di Kundasang. Sebab kabus tebal. Tak nampak jalan. Sejuk amat. Perjalanan sepatutnya memakan masa 2 jam. Hanya ada 2 Petronas atau mudahnya stesen minyak sepanjang perjalanan dari KK ke Ranau. Berta’aruf dlm kereta. Bertanya dengan A.Hafiz serba sedikit tentang Ranau.

3.30 am : Sampai di Ranau. Kg. Kiaburi. Rumah A.Man.. Keluarga beliau Uncle Saprin Abdul Karim + Auntie Ladiah Kassim (Parent A.Man) yang menaja makan minum dan tempat tinggal serta kebajikan sepanjang kami disana.

** Kami banyak solat jamak disana. Kerana, masuk waktu awal dan Masjid sukar dijumpai. Rukhsah Allah telah pun berikan kepada umat Islam yang bermusafir selagi urusannya belum selesai.. Insya Allah, itu yang terbaik.. Wallahu'alam.. ;)

Sabah di Hati


::Salam::
::Bismillah::

Alhamdulillah, akhirnya kami warga fasilitator RDP (Rebutia D'Perkasa Sdn Bhd) telah berjaya menapak di bumi bawah bayu Sabah World!

Seramai 12 orang faci dari bumi semenanjung terbang jauh ke Sabah.. 5 lelaki, 7 perempuan..
8 hari memang tidak cukup.. tapi syukur.. Insya Allah lain kali ke sana lagi atau jauh lagi..


Indah.. Damai.. Seronok.. Meriah.. Kagum.. Ikatan..

Aura mereka masih tersemat dan terpahat di hati ini.. Udara sejuk dan nyaman ingin sahaja di simpan dan bawa ke semenanjung yang panas ini.. Apa yang pasti kini, misi ku selanjutnya harus dan tetap aku teruskan.. Berikan ku semangat dan kekuatan..

Selanjutnya, saya akan sambung di kemudian hari insya Allah..

memori lalu
menggamit jiwaku
seolah itu
kisah silam ku
bersama kita harungi segalanya

Angan-angan dan Focus .. Impian dan Cita-cita


::Salam::
::Bismillah::

Sementara ada masa lagi 20 minit sebelum pegi Al-Amin, ada idea plak tiba2..ngee.. ^__~

Kehidupan, memang perlu ada kepada focus, angan-angan, impian, dan cita-cita.. Iya memang tidak boleh lari.. Sejauh mana kita lari sekalipun, semakin dekat ia mengejar kita.. Setinggi mana pun kita terbang iya tetap menyusuri kita.. Oleh itu, dari awal harus kita bersedia untuk menerima.. Apabila ada gangguan fikiran, kecelaruan idea, kekusutan hati.. Itu adalah normal.. Itu adalah reality.. Itu bukan lagi fantasi..

Haruslah sentiasa kita ingat sejauh mana kita berjaya mengawal keinginan kita, sehebat mana perancangan yang disertai oleh redha Allah, itulah yang terbaik buat kita.. Kita memang harus wajib tidak boleh tidak menerima keinginan itu.. Raikan iya.. Meriah kan iya.. Tetapi ingat kepada focus kita.. Impian dan Cita-cita.. Fokus pada cita-cita kita.. Jangan sesekali musnahkan.. Keinginan itu hanya sampingan yang fitrah dicipta buat hambaNya.. Jangan kerana angan-angan hati itu, kita ketepikan cita-cita kita.. Oh.. Tidak.. Sesekali jangan.. Bila sudah tiba waktunya iya akan sampai.. Tidak bergolek ia berjalan, tidak berjalan ia berlari, tidak berlari ia terbang.. Kembali kan lah kepada Allah.. Itu yang terbaik.. Itu milikNya.. Beliau lebih mengetahui.. ;)

Terus pandang kehadapan dan jangan pandang kebelakang lagi untuk meneruskan cita-cita kita..Menggapai cita-cita kita.. Tetapi apabila telah berjaya jangan lupa untuk pandang kebelakang bukan untuk berundur tetapi untuk menghargai dan berterimakasih kepada mereka kerana sokongan.. Kerana itulah diri kita.. Dan kerana mereka itu jadilah kita.. Mungkin tidak semua tetapi mungkin serpihan sahaja.. Hargai juga..

Sukar untuk ku jelaskan apakah yang sudah berlaku dan apakah yang aku telah lakukan serta apa yang seharusnya aku lakukan.. Semoga itu yang lahir ikhlas dari hati dan jiwa seorang insan yang bernama anak kakak cucu dan pelajar..

16 Okt – 15 Nov : Final Exam

20 Nov – 23 Nov : Mukhayyam Khariji Kem Lembah Genting, Hulu Selangor

23 Nov – 26 Nov : Mayang Sari, PD

28 Nov – 5 Dec : Warga Fasi Rebutia D’Perkasa ke Sabah

7 Dec - Final : Sem 2 bermula nampaknya..

So, along xd time utk balik JB.. So sorry Aqilah.. Tak dapat teman bersama SPM awak!!!! Along doa yang terbaik.. Maaf x dpt balik………….. :(

Tammat


::Salam::
::Bismillah::


Alhamdulillah thummal hamdulillah.. Usai sudah peperiksaan saya!! Usaha+Doa diri sendiri+Doa Ibu Ayah+Doa Adik2 di perantauan+Doa Kawan2+Kebaikan yang dibuat+Amal Ibadah+Tawakal = Tenang.. Mulakan dengan Basmallah.. Diakhiri dengan Alhamdulillah.. Dan SENYUM aja keluar Dewan Periksa.. hee.. Result di tangan Allah.. ;)

....................................................................

Sekarang, akan menjelma api semarak SPM yang membara.. Dan bakal menerombosi hati+fikiran pemiliknya.. All da best buat kalian semua.. Termasuklah adinda saya.. Nik Aqilah.. Akaun.. Harapan along: ’paling kurang pun dapatkan lah 11A1.. Lawan Uqbah..hee..huu..’
Belasah jer waktu yang berbaki ini.. Insya-Allah, along balik.. Ceh, mcm di perantauan ja..haha..


...................................................................


Ni pula sikit kisah di Matric IIUM.. Mahallah Aisyah.. Pendeknya ‘AC’.. Kalau bual2, kenal2, akan tanya, “awak duduk mana? Kite AC, Awak? Kte pun AC jugak.. owh, same lah..awak bilik mana? Kte 203.. eh, same lah..kte 203 jugak..haha..” Ni maksudnya ape? Tak kenal sangat lagi romte sndiri.. Lame2 da kenal dah.. RAPAATTTTTTT sangat! Seronok! Best! Happy!
Saya tergolekkan laptop pun.. Kawan ckp, xp, baik an.. :)


2.0.3

Mahallah Aisyah

Aimi::Aisyah::Afra'::Ain::Eera::Ina::K.Ti::Sheena


di bawah langit Mu aku terus berdiri dengan kekuatan
lantas tunduk kepada Mu mengharapkan kasih Mu

10 Minit Sebelum Maghrib


10 Minit Sebelum Maghrib
31 . 10. 09

::salam::
::bismillah::


Senja
Melihat semua burung beterbangan ke sana ke mari
Dari dahan ke dahan
Dari pohon ke pohon
Mencari sarang mereka..

Berkecipan dengan kecipan merdu
Cip cip..cip cip..
Andai aku bisa menafsir cip cip itu
Ibu burung : “anak-anak, mari pulang..makanan sudah siap”
Anak burung : “ok mum..on da air..sesat nih”

Aku melihat dari jarak dekat
Burung-burung itu terus terbang jauh tinggi
Bergerombolan
Berseekoran

Kelihatan seperti ada lampu isyarat
Seperti ada polis trafik di langit itu
Tak berlanggar lansung burung-burung itu
Terbang
Tunggu
Berhenti
Kuasa Allah..

Oh..
Tiba-tiba
Kedengaran kercipan kuat
Kuat sangat
Cippp Cippp
MAKKKKKKK!!!!!!
Mungkin burung itu tidak jumpa sarangnya

Mahu saja aku ambil bawa masuk bilik
Tolong jagakan
Malam sikit nanti aku hantar semula
Tapi apakan daya
Sayap kau pun aku tak nampak

Langit separa gelap
Tiada lagi kercipan yang meriah
Tiada lagi nampak burung yang berterbangan
Hanya kercipan halus manis sayu sahaja
Perlahan
Dan
Diam

Mungkin mereka sedang menikmati hidangan enak
Bersama keluarga
Indahnya
Cumelnya..

Atau mungkin mereka sedang bersedia
Kerana Maghrib hampir tiba
Atau mungkin juga
Membersihkan badan setelah seharian beraksi di angkasa
Mencari rezeki
Bermain-main
Berkejar-kejar

Langit biru semakin gelap kelam
Menandakan Maghrib benar-benar hampir tiba
Tingkap ku tutup rapat

Tafakur
Azan kedengaran dari cerobong Masjid Shah, IIUM
Walau tidak kelihatan lampu kecil merah di menara masjid
Aku bisa dengar gemersik azan itu
Indah
Damai

Sekarang masa untuk menemuiNya
Peluang keemasan yang aku sentiasa nantikan
Kerana aku rindukanNya
Berkomunikasi denganNya
Dan terus berharap kasih dariNya

……………
--karya yang tiba-tiba ter buat semasa rehat kan kepala--

Note:

Memang seronok duduk level 4 nih..
Paling atas bagi blok aku..
Atas bukit..
Pagi-pagi tengok sunrise..
Petang-petang tengok sunset..
Seronok..
Beruk pun masuk amek Apple kawan..
Terabur kan barang perniagaan ku..
Kasi sepah semua tempat..
Biarlah..
Rezeki dia..
Yang ditinggal kan hanya bau yang boleh tahan..#@%*!
Redha sahaja..
Barulah dapat bayang pepatah kot "bagai bagi bunga pada beruk"..

Usahakan Alpha


::salam::
::bismillah::

kondisi rohani dan realiti diharap dalam keadaan hebat dan baik..
sekarang UIAM berada di ambang genting..Final Exam..
saya da abes 4 papers..lagi 3 nampaknya..dijangka abes by 15th nov 09 nih..
Menjaga Hati? Menjaga Ibadat? Menjaga Hubungan? Menjaga Diri..
bagaimana?

Tidak perlu dirungkaikan..Tidak perlu diungkapkan..Kerana sebenarnya sudah tahu..
Tapi sengaja untuk dilupakan..Sengaja untuk dibiarkan sahaja..

Jika kita di ambang yang genting..Buntu..Kacau bilau fikiran..Mengadulah pada Allah..Wujudkanlah komunikasi yang berkesan..Luahkan segalanya kepada Allah..Jangan pendam!Kerana Dia yang lebih memahami..Dan ketika itu ingatlah, Allah akan sentiasa bersama kita..

Dalam senang atau susah Allah tetap ada bersama kita..Doa! disertai Alpha..


Bila kita sering berkomunikasi dengan Allah, jiwa kita tenang kerana kita fokus kepada perhambaan diri pada Allah..Kita berfikir dalam frekuensi Alpha ke bawah..Kita lebih redha dengan Qada’ dan Qadar Allah..Jiwa kita hebat..Hati jadi kuat..
Anda tahu bahawa gelombang alpha itu adalah gelombang minda gaya tenang, rileks, kreatif, dan Hebat serta Sihat!
Kadar getarannya pula 8-12Hz yang kebiasaanya berlaku pada bahagian kanan otak..
Bila kita berada dalam gelombang alpha itu, kita akan rasa asyik dengan Allah seperti hebatnya dan asyiknya orang bercinta..Kita akan lebih khusyuk dalam solat..Kita akan lebih positif untuk berubah..Ingat perubahan yang kita lakukan ini akan kekal kerana Allah juga kasih dan cinta kan kita dek kerana kita cintakanNya..
Oleh itu, jadikan cinta kita hanya untuk Allah..Itu yang terbaik..Hati bisa lebih tenang..
Berborak berkomunikasilah dengan Allah setiap detik dan saat..Mohon doa pada Allah, agar disuburkan rasa kasih diwujudkan rasa sayang kita kepada Nya dalam hati kita..Mungkin selama ini kita hanya meminta agar Allah sahaja yang kasih kepada kita..Sayang kepada kita..
Jadi mulai hari ini..Kita tukar sikit..Perubahan kearah yang terbaik untuk yang terbaik..Insya-Allah..Wallahu A'lam.. :)
.:. He Knows Everything .:.