Berkaca Plastik


Biar hati yang hanya berbicara bersama jiwa yang masih lagi kental.

Biar pena terus menerus menulis isi hati nya.

Biar lidah terus menerus menutur dan bertasbih kepada Robb nya.

Meskipun kelihatan ragu.

Tetapi dia akan rasa lebih yakin dan pasti.

Biar juga mata terus bersinar dengan cahaya alam.

Melihat keindahan cintaanNya.

Sekalipun diri fizikal nya mengetahui yang di telan itu bukan lah gula yang manis.

Bukan buah-buahan yang ranum.

Tetapi dia akan tetap juga menerimanya andai itu yang telah tertulis di luh mahfuz.

Tidak sesekali ia kan membiarkan diri itu terus hidup dalam lara kemurungan.

Hanya kerana mendengar gemersik alunan muzik yang secara spontan bertukar manjadi alunan yang menyakitkan telinga.

Biarkan dan lepaskan.

Dia tetap terima.

Tiada ragu.

Bahasa di kala itu


::Salam::
::Bismillah::

Alhamdulillah. sudah selesai 5 paper. Ada lagi satu aja. Harini, saya duduk rehat sambil selesaikan misi di musolla Edu. Rencananya mahu jumpa Dr Mohyani untuk submit slide presentation. kemudian, jumpa dengan Dr Sabri untuk bertanyakan mengenai beberapa soalan yang bergelumang di kepala.

Tapi mungkin takda rezeki nak jumpa mereka hari ini, saya pun duduk sahaja di musolla ini.

kebetulan, lepas solat zohor, Mereka ini pun datang. Saya terus main dengan anak dia. Sementara dia sedang solat. Lepas tu mula lah kami berbual2. Kebetulan, saya free hari ini.
Sedang bual2. rupanya baru saya tahu, dia mahir bertutur dalam bahasa Arab. Sedangkan saya, bahasa Melayu. bahasa Inggeris hanya sampingan. Tapi agak lah. Susah juga nak bercakap, bila saya cakap inggeris, dia tak berapa faham (saya punya bahasa pun terabur gak)..

Maka, cara yang dirasakan berbaloi untuk terus berbual adalah:

- saya cakap dalam bahasa Arab (campur2)
- kami gunakan google Arabic English translater (saya type English--dia baca guna Arab)
- saya kasi dia tonton filem KCB. (Ngahaaa~)

Saya ajak dia tengok cerita KCB ni pun sebab saya tanya, penah gi negara mana? Dia kata: Yaman, Mesir, Saudi, UK, Malaysia, China.

Ahha~ Saya pun cakap lah. Ada satu filem ni, buat kat Mesir, tapi cakap bahasa Indonesia. Huu.. Dia layan je lah. Tapi tengok dalam 15 minit ja. Sebab da azan Asar, dan dia nak jumpa suami dia yang da siap abes exam.

Maka, dengan itu, haruslah kita memantapkan bahasa2 yang ada ini. Biar lancar urusannya.

silekan :)


::Salam::
::Bismillah::

Hati masih usaha untuk hadir sepenuhnya
Aku ingin sekali menguasai segala ilmu yang telah dipelajari
Kepada kedua ibu bapa ku
Adinda2 ku
Terima kasih kerana masih terus memberi sokongan
Kepada guru2 ku
Terima kasih kerana sanggup bertungkuns lumus mengajar aku
Walaupun selalu buat perangai dalam kelas
Kepada rakan2
Walau hati ini masih kadang2 ada terguris
Tak pa--saya terima, anda tidak ditolak

Doakan saya dan semuanya

p/s: Nasihat2 di destop saya dapatkan dari adik2 lepasan SPM. Mereka masih ada aura exam.
Memang waktu2 exam ni, waktu paling best untuk buat segala jenis ucapan. Walaupun x best. Buat jugak.

Jirus Air Pada Bakul


::Salam::
::Bismillah::

kalau zaman dulu--penulisan ilmiah dari ulama' Islam pasti ada Bismillah dan ayat Quran dan ditutup penulisan dengan Wallahu'alam.. Sungguh rendah diri. Tak caya? Cuba tengok dari zaman 300-1000+hijrah (tarikh wafat penulis itu).

................................................................

Kisah ini kisah hati.


Pernah jirus air pada bakul yang kosong dan berlubang2?

Ini kisah antara seorang Nenek dan seorang Pemuda. Sebuah dialog bersahaja. Tetapi bermakna. Saya akan namakan pemuda itu sebagai Ahmad. Nama mudah sebut.

Nenek : Bismillah..hal ata alal insan......

Ahmad : Nek, napa Nenek asek baca ja Quran nih? Nenek faham ke? Tak penat?

Nenek : Alahai Amad oi. Nak baca sekali ka? Meh Nek ajar.

Ahmad : Tanak lah. Saya tak faham Arab. Buat pa baca. Tapi saya dok pelik nih. Nape Nek dok baca ja. Sedangkan Nek tak faham pun.

Nenek : Erm, macam ni lah. Amad nampak tak bakul sayur tak tepi almari tuh?

Ahmad : Nampak2. Nak wat pa? Nek nak pi pasar?

Nenek : Tak, Amek bakul tu isi air dalam bakul tu. Dah penuh, Amad balik sini semula.
Ahmad : Tapi Nek. Adui. Mana boleh bakul ni letak air kat dalam dia. Lubang punya lah banyak. Tak agak an.

Nenek : Erm, pi jelah. Nanti Amad akan dapat tau jawapannya. Sekarang.

Ahmad : Baiklah Nek.....

Maka Ahmad terus dan terus bergerak menuju ke telaga air dengan penuh tanda tanya. Cemana lah bakul lubang2 ni mau penuh air. Bila da sampai kat telaga. Ahmad isi dengan sesungguhnya. Tak penuh. Kali pertama tak berjaya. Ulang kali kedua. Tak jugak. Kali ketiga. Lagi tak. Terus cuba lagi. Makin basah bakul tu adalah. Tak penuh2. Seluar , baju pun terkena percikan2 sikit. Nenek nih....Nak kenekan aku ka??? Orang sekeliling pun dok pelik. Awat lah semangat sangat mamat nih basuh bakul sayur...Bila da malas nak buat keje pelik nih. Ahmad pun balik.

Nenek : Wah, Amad da balik. Napa masam muka je nih? Senyum sikit. :)


Ahmad : Nek.... Nape Nek soh saya penuhkan bakul nih dengan air? Nek tak nampak ka bakul nih lubang2. Takkan boleh penuh punya dengan air. Basahkan jer adalah.

Nenek : Haa.. Amad dah nampak sikit jawapan. Hmm. Meh sini duduk sebelah Nenek.

Mudahnya begini Amad. Memang nenek bukanlah orang berjaya. Tak pandai mana. Lagi lah bila baca Quran, memang nenek tak faham. Bahasa Arab. Bahasa Syurga. Tapi nenek suka sangat baca. Untuk cuci hati nenek. Kalau x, jadi karat ja. Bila selalu baca. Bagi tenang. Bagi bersih. Macam bakul ni juga. (sambil pegang bakul yang da basah tu). Amad boleh nampak kan, fizikalnya lubang2, besaq lagi tu. Kotor pun ada. Daki2 sayur. Tapi bila Amad dok jirus dan jirus tadi. Jadi basah, makin bersih dan cantik. Amad pun suka tengok.

Ahmad : Hmm... :) :) tak terungkap.

Khulasoh--hati itu bisa dicuci dan bisa dikotori. Cara nya pun mudah. Mahu dan tak mahu ja. Malas dengan rajin ja. Ikut suka HATI.

Wallahua'alam
:)

Bakal menutup tirai zaman indah~

Ilham asal : Dr Kabuye Uthman--kreadit utk beliau.

Syukur


::Salam::
::Bismillah::

--Sijil Pelajaran Malaysia--

Semua dah dapat result yang setelah sekian lama mereka nantikan. Tahniah saya ucapkan!
Syukur+Tahniah buat Adinda saya :

Nik Aqilah Nik Mohd Azam beroleh 11A

--straight A's--

Bercadang untuk buat Acct di UIAM. Tapi beliau masih dilema mungkin tatau nak mana.
Kalau UIA, kire sume UIA. Edu, Engin, Econs.
Semoga beliau tetap dan yakin dengan pilihan yang akan di takdirkan untuknya. Masih ada masa untuk tukar2. Huu..


Apa-apa pun--

SPM, bukan pusat untuk penghabisan bagi segalanya. Tetapi ia adalah permulaan bagi kehidupan yang akan datang.


Walau result hebat tapi tak hebat manage--kantoi juga.
Walau result terok tapi ada gaya mahu cemerlang--akan gemilang.


Hebat--

Jika tidak terlalu terikat dengan keputusan yang kita dapat.
Master/Mantapkan ilmu yang ada.
Pelbagaikan ilmu/skill yang ada.
Carigali segalanya selagi punyai masa.


p/s: Adik2 yang hebat!--sikap kita adalah masa depan dunia --pinjam heh acap..

Peperiksaan Saya


::Salam::
::Bismillah::

Akta Pelajar Cemerlang 909 - Dibawah kelolaan saya sendiri. Masih di tahap 30%.

Menjelang saat-saat akhir sem ini saya rasa semakin tak sabar2 untuk mengejar cita2.

Peperiksaan saya untuk sem ini di jadualkan seperti berikut:

Leadership : 20 Mac 2010
UNGS 2040 : 25 Mac 2010
BM Lanjutan : 28 Mac 2010
Lexicography : 29 Mac 2010
Fiqh Ibadat : 2 April 2010
Cocurriculum Instruction : 3 April 2010
Rethorical Ma'ani : 8 April 2010

Semuanya jam 9am.

Sem ini saya ambil sikit. Hanya 16.5..

Semoga saya dan semua kuat semangat untuk belajar+ulang kajian+hadam+serap benar2 dalam hati agar bisa di aplikasikan dalam kehidupan. Bukan sekadar dapat dean list. Tetapi juga deen list. Selamat periksa walaupun da busan dengan perkataan peperiksaan itu. :)

Nik Afra' Nik Mohd Azam :)

Buat Dengan Hati


::Salam::
::Bismillah::

Musim tugasan yang banyak berlonggok. Semua masih cuba dangan gigih untuk menyelesaikannya. TERUSKAN!
Saya suka bab2 teknikal ja. Siap cari bahan. Type. Tang nak edit saya+kwn2 punya memang bahagian saya.

Belajar+Ajar sikit2 pada kawan2 cara nak tukar2 size paper. footnote Arab (complicated jugak). Format itu ini. Compile. Siap.

Apa yang penting--Buat dengan hati yang terbuka. Nak ajar pun kene betol2. tulis kan siap2 kat kertas cara nak buat footnote ka, edit gambar kat MS Power Point ka, Photoshop (da lama tinggal) ape2 saja. Nanti bila kwn2 tatau. Tunjuk kan kertas tuh. Bila x faham. Terangkan dengan hati. Dan pastikan kawan kita buat dengan hati juga. Bukan terpaksa.

Sambil tu boleh berangan2--Time kerja nanti nak ajar komputer lah. Walaupun skill x hebat mana. Tapi minat ada. Mesti best!!
......................................................
.ada masa untuk lectures bagi sem ini lagi 2 minggu.tahun depan.naik tahun 3.tahun terakhir yang ada lectures.kemudian praktikal setaun terus--ticer--huu..adakah??