Berkaca Plastik
Biar hati yang hanya berbicara bersama jiwa yang masih lagi kental.
Biar pena terus menerus menulis isi hati nya.
Biar lidah terus menerus menutur dan bertasbih kepada Robb nya.
Meskipun kelihatan ragu.
Tetapi dia akan rasa lebih yakin dan pasti.
Biar juga mata terus bersinar dengan cahaya alam.
Melihat keindahan cintaanNya.
Sekalipun diri fizikal nya mengetahui yang di telan itu bukan lah gula yang manis.
Bukan buah-buahan yang ranum.
Tetapi dia akan tetap juga menerimanya andai itu yang telah tertulis di luh mahfuz.
Tidak sesekali ia kan membiarkan diri itu terus hidup dalam lara kemurungan.
Hanya kerana mendengar gemersik alunan muzik yang secara spontan bertukar manjadi alunan yang menyakitkan telinga.
Biarkan dan lepaskan.
Dia tetap terima.
Tiada ragu.
0 Response to Berkaca Plastik
Post a Comment