Selamat Menyambut Hari Seronok


::Salam::
::Bismillah::

Mabruk ya binti!! Alhamdulillah, adinda saya yang ke-5,

Nik Rabiatul Adawiah An-Naimah binti
Nik Mohd Azam

telah menjejaki umur 10 tahun pada 22/4/2010. Golongan April. Kalau diikutkan, beliau akan meraikan dahulu hari lahirnya, kerana kami semua lahir bulan 6 dan kebawah. :)
Nama yang paling panjang dalam famili kami ini punyai sebab tersendiri. Nama diambil bersempena dengan nama wali Allah, Rabiatul Adawiah. Semoga beliau menjadi seperti itu insya-allah.


Disamping itu, Rabiah - anak perempuan keempat dalam list adik beradik kami. Dan AnNaimah - ayah saya beri kerana tidak pergi ke SMK Naim Lilbanat (P) untuk programnya.

Alhamdulillah. Segalanya Allah berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Bila ada kurang. Ada yang akan menambah.

Rabiah ini, anak yang cerdik juga saya kira. Setiap masa ambil hadiah. Tadika ada. Sekolah rendah pun ada. Yep. Gunakan kecerdikan itu sehebat dan selebarnya. Teruskan bersyukur, agar terus gemilang.

Kalau saya kata dia rajin buat revision mcm kakak n abangnya yang rajin pun boleh. Sebab, saya memang tak pernah bayang, dia ni akan stay up sampai 2am semata2 dia tak habis buat revision. Saya memang akui, saya tidak sehebat itu. Takat nak SPM, saat2 lastminit, baru ada sedar baik punya. Teruskan rajin wahai Beah! (bila awak rajin kemas rumah pun lagi cool!!..hee)

Semoga anda menjadi Dokor Gigi suatu hari nanti! Berganding dengan Faqihah. Bukak klinik keluarga..Ameen!! Disamping itu, teruskan hafalan anda. Pastikan, masuk darjah 6, awak da abes 30 juz!! Hafizah. Ameen lagiii!!!


...................................................................

Majlis hari lahir beliau kami sambut dengan coolio nya, sambil tengok Buletin Utama TV3. Potong kek coklat mentos cair dan agar-agar pelangi yang tak berapa nak jadi, masih perlukan penggarapan sentuhan seni kesabaran dan kepatuhan. Kemudian, disusuli dengan air teh. Huhu.. Mudah kan! :)

Sambil itu, pasang lagu Isteri Solehah -- lagu kegemaran beliau!! kami gelakkan aja.

Terima Kasih ya Allah beri kami keluarga ini.

Itu sahaja i.allah untuk kali ini :)

0 Response to Selamat Menyambut Hari Seronok