Sekolah Menengah Kebangsaan Bongkol, Pitas
::Bismillah::
Catatan : 06
(Ini adalah siri sambungan yang baru sempat untuk dikongsikan, majulah!)
Sebuah sekolah yang mempunyai roh yang hebat. Hanya jasad serta jiwa yang tabah sahaja akan meneruskan peluang untuk menuntut ajaran serta menebarkan ilmu disana. Kalian Keren! :)
Nota fakta sekolah:
1. Penubuhan sekolah ini pada tahun 1999. Dan secara rasminya pada tahun 2000.

2. Pembinaan sekolah diatas tapak sekolah rendah. Hal ini kerana, permohonan mereka untuk mendapatkan tapak bagi sekolah menengah masih belum mendapat kelulusan. (Sangat lambat dan sangat susah untuk mendapat kelulusan). Maka, mereka membina sekolah menengah di atas tapak haram. (Tetapi belum siap). Mereka akui itu.
Keadaan di dalam bilik guru
Keadaan di dalam bilik darjah5. Masalah yang besar disana ialah, hujan lebat dan akan menyebabkan becak yang dalam, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk berjalan keluar. Boleh jadi jika hujan terlalu lebat, boleh tenggelam badan hingga ke pinggang. Masalah kedua ialah bekalan elektrik yang sering terputus. Dalam tempoh 24 jam, pasti akan terputus selama beberapa jam. Paling sekejap, 5 jam.
6. Kemudahan internet. Ada wireless. Cuma tidak laju mana. Jika dahulu, agak sukar untuk menghantar report kepada kementerian secara online. Sekarang mudah sedikit. Tambahan lagi, jika mahu hantar surat, mereka perlu ke pekan.
7. Saranan kerajaan untuk menjadikan setiap sekolah ada makmal komputer itu amat tidak bersesuaian disana. Kerana keadaan elektrik yang sering putus dan internet tidak sekuat mana. Tetapi jika dilihat dari sudut positifnya, dapat lah pelajar2 itu mendaftar untuk UPU. Cuma, kunci makmal komputer itu masih dengan kementerian.

Makmal Komputer (Screen LCD)
Cikgu Tan (Kanan sekali). Guru Sains. Penuh imaginasi.11. Tandas disana sudah tidak menggunakan tandas kayu. Tapi sudah diperbaharui. Memang simple. Tiada paip air di dalamnya. Perlu hunggah air dari paip utama kawasan tandas tersebut. Kecuali tandas guru. Jika air di dalam asrama lelaki tiada air, mereka akan mengambil air didalam kolam belakang asrama. Atau menyelam saja di situ. Saya gerak dekat kesana. Cuma tak berani mampir lebih dekat kerana tanah amat licin.
Tandas Asrama LelakiKolam tadahan air hujan. Ada 2.
Ini dewan prep mereka (belakang asrama perempuan). Ini juga dewan untuk majlis2 rasmi. Dewan serbaguna!
Belakang Asrama Lelaki (Lepas pagar tu, ada kolam tadi)
Pandangan dari luar kantin
Pandangan dari dalam kantin (*tiada gambar pelajar2 sekolah beratur beli makanan, kerana waktu kami makan berbeza)
Makmal Kayu yang simple.
Ruang Astaka yang saya suka sangat duduk. Sekali mereka berlari2 di ruang Astaka ini, bergegar terus. Mereka maintain. Kami cuak.Tekan sini untuk mendengar lagu sorakan mereka! Berjiwa sungguh.
Nota:
1. Alhamdulillah. Saya dapat juga kongsikan ini. Memang ini fokus dari 2 bulan yang lalu. Masa tidak mencukupi. Nanti ada lagi. Cuma tak pasti bila. :) :)
2. Jika ada tersalah, betulkan. Jika ada terkurang, tambahkan.
3. Selamat Ramadhan semua! ~ rindu masjid UIA itu.

































