10 Minit Sebelum Maghrib


10 Minit Sebelum Maghrib
31 . 10. 09

::salam::
::bismillah::


Senja
Melihat semua burung beterbangan ke sana ke mari
Dari dahan ke dahan
Dari pohon ke pohon
Mencari sarang mereka..

Berkecipan dengan kecipan merdu
Cip cip..cip cip..
Andai aku bisa menafsir cip cip itu
Ibu burung : “anak-anak, mari pulang..makanan sudah siap”
Anak burung : “ok mum..on da air..sesat nih”

Aku melihat dari jarak dekat
Burung-burung itu terus terbang jauh tinggi
Bergerombolan
Berseekoran

Kelihatan seperti ada lampu isyarat
Seperti ada polis trafik di langit itu
Tak berlanggar lansung burung-burung itu
Terbang
Tunggu
Berhenti
Kuasa Allah..

Oh..
Tiba-tiba
Kedengaran kercipan kuat
Kuat sangat
Cippp Cippp
MAKKKKKKK!!!!!!
Mungkin burung itu tidak jumpa sarangnya

Mahu saja aku ambil bawa masuk bilik
Tolong jagakan
Malam sikit nanti aku hantar semula
Tapi apakan daya
Sayap kau pun aku tak nampak

Langit separa gelap
Tiada lagi kercipan yang meriah
Tiada lagi nampak burung yang berterbangan
Hanya kercipan halus manis sayu sahaja
Perlahan
Dan
Diam

Mungkin mereka sedang menikmati hidangan enak
Bersama keluarga
Indahnya
Cumelnya..

Atau mungkin mereka sedang bersedia
Kerana Maghrib hampir tiba
Atau mungkin juga
Membersihkan badan setelah seharian beraksi di angkasa
Mencari rezeki
Bermain-main
Berkejar-kejar

Langit biru semakin gelap kelam
Menandakan Maghrib benar-benar hampir tiba
Tingkap ku tutup rapat

Tafakur
Azan kedengaran dari cerobong Masjid Shah, IIUM
Walau tidak kelihatan lampu kecil merah di menara masjid
Aku bisa dengar gemersik azan itu
Indah
Damai

Sekarang masa untuk menemuiNya
Peluang keemasan yang aku sentiasa nantikan
Kerana aku rindukanNya
Berkomunikasi denganNya
Dan terus berharap kasih dariNya

……………
--karya yang tiba-tiba ter buat semasa rehat kan kepala--

Note:

Memang seronok duduk level 4 nih..
Paling atas bagi blok aku..
Atas bukit..
Pagi-pagi tengok sunrise..
Petang-petang tengok sunset..
Seronok..
Beruk pun masuk amek Apple kawan..
Terabur kan barang perniagaan ku..
Kasi sepah semua tempat..
Biarlah..
Rezeki dia..
Yang ditinggal kan hanya bau yang boleh tahan..#@%*!
Redha sahaja..
Barulah dapat bayang pepatah kot "bagai bagi bunga pada beruk"..

3 Response to 10 Minit Sebelum Maghrib

  1. an raihan says:

    haha! comel la puisi ni...
    spt memahami bahasa binatang...=)

  2. Unknown says:

    macam cerita kanakkanak.sang kancil+sang myvi.haha.

  3. to: an raihan

    hehe..nak faham bahse binatang senang jer..dengar+faham ikut gerak hati..cnfm faham..

    :)

    to: +akufobia+

    sang kancil+sang myvi citer kanak-kanak moden dah..

    :)