Jatuh--Kisah Dulu


::Salam::
::Bismillah::

Sihat? Sajer nak update dalam masa rehat2 yang ada sementara menyelesaikan asaimen yang bertindan-tindan. Huhu. (Jangan suka bertangguh--akibatnya best!)

Kisah ini kisah lama. Tiba-tiba teringat. Berlaku sekitar tahun 1993. Saya 5 tahun. Kecil halus lagi.
Memori nya yang masih terpahat. Saya suka. Hehe.

Okeh, berbalik pada tajuk--jatuh--jatuh cinta? --tak? --jatuh longkang? -- ya??

Ahha. Kalau orang tanya, kenapa dengan kening awak? Jawapan pendek yang saya akan berikan biasanya. Oh, jatuh longkang dulu2. Waktu umur 5 tahun.

Haa. Sekarang saya bagi jawapan panjang sikit. Maaf. Memang panjang. Hmm. Dari kecil sampai besar memang aktif. Suka gerak-gerak sana sinih. Terlalu semangat gerak sampai tersembam kat longkang.

Kejadiaannya bermula apabila saya terlalu semangat nak salam dengan sorang kakak senior sekolah saya. Tak ingat nama dia. Tapi ingat muka dia. Time ni dia ni pengawas. Sangat baik. Waktu ini, umur dia 7 tahun.

Sedang elok mak saya berbual dengan dia, saya lari2 dari dalam. Dan terus keluar nak salam. Hanya sempat jerit nama dia dan hulur tangan. Lansung masuk longkang. Saiz longkang tak besar. Cuma lebar size 6' kasut orang dewasa. Panjang x terkira lah. Dalam size 8' kasut orang dewasa.

Apa yang penting, lepas dah jatuh. Saya bangun2 saja, muka da penuh darah. Maka. Dapat bayangkan postur badan saya ketika jatuh? Sudah pasti sujud ke longkang. Sakit woo. Tak pasti apa perasaan lain ketika itu.

Ummi cepat2 amek kain. Yang saya ingat Ummi ambil kain lampin yang bersih la kan. Tiup2 balut kepala anaknya. Huu. Time tuh rasa, wah damainya. Haha.

Tapi bila fikir semula kenapa Ummi guna kain lampin tu. Mungkin sbb bau minyak bayi yang harum dan sifatnya yang mudah meresap. Darah kan cecair. Saiz nya pula tak besar. Tak kecil. Sedang elok ja.

Siap2 uh, Ummi bawa gi klinik. Kalau saya x silap, ustaz Jelani (jiran sebelah rumah) yang hantarkan. Pastu dah tatau dah cemana keadaan di klinik. Tahu tahu jer da sampai rumah. Tidur dengan ubat bius kot.

Bila dah sihat. Tengok kening da terbelah sikit. Memang tak boleh cantum dah. Pastu selalu tanya kat Ummi. "Ummi, cemana doktor jahit kening Along? Dia guna mesin jahit ke? Hah mi, cane??"

Kadang-kadang dengan gaya bagus sikit. Cuba untuk letakkan kepala kat mesin jahit. Patu mula berimaginasi cara doktor nak jahit. Pastu tanya lagi. "Ummi, besar x mesin dia?" Memandangkan macam susah nak masukkan kepala dalam kawasan mesin uh. Patu imaginasi bersambung lagi. Kalau betul doktor guna mesin jahit. Mesti besar. Dan kalau guna mesin jahit, mesti proses jahitan dia mcm Ummi jahit baju. Belaku konsep letak--tolak--tarik kepala uh kat bawah jarum. Huh!

Mesin jahit tu mesin elektronik. Kaler putih. Ada penutup. Ummi beli kat Mesir samada setahun sebelum atau selepas saya lahir. Saya selalu conteng2 nama saya dan adik saya Uqbah join. Aqilah baby lagi time2 nih.

Saya tak berapa ingat respon Ummi apa dengan soalan2 saya uh. Yang saya ingat, Ummi ada tunjuk cara doktor jahit. Ummi kata. "Doktor jahit guna tangan. Mcm jelujur nih. Jarum dan benang dia besar". Ohh.. Baru lah tahu.

Ahha. Sekali lagi. Masuk bilik Ummi. Ambil jarum, benang--tengok cermin. Cucuk2 sikit jarum kat tangan. Tajam juga. Pastu bayangkan dan gayakan. Kening sedang dijahit oleh doktor pakar.

Dah lama2 tuh barulah dapat tahu cemana doktor jahit, bila adik saya samaada Uqbah atau Abir dulu yang kene jahit. Dapat gambaran jelas lah. Sebab da besar sikit. Tapi masih sekolah rendah juga lah.

Erm, begitulah kisah dulu. Kira blog ini, pengganti diary manual saya yang dulu2. Apa yang pasti, kehidupan itu seronok. Ada macam2 warna. Pilih dan nikmati.

Sekian. Terima Kasih. Maaf lah apa2. :)

-- mari sambung buat asaimen..:)

5 Response to Jatuh--Kisah Dulu

  1. nur fatin says:

    hampir2 ingat jatuh apa tadi hehe..barulah tahu kisah di sebalik kening afra :)tak penah cerita pun dulu.

  2. hehe..

    best kan kalau nakal x reti dok diam..

  3. hehe..

    best kan kalau nakal x reti dok diam..

  4. hahaaaa,,tringat ko taye aku bole x post cite nii,,heheee,,pape ponn,,kte senasebb,,hhahaaa,,kening sblah kiri aku pon pernah kne jahit sbb jatuhh,,aku lg trok kott,jatuh tangga yg brbelas ank tggaa,,hohooo,,xtahu la prasaan ktika tuhh,,belum mmahami erti perasaan kott,,

  5. haha..

    msti hang rase mcm turun roler coster an..

    nnti kte sambung talaqi lagi heh..

    biar masyi..

    :)