Catat


::Salam::
::Bismillah::

Oh. Sudah lama tidak bertanya kabar. Sudah lama dibiarkan sahaja. Sudah lama ditinggalkan kebelakang. Sudah lama dilupakan. Cuba. Cuba untuk selamba. Cuba untuk tiada rasa.

Bila lihat sesuatu, cuba untuk mengaitkan. Bila ingat sesuatu, cuba untuk mengembalikan.

Dari situlah terjadinya perasaan perasan yang membuak. Tiba-tiba muncul. Kita sangka, kita ada kaitan dengan hal itu. Rupanya kita hanya meletak perasaan perasan pada hal itu. Jika tidak sedar. Mulalah penyakit hati yang pelbagai. Boleh kata hal itu kejadiannya lain. Tetapi kita cuba kaitkan dengan kejadian kita pula. Ades!

Lama-lama, kita mula buka hati. Mula buka jiwa. Mula buka mata. Dan, barulah sedar. Oh. Memang tiada kaitan dengan kita!! Nasib baik sedar. Kalau tak sedar2. Parah la hai~ [hahaha]

Ada kala, memahami sesuatu tidak perlu terlalu mendalam hingga ke dasar, ala kadar sudah. Bersederhana.

Sekian. :]

nota:

1. Rabu - 9/6/2010 ada Bicara Kata di TV3 [Isu Israel - Palestin] - Tun + Dr. Ahmad.

2. Sebenarnya, Israel boleh sahaja tidur, rehatkan diri,[seperti kita] tak perlu serang orang2 Islam. Tetapi dek kerana semangat juang nya yang tinggi untuk menghapus lunyai kan umat, maka, mereka tidak tidur.

3. Negara Malaysia dijangka bankrup pada tahun 2012. Dikatakan juga, Malaysia sudah 100% berhutang. [penganalisis ekonomi]

4. Jika dahulu, kita berbalah mengenai isu politik yang menyerabutkan suasana. Sekarang berbalah tentang isu jemaah yang pelbagai tahap capaiannya. Haish!

5. Ke Sabah lagi bersama misi hebat. [perlu strategi kali ini].

2 Response to Catat

  1. Unknown says:

    woaa.sabah.

  2. tapi belum ke serawak!