Usahakan Alpha


::salam::
::bismillah::

kondisi rohani dan realiti diharap dalam keadaan hebat dan baik..
sekarang UIAM berada di ambang genting..Final Exam..
saya da abes 4 papers..lagi 3 nampaknya..dijangka abes by 15th nov 09 nih..
Menjaga Hati? Menjaga Ibadat? Menjaga Hubungan? Menjaga Diri..
bagaimana?

Tidak perlu dirungkaikan..Tidak perlu diungkapkan..Kerana sebenarnya sudah tahu..
Tapi sengaja untuk dilupakan..Sengaja untuk dibiarkan sahaja..

Jika kita di ambang yang genting..Buntu..Kacau bilau fikiran..Mengadulah pada Allah..Wujudkanlah komunikasi yang berkesan..Luahkan segalanya kepada Allah..Jangan pendam!Kerana Dia yang lebih memahami..Dan ketika itu ingatlah, Allah akan sentiasa bersama kita..

Dalam senang atau susah Allah tetap ada bersama kita..Doa! disertai Alpha..


Bila kita sering berkomunikasi dengan Allah, jiwa kita tenang kerana kita fokus kepada perhambaan diri pada Allah..Kita berfikir dalam frekuensi Alpha ke bawah..Kita lebih redha dengan Qada’ dan Qadar Allah..Jiwa kita hebat..Hati jadi kuat..
Anda tahu bahawa gelombang alpha itu adalah gelombang minda gaya tenang, rileks, kreatif, dan Hebat serta Sihat!
Kadar getarannya pula 8-12Hz yang kebiasaanya berlaku pada bahagian kanan otak..
Bila kita berada dalam gelombang alpha itu, kita akan rasa asyik dengan Allah seperti hebatnya dan asyiknya orang bercinta..Kita akan lebih khusyuk dalam solat..Kita akan lebih positif untuk berubah..Ingat perubahan yang kita lakukan ini akan kekal kerana Allah juga kasih dan cinta kan kita dek kerana kita cintakanNya..
Oleh itu, jadikan cinta kita hanya untuk Allah..Itu yang terbaik..Hati bisa lebih tenang..
Berborak berkomunikasilah dengan Allah setiap detik dan saat..Mohon doa pada Allah, agar disuburkan rasa kasih diwujudkan rasa sayang kita kepada Nya dalam hati kita..Mungkin selama ini kita hanya meminta agar Allah sahaja yang kasih kepada kita..Sayang kepada kita..
Jadi mulai hari ini..Kita tukar sikit..Perubahan kearah yang terbaik untuk yang terbaik..Insya-Allah..Wallahu A'lam.. :)
.:. He Knows Everything .:.


0 Response to Usahakan Alpha