Angan-angan dan Focus .. Impian dan Cita-cita


::Salam::
::Bismillah::

Sementara ada masa lagi 20 minit sebelum pegi Al-Amin, ada idea plak tiba2..ngee.. ^__~

Kehidupan, memang perlu ada kepada focus, angan-angan, impian, dan cita-cita.. Iya memang tidak boleh lari.. Sejauh mana kita lari sekalipun, semakin dekat ia mengejar kita.. Setinggi mana pun kita terbang iya tetap menyusuri kita.. Oleh itu, dari awal harus kita bersedia untuk menerima.. Apabila ada gangguan fikiran, kecelaruan idea, kekusutan hati.. Itu adalah normal.. Itu adalah reality.. Itu bukan lagi fantasi..

Haruslah sentiasa kita ingat sejauh mana kita berjaya mengawal keinginan kita, sehebat mana perancangan yang disertai oleh redha Allah, itulah yang terbaik buat kita.. Kita memang harus wajib tidak boleh tidak menerima keinginan itu.. Raikan iya.. Meriah kan iya.. Tetapi ingat kepada focus kita.. Impian dan Cita-cita.. Fokus pada cita-cita kita.. Jangan sesekali musnahkan.. Keinginan itu hanya sampingan yang fitrah dicipta buat hambaNya.. Jangan kerana angan-angan hati itu, kita ketepikan cita-cita kita.. Oh.. Tidak.. Sesekali jangan.. Bila sudah tiba waktunya iya akan sampai.. Tidak bergolek ia berjalan, tidak berjalan ia berlari, tidak berlari ia terbang.. Kembali kan lah kepada Allah.. Itu yang terbaik.. Itu milikNya.. Beliau lebih mengetahui.. ;)

Terus pandang kehadapan dan jangan pandang kebelakang lagi untuk meneruskan cita-cita kita..Menggapai cita-cita kita.. Tetapi apabila telah berjaya jangan lupa untuk pandang kebelakang bukan untuk berundur tetapi untuk menghargai dan berterimakasih kepada mereka kerana sokongan.. Kerana itulah diri kita.. Dan kerana mereka itu jadilah kita.. Mungkin tidak semua tetapi mungkin serpihan sahaja.. Hargai juga..

Sukar untuk ku jelaskan apakah yang sudah berlaku dan apakah yang aku telah lakukan serta apa yang seharusnya aku lakukan.. Semoga itu yang lahir ikhlas dari hati dan jiwa seorang insan yang bernama anak kakak cucu dan pelajar..

16 Okt – 15 Nov : Final Exam

20 Nov – 23 Nov : Mukhayyam Khariji Kem Lembah Genting, Hulu Selangor

23 Nov – 26 Nov : Mayang Sari, PD

28 Nov – 5 Dec : Warga Fasi Rebutia D’Perkasa ke Sabah

7 Dec - Final : Sem 2 bermula nampaknya..

So, along xd time utk balik JB.. So sorry Aqilah.. Tak dapat teman bersama SPM awak!!!! Along doa yang terbaik.. Maaf x dpt balik………….. :(

Tammat


::Salam::
::Bismillah::


Alhamdulillah thummal hamdulillah.. Usai sudah peperiksaan saya!! Usaha+Doa diri sendiri+Doa Ibu Ayah+Doa Adik2 di perantauan+Doa Kawan2+Kebaikan yang dibuat+Amal Ibadah+Tawakal = Tenang.. Mulakan dengan Basmallah.. Diakhiri dengan Alhamdulillah.. Dan SENYUM aja keluar Dewan Periksa.. hee.. Result di tangan Allah.. ;)

....................................................................

Sekarang, akan menjelma api semarak SPM yang membara.. Dan bakal menerombosi hati+fikiran pemiliknya.. All da best buat kalian semua.. Termasuklah adinda saya.. Nik Aqilah.. Akaun.. Harapan along: ’paling kurang pun dapatkan lah 11A1.. Lawan Uqbah..hee..huu..’
Belasah jer waktu yang berbaki ini.. Insya-Allah, along balik.. Ceh, mcm di perantauan ja..haha..


...................................................................


Ni pula sikit kisah di Matric IIUM.. Mahallah Aisyah.. Pendeknya ‘AC’.. Kalau bual2, kenal2, akan tanya, “awak duduk mana? Kite AC, Awak? Kte pun AC jugak.. owh, same lah..awak bilik mana? Kte 203.. eh, same lah..kte 203 jugak..haha..” Ni maksudnya ape? Tak kenal sangat lagi romte sndiri.. Lame2 da kenal dah.. RAPAATTTTTTT sangat! Seronok! Best! Happy!
Saya tergolekkan laptop pun.. Kawan ckp, xp, baik an.. :)


2.0.3

Mahallah Aisyah

Aimi::Aisyah::Afra'::Ain::Eera::Ina::K.Ti::Sheena


di bawah langit Mu aku terus berdiri dengan kekuatan
lantas tunduk kepada Mu mengharapkan kasih Mu

10 Minit Sebelum Maghrib


10 Minit Sebelum Maghrib
31 . 10. 09

::salam::
::bismillah::


Senja
Melihat semua burung beterbangan ke sana ke mari
Dari dahan ke dahan
Dari pohon ke pohon
Mencari sarang mereka..

Berkecipan dengan kecipan merdu
Cip cip..cip cip..
Andai aku bisa menafsir cip cip itu
Ibu burung : “anak-anak, mari pulang..makanan sudah siap”
Anak burung : “ok mum..on da air..sesat nih”

Aku melihat dari jarak dekat
Burung-burung itu terus terbang jauh tinggi
Bergerombolan
Berseekoran

Kelihatan seperti ada lampu isyarat
Seperti ada polis trafik di langit itu
Tak berlanggar lansung burung-burung itu
Terbang
Tunggu
Berhenti
Kuasa Allah..

Oh..
Tiba-tiba
Kedengaran kercipan kuat
Kuat sangat
Cippp Cippp
MAKKKKKKK!!!!!!
Mungkin burung itu tidak jumpa sarangnya

Mahu saja aku ambil bawa masuk bilik
Tolong jagakan
Malam sikit nanti aku hantar semula
Tapi apakan daya
Sayap kau pun aku tak nampak

Langit separa gelap
Tiada lagi kercipan yang meriah
Tiada lagi nampak burung yang berterbangan
Hanya kercipan halus manis sayu sahaja
Perlahan
Dan
Diam

Mungkin mereka sedang menikmati hidangan enak
Bersama keluarga
Indahnya
Cumelnya..

Atau mungkin mereka sedang bersedia
Kerana Maghrib hampir tiba
Atau mungkin juga
Membersihkan badan setelah seharian beraksi di angkasa
Mencari rezeki
Bermain-main
Berkejar-kejar

Langit biru semakin gelap kelam
Menandakan Maghrib benar-benar hampir tiba
Tingkap ku tutup rapat

Tafakur
Azan kedengaran dari cerobong Masjid Shah, IIUM
Walau tidak kelihatan lampu kecil merah di menara masjid
Aku bisa dengar gemersik azan itu
Indah
Damai

Sekarang masa untuk menemuiNya
Peluang keemasan yang aku sentiasa nantikan
Kerana aku rindukanNya
Berkomunikasi denganNya
Dan terus berharap kasih dariNya

……………
--karya yang tiba-tiba ter buat semasa rehat kan kepala--

Note:

Memang seronok duduk level 4 nih..
Paling atas bagi blok aku..
Atas bukit..
Pagi-pagi tengok sunrise..
Petang-petang tengok sunset..
Seronok..
Beruk pun masuk amek Apple kawan..
Terabur kan barang perniagaan ku..
Kasi sepah semua tempat..
Biarlah..
Rezeki dia..
Yang ditinggal kan hanya bau yang boleh tahan..#@%*!
Redha sahaja..
Barulah dapat bayang pepatah kot "bagai bagi bunga pada beruk"..

Usahakan Alpha


::salam::
::bismillah::

kondisi rohani dan realiti diharap dalam keadaan hebat dan baik..
sekarang UIAM berada di ambang genting..Final Exam..
saya da abes 4 papers..lagi 3 nampaknya..dijangka abes by 15th nov 09 nih..
Menjaga Hati? Menjaga Ibadat? Menjaga Hubungan? Menjaga Diri..
bagaimana?

Tidak perlu dirungkaikan..Tidak perlu diungkapkan..Kerana sebenarnya sudah tahu..
Tapi sengaja untuk dilupakan..Sengaja untuk dibiarkan sahaja..

Jika kita di ambang yang genting..Buntu..Kacau bilau fikiran..Mengadulah pada Allah..Wujudkanlah komunikasi yang berkesan..Luahkan segalanya kepada Allah..Jangan pendam!Kerana Dia yang lebih memahami..Dan ketika itu ingatlah, Allah akan sentiasa bersama kita..

Dalam senang atau susah Allah tetap ada bersama kita..Doa! disertai Alpha..


Bila kita sering berkomunikasi dengan Allah, jiwa kita tenang kerana kita fokus kepada perhambaan diri pada Allah..Kita berfikir dalam frekuensi Alpha ke bawah..Kita lebih redha dengan Qada’ dan Qadar Allah..Jiwa kita hebat..Hati jadi kuat..
Anda tahu bahawa gelombang alpha itu adalah gelombang minda gaya tenang, rileks, kreatif, dan Hebat serta Sihat!
Kadar getarannya pula 8-12Hz yang kebiasaanya berlaku pada bahagian kanan otak..
Bila kita berada dalam gelombang alpha itu, kita akan rasa asyik dengan Allah seperti hebatnya dan asyiknya orang bercinta..Kita akan lebih khusyuk dalam solat..Kita akan lebih positif untuk berubah..Ingat perubahan yang kita lakukan ini akan kekal kerana Allah juga kasih dan cinta kan kita dek kerana kita cintakanNya..
Oleh itu, jadikan cinta kita hanya untuk Allah..Itu yang terbaik..Hati bisa lebih tenang..
Berborak berkomunikasilah dengan Allah setiap detik dan saat..Mohon doa pada Allah, agar disuburkan rasa kasih diwujudkan rasa sayang kita kepada Nya dalam hati kita..Mungkin selama ini kita hanya meminta agar Allah sahaja yang kasih kepada kita..Sayang kepada kita..
Jadi mulai hari ini..Kita tukar sikit..Perubahan kearah yang terbaik untuk yang terbaik..Insya-Allah..Wallahu A'lam.. :)
.:. He Knows Everything .:.


Di Persimpangan Aku Berdiri


::salam::
::bismillah::


::beri aku kekuatan::


Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu

Tentangku...
tentang apapun yang membuatku
tiada berarti

Di Persimpangan aku...
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...

Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah

ku hidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti

By Edcoutic

lagu yang amat lah .............

kreadit untuk pereka+penyanyi............

andai itu yang terbaik..redha sahaja..terus berharap..agar aku bisa tenang..kuat!!!!!!

Kisah Afra' binti 'Ubaid Al-Anshariyah


::salam::
::bismillah::

ambang fenomena peperiksaan akhir sem 1 09/10 akan bermula sebentar saja lagi..nantikan aja dengan gaya yang pelbagai.. ;)

disini sengaja berkongsi kisah benar seorang wanita dikira hebat dimasukkan dalam golongan sahabiat Rasulullah SAW..


beliau adalah Afra' binti 'Ubaid Al-Anshariyah..kebetulan nama saya pun Afra' (diambil sempena nama beliau juga)..tapi sudah tentu tidak sehebat Afra' binti 'Ubaid bin Tha'labah isteri kepada Al-Bakr bin Yalail Al-Laitsi setelah suaminya yang pertama Al-Harits.. :)

beliau dikurniakan 7 orang anak lelaki antaranya Iyas, Aqil, Khalid dan Amir..

wanita, muslimah, bonda sudah tentu mempunyai ciri-ciri yang amat hebat..kesabaran yang amat kuat..kekuatan dalaman yang tidak bisa dijangkau batasnya..dan beliau lah yang memang mempunyai ciri-ciri khusus keunikan ini..Afra' binti 'Ubaid..

dimana kekutan nya? dalaman.. bagaimana beliau boleh rasa gelisah gundah gulana selagi anak-anak beliau itu tidak ada yang syahid..sehingga syahid semuanya di dalam perang badar..

sehingga ada disebutkan dalam Al-Ishabah . -Ibnu Kalbi berkata,” Ketika Mu’adz dan Ma’udz terbunuh, ibunya datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya,” Wahai Rasulullah saw apakah ini yang terakhir dari bani Auf bin Al-Harits ?” Rasulullah SAW menjawab,” Tidak, Afra’ adalah muslimah yang memiliki kekhususan yang tidak dimiliki oleh muslimah lain.Dia dinikahi Al-Bakr bin Yalail Al-Laitsi setelah suaminya yang pertama Al-Harits. Dia dikaruniai empat putra yaitu Iyas, Aqil, Khalid dan Amir. Semua ikut dalam perang Badar. Demikian juga kerabat-kerabatnya dari jalur ibu, Bani Al-Harits "-

anakanda beliau menurut riwayat memang ada 7 orang..dan kesemuanya syahid di medang perang Badar..cume nama kesemua anak-anak beliau saya masih tak jumpa..

semoga kita digolongkan dalam golongan syuhada'...yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan kalimah Allah..

wallahu'alam..


jadikan lah hati ini sekuat hati beliau
sungguh hebat
keunikan yang khusus dimiliki oleh beliau
terasa ingin memilikinya
jangan lah Engkau uji hati ini dengan sehebat dugaan
kerana terasa tidak mampu lagi menanggungnya
When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember no matter where you are
Allah knows, Allah knows.

:)
selamat berjaya semua!!!!

itu dan ini


::salam::
::bismillah::

ehee..sekali kan terus report nya..mana2 yg ingat..



ni berlaku mlm tadi..20/10/09..saya bahagian PC..tapi biasa lah bile da last minit org suruh jadi PnT jugak..sekadarnya sahaja.PM suruh buat backgrod (yg kat atas uh) buat jer..sememeh..buat 20 minit..cari gambar2 yg ada..cari idea nak buat gaya cane..tingat kwn punya tunjuk ajar..dan BUAT!..siap..

................................................................................

Tabiat baru muncul akhir-akhir ini..siap2 nak pegi kelas..awal 30 minit...jalan 15 minit..bile da nak sampai..pusing pegi library atau itd..haha..dgn alasan..kelas uh tak paham lansung ape yg lectrr uh ajar..kalo paham pun gitu2 jer..

dan punya bagus clsmte sume temasuk laki pompuan..malaysia international..adalah bergilir2 ponteng..contohnya: saya + kwn2 ponteng isnin, kwn2 lain ponteng rabu...tapi tak leh lebih 3x nanti kne BAR..da xleh xm.. (yang baik2 x join)

tapi ktorg baik lagi..x main sign kan nama org lain..jujur2.. :P


...............................................................................




ni pulak adalah rakan sekelas saya..x sume ada lagi..cume yg len da balik dlu..jadi yg ni sempat..

...............................................................................

apabila menuntut ilmu kene ikhlas
belajar sungguh-sungguh
perbaiki kelemahan
mantapkan kebolehan dan bakat yang ada
biar nanti sekurang-kurangnya ada 1 skill yang kita akan master
DOA
itulah kuncinya
Insya-Allah
Allah akan tolong
ada rezeki adalah
biar dunia kejar kita bukan kita kejar dunia
:)
selamat bahagia+ceria+sihat semua
harini 21/10/09 saya gembira