Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Muara Suara


Assalam . Bukaan isi .

Digugurkan satu persatu daun-daunan kuning kematian. 
Dicantas dahan-dahan lebihan yang hampir mati.

Green hand. Itu bukan aku. 

Berpadu suarasa. Biar sampai rasa gembira.
Tiada muara sungai pembatas.

Jeritan suara memberitahu aku mahu memintas kamu.
Perit jerih tiada balasan.

Diguna tali pengubung. Walau terpukul sengsara.
Tetap bahagia.

Selamat maju jaya! 

La Spontaneo


Assalam . Bismillah .

Permulaan penghujung.

Kemana hidu wangian itu tidak berarah. Ikut angin.
Jauh julangan kebebasanberfikir bukan kerana institusi itu.
Tetapi kehendak naluri.

Anak emas ayam tambatan baru buka kelopak mata coklat cair.
Nampak manusia haiwan berbeza. Nampak langit biru hitam berbeza.

Sudah dibilang memang berbeza loceng daratan pendeta dengan
loceng merah latihan kebakaran.

Tetap juga disalahkan antara dua insani.
Kerana umpama bercakap antara ayam dan buaya.
Umpama basikal dan badak. Lain. Sangat lain.

Tapi bila dan suatu hari di tinggal di pinggiran pantai.
Biar kan ikut alur pasir hitam kelabu.Barulah nampak satu persatu.

Ada sesuatu yang tidak dipandang. Hanya menonong langkah kaki.
Ada waktu menyelam pula. Semak isi dasar lautan beza benua fikiran.

Jemu tak jemu. Tarikan bau jamu kesihatan. Menutup hidung dari terserap hanyut buai aroma.

Selamanya! Selamanya! Harimau malaya.

Bersidang


Salam . Bismillah .

duduk bersidang.
bulatan atau melintang.
sama sahaja.

sang ketua berfikiran bercabang-cabang.
memikir gerak tari urusan baginda.
mentelaah serba serbi anak jagaan.

tidak mudah.
bukan hanya pandang dengar.
tapi sang setia itu mengajarkan perkara itu ini.
sehingga mashi.

berat. beban. si hebat itu menanggung.

sang setia si pendengar menuntut.
ini sang pengikut. menurut.
jika puyai kasih hormat.
maka didengari diserap penuh cermat.

jika hanya sekadar mahu tampil di korum.
maka sambilan itu perkara biasa.
dipandang didengar disenyum.
disisipkan dengan tugasan mahaguru.

itu ini reaksi anak buah.
bukan satu dua hal. tetapi lebih sepuluh.
penuh suarasa. gembira. sedih. cakaran.
pelbagai. penuh rela walau kadang terpaksa.

ringan. mudah. kadang-kadang sahaja pening.

pembuka diberikan unsur rohani.
disertakan penyubur bunga hati.
sangat tertarik dan tertawan.
bukan sebarang kisah dongengan diberi.

dikhatimkan dengan susunan harapan.
dipohon hati merapat menyatu kearah satu.
pegangan utuh, ketaatan. penuh khusyuk.
bak segelombok manusia dilindung dan diikat kemas.
tiada tembusan anasir luar.

ameen. selesai. bersurai.

ini ceritera disebuah kedai makan diantara sang siaga pemimpin setia dan anak singa pengikut setia nya. mereka sibuk memikir segala perancangan memperkemas barisan masa hadapan.

benar dan tidak benar itu terpulang.
ini yang saya pandang. :P

Kau Gelak


Salam . Bismillah .

. . .

Hahaha! Tergelak sendirian. Puas mencari sumber segala punca.

Terus digelakkan lagi.

Huh! Hempasan duli maha semangat aku siram.

Tetap terus ditertawakannya.

Entah apa yang lucu. Terbucu-bucu kerah si cemburu.

Ke sisi ku.

Dah! Macam tiada erti nya. Kau gelak. Aku tetap segak!

Terus ku usung lagi bagasi hitam coklat milikku.

Diisi perkakas lagak seorang cikgu nakal sentuhan kalbu jiwa lembut.

Emosi! Terlebih-lebih tercampak didalam jiwa.

Siapa yang suruh. Jalan masih terbuka.

Jalan lah. Jangan tergedik mahu cari lubang.

Apa yang kau jamin?

Ada?

Tok Tok Tok


Salam . Bismillah .

Suatu malam.

Seorang budak sedang fokus melakukan kerja sekolahnya. Sangat tekun. Sangat.
Tanpa fikiran melayang terbang. Dialunkan bersama lirik-lirik yang enak didengar.

Tok Tok Tok! Tingkap kamar itu diketuk.

Mata terbelalak menghadap cermin tingkap. Tingkap tertutup, cuma langsir belum tertutup. Masih disangkut ke atas. Pandang ke luar, tiada siapa. Pandang keatas, tiada apa.

Tok Tok Tok! Diketuk lagi.

Tubuh budak ini pucat kesejukan. Ketakutan. Mulut kumat kamit berzikir mohon kekuatan.
Bingkas bangun menutup langsir. Biar rapat ke tingkap. Disepitkan lagi dengan penyepit baju.
Tak mahu ada ruang lansung.

Cuak!

Melihat rakan sebilik masih khusyuk melaksanakan tugas masing-masing,
rasa tidak perlu diganggu.

Keluar dari bilik, mengambil air wudu'.
Persiap untuk keluar dari kamar tidur itu. Takut!

Entah siapa. Entah kenapa. Entah lah.

Fuh~

Masak


Salam . Bismillah .

Main masak-masak. Ini semua kerjaan pertengahan tahun 2010.

Khusus utk aqilah kalau-kalau nak masak lauk ini di jordan. :P


Tapi kena menggentel daging sendiri lah. Mcm umi buat dulu2 tu. :D

Resepi along tak ingat arr. Lupe nak type aritu. Len kali.

Nantikan masakan seterusnya . (Zaman tok kadok punya masakan)

Meletup


Salam. Bismillah .

Boleh tak nak bagi tahu. Aku penat! Yezza. Penat sangat.

24/7 otak dan tubuh badan aku kerah dia berfungsi.

Jadi insan biasa biasa kepada luar biasa.

Kawal ekspresi tahan emosi. Perlahan-lahan.

Teruskan tersenyum dan semangat. Selama masih sihat.

Serak Sarikan


Salam . Bismillah .

. . .

Memang pada pandangan majazi semua sempurna.

Dalam kesamaran itu ada tompokan sempit.

Ia kadang meradang, meruap, mendidih.

Sangat pilu. Tiada siapa tahu. Seperti tidak mahu terima.

Tetapi . . .

Memang perlu tabah dan semangat.

Belajar. Belajar untuk terima hakikat.

Pergilah jika kuat. Kuatkan jika lemah.

Hidup tidak lama. Jaga segala. Agar bila pemulangan, semua sempurna.

Sakit . . .

Terimalah. Sekadar hidup lepas batuk ke tangga.

Bukan memaksa untuk jadi begini. Kerah jiwa raga.

Bila sedar. Terasa separa sedar. Seolah-olah masih mati lena.

Bila lena. Terus sepi diulit arus mimpi.

Jerit . . .

Aku sedar atau mati sekarang?

Seolah-olah aku telah tiada disini. Rasa.

Adakah ini sudah tanda kearah sana.

Jika begitu. Aku mohon ampun segala. Terima kasih semua.

Maka Kini


Salam . Bismillah .

Maka kini. Terus seperti biasa.

Kerana terlalu banyak perkara yang perlu dikejar. Isu yang teringin dikejar. Hal yang tidak perlu dikejar.

Memandang jiwa watak ceria gembira. Pasti tiada apa jiwa gundah.
Sedang dalam pelosok limpa hati ada getaran kesedihan.

Biarkan hidup bersama hidup. Biarkan jiwa bersama jiwa. Biarkan soalan bersama jawapan.

Wallahu 'alam~

Saki Baki


Salam . Bismillah .

Siri sambungan...

2008 masuk main campus. Dialog biasa orang first year ni… ‘ alaa…. Lamanya belajar… 4 tahun..’ ‘akak dah tahun berapa? 4 ke? Bestnya’ ‘abes arr.. kat sini kne guna English + Arabic je lah’. Seminggu taaruf week. Biasalah, qiam, nyanyi2, duduk kat tgh padang, ceramah, etc. nasib baik duduk mahallah haleemah. Dan tak perlu tukar2 mahalah mcm batch dulu2.

Disebabkan masuk short sem, so, class tak pack sgt dan xd komitmen apa2. Maka, ambil lesen kereta. Pengaruh lah semua kawan2 untuk ambil. Asal ada org nk ambil lessen je, derang akan kata ‘haa. Tanya afra’, aritu dia dah ambil’. Mcm jadi kaunter pertanyaan. Padahal baru regis je. Pastu yang powernya… takdelah power. Exam computer tu dpt 50/50! Rahsianya : peruntukkan seminggu untuk baca buku lesen tu, pastu minggu seterusnya, buat latihan kat buku manual tu. Punyalah takda keje!! Tak pernah dibuat org. bukan hafal pun.. tibe2 teRAJIN sgt membaca buku tu. Tp, sampai skrg, jadi pemandu yang kritikal. Haha. Kne bayak praktis.

Bila cuti sblm masuk long sem, kakak ofis Institute of Education call, cakap, saya terima tawaran saya utk masuk Ed. Bukan nak tukar kos pun. Tp kawan ajak masuk. So, try2 cube nasib. Bukan semangat pun. Jadi, isi borang time matrik dulu à (PAS) à pergilah test dia à (PAS) à interview à (PAS). So, dapatlah offer letter dari EDU.

Dan yang saya memang tak dapat lupa adalah… time nak interview ni, semua pelajar wajib membawa sijil2, transkrip matrik, kad matrik, dan study lah apa2 subjek utk diajar semasa interview. Kawan2 semua bawa lah sebungkus dokumen2 penting, segala macam ada. Tebal2 belaka. Siap pos dari rumah lagi. Tapi saya bawa file pink lusuh, didalamnya itu, di masukkan kad matrik, sehelai transkrip result matrik, dan IC. Haha!! Itu ajaaa…. Sebelum masuk di bilik interview, jumpa kakak officer, dengan selamba nya : ‘akak, saya tak bawa lah sijil2 semua tu. Ada kat rumah. Tak sempat nak pos. jadinya, bole tak saya bawa ni aja? (sambil tunjuk file tipis tu)’ ‘erk, ni je ke?? Mana bole masuk interview.’ ‘alaa, takleh ke? Cube kakak tanya lecturer.. ‘ ‘aish, hm, kejap. (sambil bawa file tipi situ kedalam bilik interview) … saya terus berdoa pasrah mana2 yang terbaik utk saya. Lama kemudian, kakak itu keluar. ‘hm, sepatutnya awak tak bole masuk. Dr yg perempuan tu tak bagi awak masuk, tapi Dr yang laki tu, kasi masuk. Dan pangkat dia lagi tinggi, so, awak bole masuk!’ ‘yeay! Thanks kak!!’

Maka, dengan senang hati, mula lah study mubtada’ + khabar dengan kawan2 yg terer arab. Stand by.. mana lah tahu, kne ajar arab.

Bila masuk dalam bilik interview : ‘bagi sijil awak’. .. bagi.. ‘ ha? Ni je sijil awak?’… muka senyumm seboleh yang mungkin. Bg alasan, rumah jauh, dpt tau ttg interview last week, so, tak sempat nk pos. huhu. Dan, apabila disuruh mengajar.. dengan konfiden. Ajar mubtada’ dan khabar… haza masjid.. tulis besar punya, siap garis tajuk, label2, etc. huhu. Bila kne pusing sikit soalan terus hentam je jawab. Depa gelak je. Sbb SALAH! Haha. Lantak lah. Mmg aku tak reti nii.. pastu soal lah pengetahuan am dan lain2. (saya manusia paling sekejap kene interview!) bajet mmg tak dpt tukar kos. Tapi syukur… berjaya! J

2009 terbang pergi ranau. Team rebutia G7. Best sgt. Penerbangan kedua setelah dari Mesir dulu. Naik air asia. J Pergi ranau sejuk, pergi KK panas. Perjalanan dari KK ke ranau, 5 jam, dan akan temui SATU – DUA SAHAJA public toilet ya, jalan berliku2 dan berkabus2. Bila ulang alik 2 tempat itu, demam sudah. Rebutia bayar sikit, peserta bayar sikit, family abg man belanja kami selebihnya. Kami duduk rumah dia. Syukur!

2010 terbang pergi UMS, KK. Mewakili Pelajar Pendidikan uiam. Tajaan uia. Naik mas. J bersama2 kwn dari uia ada 5 org termasuk saya. Afra’, syuhada, ghufran, nadhir, hafizuddin. Beserta Dr Yusnan. Saya bawa duit tiga ratus beli la apa2 yg patut. Beg, makanan ringan, dan ikan kering. Tak reti berbelanja. Diberikan lokasi pengalaman yang berbeza semuanya. Saya di smk bongkol, pitas (pedalaman). Perjalanan ini juga hampir 5 jam dari KK. Ubat mabuk siap2 (air asam) dimakan. Naik bas beramai2 bersama kawan2 dari UITM, USIM,UNIZAR, UPSI, UTHM, UMS. Seronok!!!

2011 terbang ke Indonesia. Pergi pondok gontor! Super power punya. Saya jaga bahagian sponsor. Carilah sponsor kat mana2 company. Dapatlah dalam rm3900+ syukur. Bayar rm500. Tak kesahlah, yang penting dapat pergi sana. Bersama2 kawan edu batch kami. Course ISED + TAASL. Dalam 20++ org je yang pergi. Yang lain tarik diri. Jauh dari airport jawa timur ke gontor adalah 5 jam. Yeah, bermalam lah kami di dalam bas. Tapi mmg salute pada ustaz2 yang dari gontor. Kerana, mereka dari sana 5 jam awal, dan bawa kami ke gontor, 5 jam seterusnya, maknanya spend 10 jam ++ untuk sambut kami sahaja!! Tetap berwajah tak penat. Saya yang demam2 pada minggu awal di gontor, hari terakhir disana. Malangnya, sampai sekarang saya x buat personal diari . mcm susah, tatau kenapa. Hanya baca novel negeri 5 menara + ranah 3 warna sahaja. Cukup sebijik apa yg saya rasa. Its not exactly, but nearly same. Hehe.

Sebelum penerbangan ke Indonesia itu, sebenarnya, saya ada ROS. Rancangan orientasi sekolah. Ala-ala praktikal. Tapi difokuskan pada pemerhatian kepada pentadbiran di sekolah. Saya kebosanan, kalau hari2 nak kne tengok system pentadbiran itu selama SEBULAN. Maka, ambil tindakan lain. Pergi jumpa guru HEM, minta kelas yang kosong… biar saya ganti. Dapat juga kenal dengan budak2 ni, dan praktis mengajar. Ini pun, saya tak buat personal diari. Semat dalam hati je. Huhu. Apa-apa pun, saya mmg TAK RETI MENGAJAR budak2! Full stop. Ajar org dewasa mudah. Dulu (2010) pernah ajar 2 hari budak sekolah rendah. Sampai sakit tekak, takda suara. Bila ajar budak2 sekolah menengah, pun tak retiii lah. Tapi dah jatuh cinta utk mengajar.. cume.. tak reti jugak! Perlukan usaha lagi~ -.-‘

Bila dah forth year nil ah, teringin nak masuk itu, nak masuk ini. Nak join itu, nak join ini. Huhu. Yelah, bukan pelajar aktif dalam kampus selama ini. :D Yeah, teringin je. Tak terlaksana lagi~

Hm, Setahun dua tahun tiga tahun setengah dah belajar kat sini. Bole tahan, menarik sangat. Rasa rindu. Tak mahu tinggalkan UIA. Cettt.. perasaan, padahal tak habis belajar lagi… sem ni habis bulan 1/2012. Pastu bulan 2-5 2012 nanti insha allah dah praktikal…. Pastu barulahhh habis..

Sekian~

Sisipan Seterusnya


Salam . Bismillah .

Sambungan . . .

Tahun 2006 pertengahan masuk UIA. Matrikulasi. PJ . Syukur. Ditawarkan kos : Islamic revealed knowledge and heritage. Pendeknya IRK. Hanya tuhan yang tahu. Jika dulu selalu (jarang) pusing2 UIA gombak (dlm kereta je). Sekarang sudah ada di dalamnya. Dapat duduk mahallah aisyah, depan mahallah ABC (air batu campur… abu bakar college). Brothers.. Sisters.. Bermula dengan taaruf week, test arab, English. Ditakdirkan dengan jawab exam yang sambil tidur2 itu, dapat arab – level 3 (daripada 4 level), dan english – level 4 (daripada 5 level). Bermakna, belajar bahasa & subjek2 IRK adalah setahun setengah. Tetapi saya buat 2 tahun. Memandangkan kegagagapan dalam bahasa sangat lambat. Ambil langkah selamat.

Memang mencabar. Dengan masuk kelas bahasa yang memang dianggap kelas level atasan, bersama 15-20 orang sahaja dalam itu, sangat rasa nak jerit – woii!!! Aku tak faham lah~ (tapi memang selalu jerit pun, bila cikgu takdak lagi) mereka semua super power punya. Dan memang terbukti, bila exam, saya sorang failed.weehaa! kawan-kawan lain semua 15-20 over 20. Saya 9 atau 10 gitu! Haha. Saya rasa nak berhenti dah belajar. Lecturers sume dah risau2 dah. Tapi ayah dan lecturers suruh saya continue juga sbb bg mereka itu perkara biasa je. Dah la suka tiduq dalam kelas. Mereka kata xpa, jadi mcm imam syafie. Tapi kalau dah belajar pun tak faham… apa kes?!

Maka, sekali lagi, hanya tuhan sahaja yang tahu. Betapa manusia ini, bila susah perit jerit baru nak menangis2 mengadu. Terus sujud bersama-sama buku itu. yelah. Semua subjek belajar dalam bahasa inggeris dan arab. Mana nak serap bahasa itu sesegera kalau dah hari2 cakap melayu layu aja. Kan. Yes. Sendiri punya hal~

Itulah serba sedikit. Tapi yang best lagi, time matrik nilah kena appendik. Tajaan woo operation kat PPUM. RM6000++ kalah org bersalin. Allah atur, semua cantik! Tapi sebelum nak dapat tajaan itu, lagi mencabar hidup. 1 hari sebelum disahkan appendik, makan semua muntah, sakit perut bagai, nak angkat panadol masuk mulut pun tak larat, tak baca apa2 pun wlpn esoknya ada exam. Pada esok hari, Tanpa sarapan, sebab tak larat, jalan dah macam org nk besalin, perlahan sgt2 30km/j. pergi ke klinik. Doctor kata : gastric. OK. Tahan, pergi sambung jalan dengan kadar paling perlahan itu ke tempat exam. Muka dah pucat lesi, tapi tahan, sbb malas nk reseat exam. Wlpn kawan2 n lecturer suruh reseat. Degil (baca: kuat semangat) :P. Jawab je selagi boleh hentam. Tawakkal. Lepas exam, makan mcm biasa. Tibe2 tak sakit. Malangnya, pada malam itu juga, serangan di perut, mcm nak tekeluar isi perut. Sakit sangat! Sesegera itu, kami (sebilik – 7 org) keluar jalan terkedek2 pergi klinik. Doctor cek dengan garangnya. Dia kata : OK appendik, dan dah tahap kne buat operation, jgn call parents dulu. Menurut perintah. Sampai sahaja di PPUM, yeah, kakak nurse tinggal kan aja kami di pintu masuk PPUM. Tanpa bagi hint apa2. Contohnya, bole ambil wheel chair ke, apa2 jelah yg mudahkan pergerakan. Ok. Berjalan ke kaunter, dan tunggu turn. Setelah hampir 5 jam menunggu selepas selesai test2 itu ini. Masuk wad. Esokknya operate. …. End. J

Ini cerita saya lah~.

Baki Dulu


Salam . Bismillah .

Bersama alunan gemersik munajat kepada tuhan. Aku terus membisik keredhaan atas segala yang telah lakukan dan akan lakukan. Tuhan.. Aku rindu .

Setelah tamat alam persekolahan tingkatan 5 2005, terus bekerja sebagai pekerja koperasi di sekolah. Matematik tak payah cakap, memang lemah sangat. Tetapi ada kudrat semangat untuk jadi juga pekerja koperasi. Hari-hari kira duit ratusan – ribuan, betulkan mesin fotostat, (belajar untuk betulkan dari abang2 yg dtg betulkan tu jugak), binding buku, sapu sampah, susun stok, deal dengan stokes air dan makanan, layan kerenah kanak-kanak dan remaja serta dewasa. Dalam diri, kalau tidak dapat tawaran belajar, memang kerja ini akan ku laksanakan.

Impian terus untuk membuka kedai fotostat.

2006, mencampakkan diri ke peringkat tinggi sedikit selepas SPM, iaitu STAM di hidayah ipoh. Memandangkan hanya kolej2 yang menawarkan belajar. Jadi pilih STAM. Rasa bangga sebab daftar sekolah, yuran, pakaian, sewa awal bulan semua pakai DUIT GAJI sendiri. (sekelepuk – habis!). Mula sahaja masuk kelas. Rasa nak tumbang guling-guling. Mudah kata TAK FAHAM. Semua dalam arab. Duduk depan sekali, tapi belajar atas angin. Hari-hari jalan kaki atau naik basikal. Memang sangat kool! Sebab TAK PERNAH naik basikal pergi sekolah. Yang paling suka bila hamper semua plat motor & kereta kat sana mula dengan AFR! Pastu mula bajet, itu semua saya punya. Tinggal sambung A kat belakang je, terus jadi AFRA!! J Setelah dua tiga bulan begitu , berhenti.


Bersambung . . .

Lagu Tidur


Salam . Bismillah .

.
.

Berlaku satu situasi dimana dua orang budak tidak boleh tidur malam.


Budak 1 : Alongg.. aqeh takleh tidoo lah! nak tgok tv.

Kakak : Hahaha. tak payah ngada. jom baca quran sambil tu nanti tertido.


Surah yang dibaca semua juz 30 yang pendek-pendek sahaja.
Bersama-sama.


Bismillahirrahmannirrahim...

. . .

Adik 1 : Along nanges ke?

Kakak : Geleng kepala aja. (tahan gelak - tp dia x nampak sbb dah gelap)

. . .

Adik 1 : Sodaqallahul 'azdhim


Bila dah penat baca.


Adik 2 : Aik. dah abes baca ke? bacalah lagii.. beah pun tgh baca lagi ni. tak le tidoo.

Adik 1 : Dah siap baca dah.

Adik 2 : Along dah tido ke?

Adik 1 : Dah.. along baca siap nanges2 lagi...

Adik 2 : Hahah. bukan sebab apa pun.. sbb dah mengantuk sangat tuu..

. . .

Allahumma bismika ahya wa amutu..


Adik 1 : Alongg... kalau telupe doa tido macam mana?

Kakak : Baca je bismillah. pastu tidoq! :)

- - - - - -

Alunan bersama tangisan.

Ahh.. semakin meninggalkan.

Fasa


Salam . Bismillah .


Fasa banyak peringkat.

Yang kita akan cuba dan terpaksa harungi di dunia ini pelbagai jenisnya.

Kenapa pelbagai?

Ya ialah. Kerana kita mahu teruskan hidup untuk waktu disana. Di alam sana. Itulah kehidupan!

. . . .

Cuma banyak kaedah banyak cara untuk manusia harungi. Terpulang ikut selera.

Ada yang dengan semberono membelasahi fasa bertingkat-tingkat ini.

Ada yang kemas, menyusun satu persatu strategi untuk membedil cara mendalam.

Ada yang buat tak kesah. Alah bisa tegal biasa. Biar ja angin sepoi sedut segala.

. . . .

Pernah lihat anak harimau yang berlari-lari sebab ibu gajah gertak mereka?

Sampai terpelojok ke dalam lumpur, terus hitam tubuh mereka.

Sang Ibu harimau mahu pertahankan diri dan menyelamatkan situasi. Berani.

Sekali ibu gajah ini hentak kaki. Bergegar tanah gersang. Dan berlari lah juga sang ibu harimau.

Terus sang ibu harimau memacakkan diri diatas sebuah batu besar. Melaung gaya terhormat, memanggil anakanda anakandanya.

Mereka terus hidup selesa sambil tidur kekenyangan setelah penat berlari-lari.

. . . .

Mungkin kelihatan tiada kaitan.

Kerana itu adalah cara sang ibu-ibu binatang comel beraksi dalam fasa mereka.


Tapi itulah fasa-fasa dalam kehidupan.

Bayi - kanak kanak - remaja - dewasa - tua.


Setiap fasa bertingkat itu ada urusannya. Ada cabarannya.
Ikut kemahuan kita sendiri untuk menguruskannya.


kredit to : cik puan syaimaa' atas idea tajuk. :P

Duduk


Salam . Bismillah .

Seandainya sudah tiba satu ketika. Ia akan berbicara sama pohon aja.

Tetapi untuk berkelakuan begitu.

Terasa seperti tidak perlu. Sedangkan sangat teringin.

Ada masa sangat membenci dengan apa yang telah dilakukan.

Menyampah. Terasa seperti tiada gunanya! tiada faedahnya!

Lebih baik aku tidak melakukan apa-apa.

Terlalu memikirkan hal dihadapan. Sedang ia bayang-bayang.

Bila berkata. Macam terbaik dan semua perlu terima ya. Tapi?!

Target melolos hilang. Strategi melepas ke dasar tanah. Sampah.

Sampah. Tempatnya tong sampah. Biar ia dimusnahkan didalam itu.

Memang tidak boleh dikitar semula.

Tapi itu semua fikiran jangka pendek. Aku mahu apa hah?

Kalau hidup mahu dibuat seperti tong sampah. Tak payah hidup.

Buat segala. Serba serbi mahu dicuba. Apa yang aku mahu?

Hey!. Cakap sahajalah apa yang aku mahu?

Kalau hidup boleh ditekan butang DELETE . RECYCLE. NEW PROCESSING PROGRAM!

. . . . . . . .
jatuh dan melayang jauh tanpa arah yang terurus.

Rezeki


Salam . Bismillah .

(Catatan segera)

Adinda Aqilah akan menjejakkan kaki serta semangat dalamannya ke bumi kelahiran ku. Mesir.


Bertolak 6 pagi (10/8/2011) waktu Jordan. Jam 12 tghri (waktu Malaysia). Bersama rakan-rakan beliau!

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada saya kerana tidak membenarkan beliau, untuk pulang ke Malaysia tahun ini. (kakak yang bagus - perasaan)

Kerana seronokkkk sangat puasa di sana. Beliau akan meraikan hari raya di Mesir Insha Allah.

Aish.. Giliran saya... OK. usaha lagi.

Selamat. Hati hati! :) Bestnya wehh!!!

sila cari hospital al-aqad madinat nasr ye. hehe. (mana tau ada tercalit nama alg kat situ) :P



Itu Ini


Salam. Bismillah.


Itu Ini.
Dikejar semuanya.

Kalau ada kelapangan.
Mahu genggam segalanya.

Malang juga.

Bila muncul si baru.
Mahu ditiggal misi lalu.

Bernasib baik juga.

Bila terbit si cahaya.
Bisa mencambah ide untuk si gelap.

Entah.

Semakin menjadi-jadi.
Perangai ambil serap separuh jalan.
Lepaskan.
Dek tertawan dengan molikul kecil tapi besar.

Entah.

Jika tidak dijelajah.
Tidak kembang biak potensi otak.

Jika dijelajah.
Jadi tidak penasaran.
Semua hampir ditinggalkan.

Buntu.

Tiada cara untuk hala tuju.

Makanya.
Susun dan kelaskan yang mana perlu dahulu.

Ya, Cakap mudah.

Hmm...


Urat


Salam . Bismillah.

Berfikir hingga terkeluar urat. Denyut nadi panas.

Tenyeh tenyeh dengan kain air panas. Makin berbirat kemerahan.

Salur darah terkocoh kocoh cari tempat berselindung.

Tapi otak tetap kerah paksa.

Bila tubuh kata rehat lah. Urat taknak jugak.

Akhirnya kepala pusing pusing. berat. mcm ada ikatan simpul manuk.

Hmm... Sampai bila pun tak kan habis.

Tarik Nafas. Lepas. Lari lari.

Fuh!

(sedang merepek)

Ingin


Salam . Bismillah .

Berkeinginan yang indah indah. nyaman tenteram. terkenal. syadid. tertutup.

Semua ada keinginan.

Ada kalanya keinginan itu perlu tolak tepi dahulu.

Kembalikan dan wujudkan niat yang murni.

Menempuh dengan langkah redha Allah dan tekad.

Bahawa Insha Allah ada hikmah nya disitu.

Letakkan ikhlas.

Bertapak tapak. Penuh persoalan. Penuh kejutan.

Ikhlas dan mungkin boleh tukar kan niat kearah yang lebih sejahtera.

Kemudian rasa kan angin bayu nya disitu.

Memang ada. Cuma perlu belajar untuk menerima suasana.

Rentak berbeza? Hayun lagi.

Alhamdulillah. :) :)

Cinta Kubur


Salam . Bismillah .

Cinta Kubur.


Kita hidup didunia. Akan datang di akhirat sana.

Cinta.

Ada isteri meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada suaminya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada anak yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada ibu ayahnya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada murid yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada guru kesayangannya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada boyfriend yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada girlfriendnya.
Dan begitulah sebaliknya.

Tapi cinta ini sakit. Sakit sangat.

Sebab apa? Sebab mereka semua manusia. Hati manusia pelbagai.

Sekalipun akan kata
" U je yang boleh faham I . Orang lain semua tak faham! "

Hey. Hati milik siapa? Siapa jaga belaikan.

Dia tetap manusia. Sehebat mana pun dia dia kata "I mmg faham U".
Tak faham mana pun sebenarnya.

- - -

Jadi. Usah kita memberat mengadu pada cinta kita itu.
Keperluan itu kadang kadang kita boleh pilih. Kan.

Jadi kita cuba sikit sikit.

Letak cinta pertama kedua ketiga keempat kita pada Allah, Rasulullah.
Cuba.

Ada masalah. Ada berita baik. Ada perasaan.
Terus mengadu kat Allah. Terus cerita kat Allah.

Cuba.

Dengan luahan ini, jadi hati lebih redha. Terima segala.
Istighfar dan pandang kedepan kemudian gerak.

Lagi.

Hanya Dia faham. Dia cipta kita kan. Dia hadirkan hati kita kan.
Jadi berbalik semula pada Dia terus.

Akhir.

Sebelum memaksa manusia lain memahami diri itu.
Cuba faham diri sendiri. Dapatkan nasihat Ibu Bapa. Kaunselor.
Kemudian lakukan penambahbaikan.
Bukan perap lama lama.

Terima Kasih. Maaf jika ada tersalah.

- - -

Sumber:
Bonda saya bercerita dari pembacaanya di majalah solusi. Hee. :)

Nota:
1. Saya SERONOK di sekolah!!
2. Saya pertama kali online di sekolah.

Cikgu Nik Afra' Nik Mohd Azam.