Bina Lagi


Salam . Bismillah .

Mula begini.


Akhir begini.


Aku nak akhir aku, jadi susunan bata yang kedua. Dah macam apa ja sekarang ni.
Bukan main, tunjuk cat dinding tu putih coklat smart ja.
Sekali tembak dalam, kantoi pasir selekeh.

Ini unsur nya. Aku mahu gaul semua sekali sampai aku boleh susun balik bata aku jadi cantik!
Sebati.

Sekarang ada unsur perosak. Aku cipta dan layan sendiri.
Aku susun bata. Aku letak simen tipis-tipis. Sengaja tak nak bagi lekat.
Bila dah tergolek jatuh. Retak. Konon rasa bersalah.

Taubat!

Buat balik. Fuh.

Lagi. Aku bina semula bata. Cuba ubah.
Aku mati nanti. Tuhan ada disitu sini.



"Allah, teach me amanah. Teach me - I love You..." video

Lelah


Salam . Bismillah .

Beraksi. Menari. Berlari. Merentas.

Minggu ini bulan ini. Memang lelah. Tarik nafas. Lepas lelah.

Tabiat lama masih tertanam dalam diri mungkin. Tangguh. Lupa.
Maka, terima akibat dengan rela hati.

Bila kau rasa penat. Aku lelah.
Bila kau rasa masin. Aku pahit.
Bila kau rasa lapar. Aku miskin.
Bila kau rasa lega. Aku ketawa.

Kalau mahu pandai, belajar. Kalau mahu siap, ponteng.
Tapi ini akan berlaku pada situasi dan keadaan tertentu sahaja.
Kerana kombinasi begini sedikit merbahaya untuk di amalkan.

Selamat Maju Jaya aku ucap untuk aku dan kau semua.

Hidup Sehat


Salam . Bismillah .

Harini, malam ini, saat ini.

Aku dan diriku.

Pernah secara serius memikirkan kehidupan 10 tahun akan datang?
30 tahun akan datang? 40 tahun akan datang?

Hm, kehidupan. Terus hidup selagi masih hidup.
Sihat gembira sentosa bahagia.

Sudah tiba masanya aku kejar apa yang aku mahu.
Selama ini sekadar endah tak endah.
Acuh tak acuh.

Tapi kini lebih kuat, OK. Usah peduli apa kata orang.
Ikut rentak dan kemahuan sendiri.

Perbaiki kehidupan yang lebih sihat. Mungkin lebih kaya.
Kaya jiwa - kaya sehat - kaya harta. Ya. Usaha lah.

Tapi, aku tidak mahu ia sekadar alas kaki yang lap sekali bersih.
Kemudian, tinggal.
Aku mahu ia jadi macam gunung berapi, dalam diam ia masih membara.
Sampai masa ia meletup, belum masa ia memeram panas sentiasa.

Yeah. Doa. Doakan! Bismillah Afra' . Kini.