Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

Cinta Kubur


Salam . Bismillah .

Cinta Kubur.


Kita hidup didunia. Akan datang di akhirat sana.

Cinta.

Ada isteri meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada suaminya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada anak yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada ibu ayahnya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada murid yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada guru kesayangannya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada boyfriend yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada girlfriendnya.
Dan begitulah sebaliknya.

Tapi cinta ini sakit. Sakit sangat.

Sebab apa? Sebab mereka semua manusia. Hati manusia pelbagai.

Sekalipun akan kata
" U je yang boleh faham I . Orang lain semua tak faham! "

Hey. Hati milik siapa? Siapa jaga belaikan.

Dia tetap manusia. Sehebat mana pun dia dia kata "I mmg faham U".
Tak faham mana pun sebenarnya.

- - -

Jadi. Usah kita memberat mengadu pada cinta kita itu.
Keperluan itu kadang kadang kita boleh pilih. Kan.

Jadi kita cuba sikit sikit.

Letak cinta pertama kedua ketiga keempat kita pada Allah, Rasulullah.
Cuba.

Ada masalah. Ada berita baik. Ada perasaan.
Terus mengadu kat Allah. Terus cerita kat Allah.

Cuba.

Dengan luahan ini, jadi hati lebih redha. Terima segala.
Istighfar dan pandang kedepan kemudian gerak.

Lagi.

Hanya Dia faham. Dia cipta kita kan. Dia hadirkan hati kita kan.
Jadi berbalik semula pada Dia terus.

Akhir.

Sebelum memaksa manusia lain memahami diri itu.
Cuba faham diri sendiri. Dapatkan nasihat Ibu Bapa. Kaunselor.
Kemudian lakukan penambahbaikan.
Bukan perap lama lama.

Terima Kasih. Maaf jika ada tersalah.

- - -

Sumber:
Bonda saya bercerita dari pembacaanya di majalah solusi. Hee. :)

Nota:
1. Saya SERONOK di sekolah!!
2. Saya pertama kali online di sekolah.

Cikgu Nik Afra' Nik Mohd Azam.

OK


Salam . Bismillah .


OK.

Menerima balasan OK.

Akan terasa puas. lega. selesai.

Merasa juga berkomunikasi bersama manusia. bukan patung bernyawa.

Sekalipun hanya balasan OK.

2 huruf. 2 bunyi rima.

Mungkin melayang sedikit nilai tambahan di telefon bimbit.

Mungkin sedikit pergerakan jemari menekan ENTER di komputer.

Tapi atas dasar menghormati dan meraikan manusia yang punya rasa.

Tidak salah kan?

Mempersoalkan isu bukan sejenis dan lewat malam.

Kita lewatkan kata OK diwaktu pagi nya.

Mempersoalkan isu itu perlu difikirkan dalam dalam dulu.

Kita lewatkan sampai tiba masa dan jelaskan.

Hm, terpulang.

Atas penilaian sendiri. :)

Jirus Air Pada Bakul


::Salam::
::Bismillah::

kalau zaman dulu--penulisan ilmiah dari ulama' Islam pasti ada Bismillah dan ayat Quran dan ditutup penulisan dengan Wallahu'alam.. Sungguh rendah diri. Tak caya? Cuba tengok dari zaman 300-1000+hijrah (tarikh wafat penulis itu).

................................................................

Kisah ini kisah hati.


Pernah jirus air pada bakul yang kosong dan berlubang2?

Ini kisah antara seorang Nenek dan seorang Pemuda. Sebuah dialog bersahaja. Tetapi bermakna. Saya akan namakan pemuda itu sebagai Ahmad. Nama mudah sebut.

Nenek : Bismillah..hal ata alal insan......

Ahmad : Nek, napa Nenek asek baca ja Quran nih? Nenek faham ke? Tak penat?

Nenek : Alahai Amad oi. Nak baca sekali ka? Meh Nek ajar.

Ahmad : Tanak lah. Saya tak faham Arab. Buat pa baca. Tapi saya dok pelik nih. Nape Nek dok baca ja. Sedangkan Nek tak faham pun.

Nenek : Erm, macam ni lah. Amad nampak tak bakul sayur tak tepi almari tuh?

Ahmad : Nampak2. Nak wat pa? Nek nak pi pasar?

Nenek : Tak, Amek bakul tu isi air dalam bakul tu. Dah penuh, Amad balik sini semula.
Ahmad : Tapi Nek. Adui. Mana boleh bakul ni letak air kat dalam dia. Lubang punya lah banyak. Tak agak an.

Nenek : Erm, pi jelah. Nanti Amad akan dapat tau jawapannya. Sekarang.

Ahmad : Baiklah Nek.....

Maka Ahmad terus dan terus bergerak menuju ke telaga air dengan penuh tanda tanya. Cemana lah bakul lubang2 ni mau penuh air. Bila da sampai kat telaga. Ahmad isi dengan sesungguhnya. Tak penuh. Kali pertama tak berjaya. Ulang kali kedua. Tak jugak. Kali ketiga. Lagi tak. Terus cuba lagi. Makin basah bakul tu adalah. Tak penuh2. Seluar , baju pun terkena percikan2 sikit. Nenek nih....Nak kenekan aku ka??? Orang sekeliling pun dok pelik. Awat lah semangat sangat mamat nih basuh bakul sayur...Bila da malas nak buat keje pelik nih. Ahmad pun balik.

Nenek : Wah, Amad da balik. Napa masam muka je nih? Senyum sikit. :)


Ahmad : Nek.... Nape Nek soh saya penuhkan bakul nih dengan air? Nek tak nampak ka bakul nih lubang2. Takkan boleh penuh punya dengan air. Basahkan jer adalah.

Nenek : Haa.. Amad dah nampak sikit jawapan. Hmm. Meh sini duduk sebelah Nenek.

Mudahnya begini Amad. Memang nenek bukanlah orang berjaya. Tak pandai mana. Lagi lah bila baca Quran, memang nenek tak faham. Bahasa Arab. Bahasa Syurga. Tapi nenek suka sangat baca. Untuk cuci hati nenek. Kalau x, jadi karat ja. Bila selalu baca. Bagi tenang. Bagi bersih. Macam bakul ni juga. (sambil pegang bakul yang da basah tu). Amad boleh nampak kan, fizikalnya lubang2, besaq lagi tu. Kotor pun ada. Daki2 sayur. Tapi bila Amad dok jirus dan jirus tadi. Jadi basah, makin bersih dan cantik. Amad pun suka tengok.

Ahmad : Hmm... :) :) tak terungkap.

Khulasoh--hati itu bisa dicuci dan bisa dikotori. Cara nya pun mudah. Mahu dan tak mahu ja. Malas dengan rajin ja. Ikut suka HATI.

Wallahua'alam
:)

Bakal menutup tirai zaman indah~

Ilham asal : Dr Kabuye Uthman--kreadit utk beliau.

Kaji Orang


::Salam::
::Bismillah::


Hmm. Kalau rasa nak kaji orang. Sapa2 ja lah. Cari maklumat dari musuh dia. Patu cari maklumat dari sahabat baik dia. Dah kumpul2. Susun balik. Tapis. Analisis dan... -- SIAPP. :)Anda sendiri akan tahu sendiri keadaannya. Betol endak?

Kenapa kene kaji dari kedua2 pihak? Ahha. Sebab..

- Kalau kaji dari musuh sahaja, maklumat dari kajian kita semuanya negatif. Bila kita baca pun. Fuh2.. Dasyatnya. Teruknya. Ooo. Nakal rupenya.

- Kalau kaji dari sahabat baik dia, maklumat nya sopan, baik, positif dari semua sudut. Baca pun rasa cool ja. Tenang mungkin. Rasa best!

- Bukan kalau dan kalau lagi.Maka, buatlah kajian dari musuh dan sahabat baiknya. Anda akan dapat rasa kepuasan.


Hadaf kajian -- boleh fikir sendiri. Bebas. Selagi baik. Teruskan.


.....................................................................

.Tak semestinya nak kaji orang.
.Kaji benda pun boleh.
.Kaji ideologi boleh.
.Kaji pemikiran boleh.
.Kaji kumpulan boleh.
.Selagi nama dia kajian.
.Semua boleh.
:)
p/s: tak sangka dah 2nd year. Sem depan 3rd year. Tapiii.. Tak tahu lah nak masyi cemana..--alasan. :P