Showing posts with label ronda-ronda. Show all posts
Showing posts with label ronda-ronda. Show all posts

Eskrim Strawberi


Salam . Bismillah .

kisah penjual eskrim

di tenghari yang terik. seorang abang jejaka sedang asyik menjual eskrim nya. tiba datang seorang kanak-kanak berumur lingkungan 7 tahun mahu membeli eskrim itu.

adik : bang.. saya nak beli eskrim satu.

abang : haa. nak eskrim apa?

adik : eskrim apa yang sedap?

abang : hm, saya tak boleh jawab soalan tu. sebab setiap perisa berbeza dan saya rasa berbeza dengan apa yang kamu rasa. jadi kena beli dulu lah baru tahu mana sedap.

. . .

adik tu blur dan bla terus. sambil fikir : apa yang abang ni merepek?? aku tanya mana yang sedap ja?...

. . .

tak perlu lah berfalsafah untuk menentukan mana satu pilihan hati. bagi tahu jelah, suka .

"eskrim strawberi sedap!" ... ke kan. mudah. konfom budak tu beli.

Kisah Peminta Sedekah


Salam . Bismillah.

dijadikan satu kisah.

2 kawan saling berbual-bual mengenai pendapatan yang mereka dapat pada hari tersebut.
seorang pakcik dan seorang makcik. mereka meminta sedekah di kota metropolitan kuala lumpur. mereka baru berkenalan.

makcik : eh, banyak nya kau dapat duit..
pakcik : hm.. biasalah.. (sambil senyum gembira)

pakcik : ahha, kau nak tahu mcm mana aku buat?
makcik : nak! tunjuklah.

selesai berbual-bual kerehatan, mereka bergerak ke tempat mendapatkan rezeki itu.
sorang hujung ke kanan , sorang hujung ke kiri.

pakcik mula mengayat dengan suara yang kuat dan sayu . suara yang mampu menyihir pejalanan kaki untuk mendapatkan sedekah .

si makcik dalam diam menghayati , mempelajari satu persatu ayat-ayat yang dituturkan , menyoroti memek muka pakcik itu.

bila dah petang...

makcik pergi kearah pakcik, melihat duitnya yang sangat banyak. melimpah ruah!

esoknya . esoknya . esoknya . . .

makcik ini sudah tidak kelihatan. rupanya , makcik itu berlatih betungkus lumus di rumah .
makcik bersungguh-sungguh mahu meniru gaya pakcik itu menyihir kata-kata meminta sedekah.

setelah seminggu, genap 7 hari makcik itu bercuti.

hari ke 8, makcik kembali ke tempat asalnya mendapatkan sumber rezeki. penuh yakin.

pakcik : eh, lama tak nampak!
makcik : hehe. saja, ambil cuti rehat..

2 minit berbual pemanas suasana. makcik mula beraksi cergas.

makcik mengayat. penuh jiwa penuh mesra, menyetuh hati pejalanan kaki di sekitar itu. menggamat perasaan pilu kepada sesiapa.

memek muka , gaya makcik sangat menarik mata memandang dan menghulur.
melimpah-limah wang di bekas makcik. si pakcik terpana melihat situasi itu. pakcik tergamam.

dalam diam. . .

pakcik membawa diri, mencari rezeki ke suatu tempat lain. pakcik tak mahu bersaing mencari rezeki.

makcik tersenyum gembira.

. . .

1. komunikasi untuk memikat orang, mengayat.
2. berkawan dalam bersaing.

. . .

cerita asal : seorang guru teater

Kes Teringin


Salam . Bismillah .

Permudahkanlah urusanku~
Rahmatilah kami. . .


Ada suatu lewat sarat malam.


Seorang kakak mencari rakannya. Puas pusing-pusing dengan penyapu dan penyodoknya.

'Eton .. ooo Eton.. Mana kau??'

'Aku kat sini haa..'


Si kakak berkejar-kejar ke suatu tempat. Sunyi. Itu tandas.

'Wei, ko buat apa nih?'

'Ni haa.. Aku belajar merokok!'

'Oi!'

Muka Eton tiada ekspirasi terkejut atau berperasaan. Lesu besi.


'Ko biar betul?'

Penyapu dan penyodok di sandarkan ke dinding.


'Ehm, aku tengah belajar merokok ni.. Semalam aku da cube sebatang...'

Muka selamba.


.... Ikut kau lahh.. aku tak larat nak melayan ....