Berani


Salam . Bismillah .

Berani? Cubalah.

Sikit lagi masuk pintu gerbang 2011.

Dulu rasa muda. Sekarang rasa muda tua.

- - -

Teruslah pada jalan yang kita mahu.

Jika suka.

Jika tidak.

Tukar jalan.

Ambil jalan lain.

Kalau tidak selesa pun, asal puas.

- - -

Belajar itu wajib!

Kalau kau mahu tinggal.

Ikutlah.

Tapi, ini kan untuk masa depan kita juga kan.

- - -

Hari - hari ada kasih sayang.

Tiada hari untuk membenci.

Kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi.

Jadinya, terap dan serapkan sayang itu.

Sebelum pergi selamanya.

- - -

Bila dah berada di atas sangat.

Zon selesa.

Jangan abaikan yang bawah.

Bukan bermakna berundur.

Tapi toleh dan beri atur.

Supaya sama-sama selesa.

- - -

Hidup tidak lama.

Mungkin nanti nanti nanti.

Mungkin nanti.

Mungkin nan.

Mungkin juga sekarang.

Belum pasti umur 23 aku bakal rasai.

Doakan aku. Maafkan aku juga.

- - -

Ketawa dan merumitkan kepala.

Sakit dan gembirakan hati.

Tak perlu faham kenapa.

- - -

Sumber sikit2 :

Prof. Dato' Dr. Sidek Baba (Kasih sayang dan benci)

Pakcik Roslan Mohammed (Belajar itu wajib)

Selebihnya pemerhatian dan pengalaman sendiri.

Nenda


::Salam::
::Bismillah::

Allah atur cantik kan. Dia tak bagi sekarang. Dia minta kita sabar dan tunggu. Sebab Dia nak beri nanti.

--

Ini post tentang saya dan nenek saya. Agak lama dan susah sangat untuk duduk bersama lama-lama.

Normalnya. Pulang ke kampung2 akan bergerak sekeluarga. Jika saya :

KL - JB - PAHANG - KL atau KL - PAHANG - KL

Maka, sukar sedikit untuk saya lepak lama bersama Nenda Jamilah (Atok Milah) di Johor. Selalu lepak lama bersama Nenda Tengku Azizah (Tokku Perempuan) dan Nenda Nik Wajis (Tokku Lelaki).

Sebab nya :

1. Cuti yang sekejap.
2. Kos perjalanan PAHANG - JB - KL agak mahal. Jadi, mahu dimurahkan PAHANG - KL.

--

Tapi, kali ini, Allah beri peluang. Fuh! Syukur.

Nenda Jamilah Ahmad


1. Menurut Ayahanda nya -- Beliau lahir pada bulan Disember, 1930. Tapi, jika menurut IC, bulan Jun. Saya lebih percaya apa yang dikatakan. :)

2. Balu kepada Nenda Abdul Rahman @ Aman bin Paron. (Tok Bon -- Sbb sll pegi kebun -- Sepupu saya beri idea ini dulu2)

3. Nenda Jamilah duduk di rumah saya. Dah seminggu lebih.

4. Suka cerita zaman Jepun dulu. (Lari2 masuk rumah, tengok org penggal kepala, makan ubi, etc)

5. Sangat kuat semangat solat, bangun malam, ngaji semua2.

6. Kuat Ingatan. Habis semua nama anak cucu beliau ingat. Termasuk lah adik beradik ayah saya. (Saya pun x ingat2) . Kalau kita dah cakap sesuatu hal itu. Belaiu akan sentiasa ingat. :) :)

7. Komen tentang sistem pendidikan sekarang yang sudah melupuskan JAWI. Bila minta budak2 sekolah menengah baca JAWI mesti ada yang tak reti.

8. Sangat suka belajar. Dulu2, sebelum perang, selalu cepat naik darjah. Sebab pas JAWI.

9. Muda2 dulu, kawen umur 16 tahun, pastu besarkan anak2, balik dari menoreh, cari kayu api, masak, ajar anak mengaji, basuh kain lampin.

10. Rasa tak sanggup untuk minta orang lain ajarkan anak mengaji. Nak ajar sendiri. Biarlah suara tu dengar sampai kebun getah. :)

11. Terer MATH. Nenda Aman Paron lagi terer. Dulu selalu kene soal. Dan lembab sgt saya jawab + salah2! :P

12. Waktu beliau masih laju gerak2 dirumah, pagi2, mesti kami (cucu) kene marah kalau tidur lepas subuh. Pastu lepak ramai2 tengok TV. Sebab, bila lepas subuh, kene kemas rumah, masak, dan lain2. Dah siap cantik wangi, barulah lepak. :) :) (Sekarang ini, sendiri mau ingat lahhh)

13. Atok saya selalu pesan, badan kena kurus. Baru mudah bergerak. Biarlah perlahan (tua) pun, tapi mampu bergerak.

14. Saya paling kagum, bila dalam keadaan solat, atok saya usaha untuk berdiri dari duduk itu. Fuh. Tiap kali saya tengah solat di sebelahnya, mesti terbayang, "mcm mana aku nanti..."

15. Pagi2 lepas dah mengaji semua, mesti atok saya tanya : "Tak pegi jogging?" "Jauh ke jogging arini" Hahah! (Sebab kaki macam ringan gerak ke tilam) :P

16. Yang saya kagum lagi, beliau sihat! Tiada darah tinggi, kencing manis etc2. Syukur. Jagalah Kesihatan! Jaga pemakanan! (Cuma dah tidak boleh makan manis, nanti sakit perut) :)

--

Ini sengaja letak. Sejarah lah saya kira. Boleh geledah2 lagi masa2 akan datang.
Ini juga yang saya ingat. Yang lain tak ingat lagi.

YES!


::Salam::
::Bismillah::

Kalau biasa tengok iklan TV3.
Ada iklan yang cakap tentang YES.
Lebih2 lagi yang budak pakai spek, giginya rongak! COMEL!
(Dah geledah kat u.tube, tak jumpa iklan ini)

YES.
Perkataan yang boleh disebut oleh semua orang.
Boleh membuatkan sesorang itu tersenyum.
Menjadikan hari yang dilalui itu nyaman dan indah.
Memberi keyakinan yang baru.

YES.
Katakan dari lubuk hati.
Supaya rasa lega.
Semakin cantik senyuman itu.
Bersinar harapan mentari.

YES.
Penuh jiwa.