Membazir


Salam . Bismillah .

Lapar - Makan.

Ada duit - Beli lauk pelbagai.
Jimat duit - Beli berdasarkan bajet.

sumber : fatimah muhammad

Tapi akan jadi cukup tak suka. Apabila MEMBAZIR.

Ambil banyak - Bazir kan banyak.

Ada manusia yang memang terlatih dirinya untuk ambil nasi dan lauk dengan banyak. HABIS.
Ada juga memang terlatih untuk AMBIL BANYAK tapi MAKAN SIKIT.

Hanya mahu MERASA. Itu alasan mereka.
Hanya kerana DIET. Tak boleh makan benda2 ni.
Hanya kerana MAKCIK YANG LETAKKAN NASI. Boleh minta kurang kan.

Pokoknya :

Ingat lah pada ORANG lain yang mahu merasa lauk itu. Tapi dah habis.
Ingatlah pada KAKAK tukang masak. Melihat lauknya dicuit sedikit, dibuang banyak.
Ingatlah pada ABANG tukang basuk pinggan. Kena asingkan pinggan lauk berlambak.
Ingatlah pada KAWAN yang tiada duit untuk beli lauk mahal mahal. Apa kata belanja!

Apa kata hulur kan pada KAWAN : "Awak nak?"

Gerak


Salam . Bismillah .

Gerak. Tak susah kan kalau nak bergerak.

Tak perlu nak di suruh, tak perlu nak di sodok, tak perlu nak di kerah, tak perlu nak di marah.

Gerak.

Sampah - kutip - buang.

Nota/soalan bersepah - kutip - simpan.

Tong sampah terbalik - angkat dirikan.

Baju bersepah - lipat/hanger - simpan.

Baju kotor - basuh - sidai.

Bilik bersepah - susun - sapu - tido.

Kakak kata times up - kutip kertas - bagi terus.

Lapar - masak - makan. (kcl tempat itu tak boleh masak).

Bawa kereta perlahan - pegi kiri - selamat.

Baca buku - bila rajin - baca.

Baca Quran - habis solat - baca.

Orang sakit - ada masa - ziarah.

Dan lain lain....

Yang busuk di wangikan. Yang bersepah dikemaskan. Yang serabut di sisipkan.

Antara mahu dengan tidak aja. Kan dah besar.

Belajar lah hidup orang dewasa. Yang bukan dewasa pemikiran kecerdikan akal fikiran sahaja. Dewasa bergaya cantik molek bersolek. Tapi dewasa kan juga cara gerak tindakan. Buat lah tanpa perlu disuruh.

Kasi persekitaran selesa dan bukan pemusnah mood manusia sekeliling.

Kita sama sama cuba ya. =.='