Lagi Gambar Di Sabah


:: Kenangan adalah pengalaman ::
:: Pengalaman adalah sekolah::



p/s: sapa dapat mandi kat sungai yang kami dok bergambar tu..kira badan dia kebal..SEJUK! Mcm dalam sallajah..

~next pic coming soon.. Terima Kasih Power Point '07.. Amat membantu..hehe..

Gambar Bersama Marselo di Luanti




~saya tatau lah ape masalah blog ini..xleh nak uplod gmbr sekali byk utk 1 post..jadi kne 1 1.. :)

Gambar Lagi Sikit






Gambar Gembira


::Salam::
::Bismillah::


Muga Allah Rahmati kita semua Insya-Allah





Lambaian Kesyahduan


::Salam::
::Bismillah::

Hari Terakhir

5 Disember 2009

5.00 am : Solat Subuh. Bersiap. Ini hari terakhir. Jadi kene kemas barang. Tapi saja, tak nak buat mcm hari last. Jadi, relex j dlu.

8.00 am : Breakfast. Tengok movie.

9.00 am : Kemas barang. Solat Dhuha. Cari pas kemasukan Sabah ttb hilang. Dush! Macam tanak balik plak an. Cari punya cari akhirnya jumpa. Alhamdulillah. Tibe2, pendrive Fatin pulak hilang. Saya lah punca nya. Letak atas laptop bersama2 pendrive saya. Tup2. Pendrive saya jer ada. Fatin punya xd. Erm. Carik2. Tak jumpa. Pelik jugak. Xp. Rezeki belum tiba lagi.

11.10 am : Bergambar bersama dan terus bergerak.

11.15 am : Singgah isi minyak di Petronas Ranau. Ambil Nabila. Kawan baru kami. Bergerak.

12.00 pm : Singgah di Hotel Perkasa. Tempat cantik. Sejuk. Cakap keluar lah haba2 tuh. Kabus tebal.

1.00 pm : Gerak ke National Park / Kinabalu Park.

1.30 pm : Sampai di Pintu Masuk Gunung Kinabalu. Maksudnya, sape nak mendaki, akan melalui pintu pagar itu. Kami (perempuan) tak turun. Sebab hujan + mengantuk. Hehe. Yang lelaki sebahagiannya turun. Makan megi.

3.00 pm : Pergi ke Pekan Nabalu. Harga barang2 di sini agak mahal. Kire 2/3 kali ganda dari harga di Tamu & Poring.

3.40 pm : Gerak ke KK.

5.35 pm : Solat Asar jamak di Masjid Bandaraya.

6.18 pm : Solat Maghrib di Masjid Sembulan.

7.30 pm : Makan di Tanjung Aru. Haikal pegi check in dulu kat airport. Nasib baik tak terlepas. lagi 5 minit jer kaunter tutup.

9.30 pm : Check In. Semangat2 nak masuk kapal. Tetibe annouce Flight to Kuala Lumpur No. 9547 will be delay to 11.15pm. Lebih kurang gitulah ayat dia. Patutnya kol 8.30pm. Tetibe dapat msg, tukar kol 9.40pm. patu tukar lagi kol 10 pm. last2 kaol 11.15pm.

11.00 pm : Sedar dari tidur. Angkut beg yg nak masuk kapal.

11.15 pm : Now Every One Can Fly. AK 9547. Seat No: 25B. Tiduqq....Sampai lah da sampai bumi semenanjung. Ngantuk amat sangat.

2.10 am : Sampai di LCCT.. Bumi Semenanjung memanggil untuk terus mengorak langkah baru. Menggapai matlamat yang telah lama diatur. Permudahkanlah.

2.25 am : Balik ke rumah Syifa’ di S.20 SA. Ayah Syifa' ambil.

~ Maka pengembaraan selesai. Benarlah seperti apa yang termaktub dalam sebuah hadis kalau tak silap. Lebih kurang ayat nya..Seseorang itu dapat dikenali dengan makan bersama, tidur bersama, jaulah bersama..

Masa Rehat Panjang + Kg. Kigiok


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 7

4 Disember 2009

5.00 am : Solat subuh dan bersiap.

8.00 am : Breakfast. Berehat. Transfer gambar. Baca buku.

11.30 am : Masak. Nasi+Sambal Udang +Ayam kentucky+Sayur Tumis. Chef Farah dan Chef Salleh. Saya mcm biasa. Potong ayam. ;)

12.00 pm : Lelaki2 pergi solat jumaat. Sebenarnya di Sabah, org perempuannya solat Jumaat juga. Cume saya tahu lambat sikit. da setengah jam mereka pergi baru lah tahu. Kalau tahu awal, mesti da pergi dah.

2.00 pm : Siap masak. Kemas2. Bersiap2. Tanakwagu/Lelaki makan dahulu. Tiba2 tau2 jer. Nasi 6/7 pot tu habis..lauk sipi2 nak habis..wosho! sedap sangat kah?? Hehe. Naseb bek Man (pekerja Uncle masakkan nasik utk kami). Sempat lah merasa.

3.55 pm : Pegi rumah kak Wani di Kg. Kigiok. Beliau jugak salah seorang fasi RDP batch 4/5 camtuh.

4.30 pm : Sampai. Makan lagi. Masakan asli Sabah. Kak Wani masak. Beliau mmg terer masak! Minum air kelapa. Kak Wani masak nasi gune Beras Bukit. Huh. Lazaaattt!!! Lauk pun lazat amat.. Alhamdulillah! Shah yang panjat pokok. Belajar mengupas buah kelapa. Sape terer dia boleh buat laju mcm kak wani. Siap2 minum berehat. Berkenalan sikit2. Mak beliau suruh nyanyi dahulu sebelum pulang. Sume malu2 segan. Last2 nyanyi lagu rasmi program. Atas Nama Cinta nyanyian UNIC.

6.18 pm : Bergerak dan mencari gerai yang menjual Buah Durian. Kemudian, melihat pemandangan keseluruhan Ranau. Tetapi tak berapa jelas sangat. Sebab malam dan sebab pohon2 besar tumbuh meliar. Yang nampak hanya cahaya2 lampu di kawasan lembah itu. Sejuk. Menarik!. Sile bayangkan ada sebuah kawah besar. Didalamnya ada penduduk. Haa. Begitulah Ranau. Berlapis2 lah rumah. Dari yang bawah. Sampai lah ke atas. Berdasarkan info di telefon bimbit, kawasan itu bernama Tanah Merah.

7.13 pm : Pulang ke rumah. Solat Isya’ jamak. Rehat.

9.00 pm : Makan durian bersama2 dengan Uncle sambil cerita ringkas sahaja mengenai keseluruhan perjalanan di Sabah ini.

11.00 pm : Tidur.

~kesenian dalam kehidupan adalah sesuatu yang boleh di buat kajian. kajian yang telus dan ikhlas kerana Allah membuatkan hati lebih kuat denganNya. teruslah membuat kajian diri dan kehidupan.

Universiti Malaysia Sabah + Terminal 2 Kota Kinabalu


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 6

3 Disember 2009

5.30 pm : Solat Subuh. Sekali lagi agak terlewat. Kepenatan. Hanya alasan. Huh!

10.45 am : Terus bergerak ke UMS.

11.10 am : Tiba di UMS. Jalan2 gune kereta sahaja. Tengok orang kawad. Lari2. Bergambar di tepi pantai yg bukan untuk mandi. Hanya kapal2 yang lalu. Tapi cantik serta bersih kawasan situ. Air biru dan hijau yang jernih. Panas sejuk UMS nih. Kire macam separa New Zealand. Silau tapi sejuk sikit. Kene pakai spek hitam.

12.00 pm : Pegi One Borneo Hypermarket ambil Juk + Aben. Ada yang membeli belah ada yang jalan2. Kami berkesempatan masuk ke dalam taman ular. Specific nama tak ingat. Tiket RM 8. Mula2 sangka dapat main dengan ular2 dalam tuh. Rupanya, hanya lihat ular dalam sangkar. Duh. Sedih. Kecewa. Redha sahaja. Dapat kenal2 lah jugak antara ular yg ada. Antaranya, Ular Sawa jenis Pyton, Ular Albino, Tikus yang mcm Albino, dan mcm2 lagi lah.

2.00 pm : Tengok Book Fair yang ada dalam tu. Lepas tu saya dan Fatin cari surau utk solat. Tanya pengawal. Dia kata, “Naik level 3. Terus ke kanan, ada pintu, keluar, cari dinding no 21. Surau ada kat situ.” Saya: “ Thnx!” Senyum. Jalan punya jalan. Sekali lagi keluar ke kawasan Parking. Tengok dinding no 21. Jumpa lah stor. Dush! kene tipu ka??Pusing2 kepala sikit. Wah.. Banyak nyer tiang no 21. Apekah ini.. Oleh kerana, cari dan terus cari bersama Fatin sahaja dan atas dasar keselamatan. Kami masuk ke dalam semula. Gaya redha dan kecewa. Maka, cari port yang sesuai untuk rehat dan baca buku yang kami baru beli semalam.
Sebahagian yang lain berjalan2 membeli barang. Pergi ke Kawasan Kapal Tentera Laut (Jeles x dpt pegi!! ).


3.40 pm : Pergi ke Airport.

4.30 pm : Sampai ke Airport. Terminal 2 KK. Solat Asar jamak. Hantar Ummi +Hanis. Derang balik awal sebab2 tertentu. Sebak di hati. Hehe. Carlvin terlewat sampai dengan Hilux nya, sehinggalah kereta parking jer, Hanis + Ummi dapat last calling untuk penerbangan mereka. Alhamdulillah, sempat! Allah atur kan..

5.45 pm : Balik ke Ranau. Singgah di CPS. Ambil barang tempahan.

6.30 pm : Kembali bergerak ke Ranau.

7.41 pm : Singgah Petronas. Solat isya’ jamak.

8.30 pm : Siap solat. Beli air masak, double mint gum sbb nnti jalan pening2. Beliku2. Bergerak semula pada misinya. Makan. Hehe.

10.30 pm : Makan di Restoren Anjung Selera, Ranau. Beli nasi goreng dan air horlick. Harga dalam RM 5 rasanya. Tak ingat plak. A.Man belanja semua.

11.12 pm : Siap makan dan bergerak.

11.39 pm : Sampai di rumah Kek. Rehat. Test suara. Basuh baju. Tidur.

~kemana pun kita pergi kita tetap punyai personaliti dan karekter. ada masa kita akan jadi begini. ada masa kita jadi begitu. tapi itulah diri kita. sesuaikan dengan keadaan sekeliling. :)