Masa Rehat Panjang + Kg. Kigiok


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 7

4 Disember 2009

5.00 am : Solat subuh dan bersiap.

8.00 am : Breakfast. Berehat. Transfer gambar. Baca buku.

11.30 am : Masak. Nasi+Sambal Udang +Ayam kentucky+Sayur Tumis. Chef Farah dan Chef Salleh. Saya mcm biasa. Potong ayam. ;)

12.00 pm : Lelaki2 pergi solat jumaat. Sebenarnya di Sabah, org perempuannya solat Jumaat juga. Cume saya tahu lambat sikit. da setengah jam mereka pergi baru lah tahu. Kalau tahu awal, mesti da pergi dah.

2.00 pm : Siap masak. Kemas2. Bersiap2. Tanakwagu/Lelaki makan dahulu. Tiba2 tau2 jer. Nasi 6/7 pot tu habis..lauk sipi2 nak habis..wosho! sedap sangat kah?? Hehe. Naseb bek Man (pekerja Uncle masakkan nasik utk kami). Sempat lah merasa.

3.55 pm : Pegi rumah kak Wani di Kg. Kigiok. Beliau jugak salah seorang fasi RDP batch 4/5 camtuh.

4.30 pm : Sampai. Makan lagi. Masakan asli Sabah. Kak Wani masak. Beliau mmg terer masak! Minum air kelapa. Kak Wani masak nasi gune Beras Bukit. Huh. Lazaaattt!!! Lauk pun lazat amat.. Alhamdulillah! Shah yang panjat pokok. Belajar mengupas buah kelapa. Sape terer dia boleh buat laju mcm kak wani. Siap2 minum berehat. Berkenalan sikit2. Mak beliau suruh nyanyi dahulu sebelum pulang. Sume malu2 segan. Last2 nyanyi lagu rasmi program. Atas Nama Cinta nyanyian UNIC.

6.18 pm : Bergerak dan mencari gerai yang menjual Buah Durian. Kemudian, melihat pemandangan keseluruhan Ranau. Tetapi tak berapa jelas sangat. Sebab malam dan sebab pohon2 besar tumbuh meliar. Yang nampak hanya cahaya2 lampu di kawasan lembah itu. Sejuk. Menarik!. Sile bayangkan ada sebuah kawah besar. Didalamnya ada penduduk. Haa. Begitulah Ranau. Berlapis2 lah rumah. Dari yang bawah. Sampai lah ke atas. Berdasarkan info di telefon bimbit, kawasan itu bernama Tanah Merah.

7.13 pm : Pulang ke rumah. Solat Isya’ jamak. Rehat.

9.00 pm : Makan durian bersama2 dengan Uncle sambil cerita ringkas sahaja mengenai keseluruhan perjalanan di Sabah ini.

11.00 pm : Tidur.

~kesenian dalam kehidupan adalah sesuatu yang boleh di buat kajian. kajian yang telus dan ikhlas kerana Allah membuatkan hati lebih kuat denganNya. teruslah membuat kajian diri dan kehidupan.

2 Response to Masa Rehat Panjang + Kg. Kigiok

  1. waaah..

    post cuti bertubi-tubi sakan...

    Alhamdulillah bahagia ^_^

    hehe

  2. hehe..

    cerita yang di bekukan dlm blog..

    mana tau nanti generasi seterusnya akan gunakan blog utk tgok history generasi atas2 dia..

    :)