UMS + One B + Terminal 2 Kota Kinabalu


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 6

3 Disember 2009


5.30 pm : Solat Subuh. Sekali lagi agak terlewat. Kepenatan. Hanya alasan. Huh!


10.45 am : Terus bergerak ke UMS.


11.10 am : Tiba di UMS. Jalan2 gune kereta sahaja. Tengok orang kawad. Lari2. Bergambar di tepi pantai yg bukan untuk mandi. Hanya kapal2 yang lalu. Tapi cantik serta bersih kawasan situ. Air biru dan hijau yang jernih. Panas sejuk UMS nih. Kire macam separa New Zealand. Silau tapi sejuk sikit. Kene pakai spek hitam.


12.00 pm : Pegi One Borneo Hypermarket ambil Juk + Aben. Ada yang membeli belah ada yang jalan2. Kami berkesempatan masuk ke dalam taman ular. Specific nama tak ingat. Tiket RM 8. Mula2 sangka dapat main dengan ular2 dalam tuh. Rupanya, hanya lihat ular dalam sangkar. Duh. Sedih. Kecewa. Redha sahaja. Dapat kenal2 lah jugak antara ular yg ada. Antaranya, Ular Sawa jenis Pyton, Ular Albino, Tikus yang mcm Albino, dan mcm2 lagi lah.


2.00 pm : Tengok Book Fair yang ada dalam tu. Lepas tu saya dan Fatin cari surau utk solat. Tanya pengawal. Dia kata, “Naik level 3. Terus ke kanan, ada pintu, keluar, cari dinding no 21. Surau ada kat situ.” Saya: “ Thnx!” Senyum. Jalan punya jalan. Sekali lagi keluar ke kawasan Parking. Tengok dinding no 21. Jumpa lah stor. Dush! kene tipu ka??Pusing2 kepala sikit. Wah.. Banyak nyer tiang no 21. Apekah ini.. Oleh kerana nak solat jugak, cari dan terus cari bersama Fatin sahaja dan atas dasar keselamatan. Kami masuk ke dalam semula. Gaya redha dan kecewa. Maka, cari port yang sesuai untuk rehat dan baca buku yang kami baru beli semalam.


Sebahagian yang lain berjalan2 membeli barang. Pergi ke Kawasan Kapal Tentera Laut (Jeles x dpt pegi!! ).


3.40 pm : Pergi ke Airport.


4.30 pm : Sampai ke Airport. Terminal 2 KK. Solat Asar jamak. Hantar Ummi +Hanis. Derang balik awal sebab2 tertentu. Sebak di hati. Hehe. Carlvin terlewat sampai dengan Hilux nya, sehinggalah kereta parking jer, Hanis + Ummi dapat last calling untuk penerbangan mereka. Alhamdulillah, sempat! Allah atur kan..


5.45 pm : Balik ke Ranau. Singgah di CPS. Ambil barang tempahan.


6.30 pm : Kembali bergerak ke Ranau.


7.41 pm : Singgah Petronas. Solat isya’ jamak.


8.30 pm : Siap solat. Beli air masak, double mint gum sbb nnti jalan pening2. Beliku2. Bergerak semula pada misinya. Makan. Hehe.


10.30 pm : Makan di Restoren Anjung Selera, Ranau. Beli nasi goreng dan air horlick. Harga dalam RM 5 rasanya. Tak ingat plak. A.Man belanja semua.


11.12 pm : Siap makan dan bergerak.


11.39 pm : Sampai di rumah Kek. Rehat. Test suara. Basuh baju. Tidur.



~Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan.. ;)

1 Response to UMS + One B + Terminal 2 Kota Kinabalu

  1. BoZaki says:

    surau one b kat level 2 la technically.