Kinabalu dan Lembu New Zealand


::Salam::
::Bismillah::

Hari ke 3

30 November 2009

5.00 am : Solat Subuh dan bersiap.

7.00 am : Breakfast.

7.30 am : Gerak ke Gunung Kinabalu. Naik kereta Iswara Uncle Hatab. 4 orang. Saya, Hanis, Ummi, Syifa’. Kebetulan sume student UIA. Dah duduk bergerak baru perasan. Besalah plak dah. Tak pe, nanti tukar. Hehe. Uncle Hatab ni bekas pelajar Electrical Engineering di Kolej Mara Sarawak suatu ketika dahulu. Yang lain naik Toyota Hilux dipandu oleh Akmal (adik A.Man), dan Produa Kancil dipandu oleh Haikal (faci RDP).

7.55 am : Tiba di Stesen Minyak Kundasang. Sejuk sangat. Sume org2 yang di pasar kat situ termasuk di Stesen Minyak pakai baju tebal. Air-Cond kereta pun kalah tahap sejuk nya. Tapi saya x bawa baju sejuk. Jadilah kesejukan sahaja. Tahan.

8.00 am : Masuk ke laluan Gunung Kinabalu.

8.19 am : Ambil gambar di Desa Dairy Farm di Kg. Mesilou. Tempat yang indah. Cantik. Menawan.

8.45 am : Sampai di Sutera Santuary Lodges. Tinggi. Kereta Kancil terpaksa di tolak keatas. Sebab da tekan minyak terlalu lebih. Kire paksa naik. Tayar pulak tak boleh nak grip. Sbb bukan jalan tar. Simen yang bergaris2. Akibatnya, tempreture kereta panas. Terlebih. Bau hangit. Tapi bagi org sana, itu normal. Akmal pun ajar cara mcm mana bile nak naik. Kalau kereta manual. Tukar2 lah clutch, break, minyak. Auto pun gitu gak. Tukar gear 2,3,L.

9.26 am : Sampai di Kaki Gunung Kinabalu. Boleh tahan. Lagi sejuk woo. Lawan2 sape boleh rendam kaki dalam air paling lama. Saya dan kwn2 saya 100 saat. Yg lain da x sanggup. Boleh main celup2 sahaja. Masa selebihnya, ambil gambar atas batu2 atau air sikit2. Kejap2. X lama. Sbb sejuk. Boleh kejang kaki.

10.30 am : Keluar dari Kaki Gunung Kinabalu.

10.44 am : Suhu pada waktu ini, 16 darjah Celcius. Kire kalau cakap, keluar haba gitu. Rehat di Renantra Restaurant, Sutera Santuary Lodges, Mesilau Nature Resort (Nama yg panjang). Hujan mcm nampak salji. Kabus tebal. Da tak tahan sejuk. Terpaksa jugak pinjam sweter Ummi. Beli Air Milo RM 6, Mashroom Soup RM 8, Air Horlick RM 6. Kami share 4 orang. Saya, Fatin, Syifa’, Ummi. Kalau makan mee curry RM 10..woo.. tak berbaloi.. Tahan lapar tuh.. Sanggup2..

11.30 am : Pulang dari Mesilou.

11.59 am : Bertapak di Desa Cattle (S) Sdn Bhd. Melawat lembu2 dari New Zealand. Besaq2 belaka. Sihat wal ‘afiat. Macam biasa, kacau2 lembu, ambil gambar, beli susu lembu yg boleh kire original lah jugak walaupun da di proses sket masuk kotak comei2. Kotak Kecil Fresh Milk RM 2.30, Coklat RM 2.50. Saya beli yg Fresh Milk. Bile da abes, kawan suruh abeskan Coklat Milk pulak. Sedappp!!!!..

12.55 pm : Pergi ke Taman Bunga. Jumpa Kaktus Rebutia. Kaktus yang hanya hidup di kawasan sejuk. Dan mempunyai Bunga berwarna Oren. Cantik! Memandangkan musim yang kami pegi adalah musim sejuk dan mungkin musim bunga juga. Jadi banyak bunga yang tumbuk dan mekar di taman itu. Menawan! I like it! yeah!

1.07 pm : Mencari kedai makan di Kundasang.

1.15 pm : Makan di Restoren Sri Pinang. Di sini, sup nyer enak bah. Sume2 sup nye sedap. Saya order Nasi Goreng Campur + Sup Campur. Wow! Sedap.. Kenyang.. Alhamdulillah..

2.01 pm : War Memorial. Antara Australia, British, New Zealand dan Malaysia. Cerita selanjutnya boleh dapatkan pada Inche Google.

2.34 pm : Balik dari War Memorial.

3.06 pm : Singgah beli barang di Melimewa (Pekan Ranau). Tapi saya memang tak tahu nak beli ape, jadinya, cari CC. Saya, Fatin, Haikal.

4.00 pm : Jumpa CC Brotherhood. Orang yang jaga tu pelik bila sumandak masuk CC. Masuk je terus.Kejap jer pun. On YM jap. Tgok mail. Tengok blog. Saya kene charge 50 sen. Fatin RM 1. Yang lain masih berjalan2. Dan saya jumpa satu ayat best kat dinding yang diconteng2 itu. “Semoga kau mengerti erti bintang yang ku beri”

4.30 pm : Balik ke rumah kek. Solat Asar jamak. Rehat. Tidur. Bersiap.

5.20 pm : Teruskan berehat sambil makan buat tarap. Sedap. Kulit macam cempedak. Isi macam langsat. Huu.. Aben beli RM 1.50 SAHAJA!!!!!!! Memang tak penah saya jumpa buah harga sebegitu.. Makan dengan Aben, Farah, Din.

6.30 pm : Solat Maghrib jamak.

7.30 pm : Makan Malam. Nasi+Ayam goreng+Sup.

8.00 pm : Pegi TAMU. Tamu adalah pasar malam. Saya mula dengar ingtkan ada tetamu nak dating rumah. Rupanya, kite keluar ke Tamu. Tamu di Ranau ni, hanya di buka sebulan sekali. Hujung bulan sahaja. 2 hari sahaja. Kebetulan tarikh kami pergi itu 30 November. Rezeki. Saya hanya beli 3 gelang RM 20. Masa selebihnya tengok orang, tengok barang. Penat jugak.

10.00 pm : Balik ke rumah. Rehat. Tengok movie.

11.00 pm : Tidur.

~kenali diri sebaiknya..bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik..;)

0 Response to Kinabalu dan Lembu New Zealand