Bermain dengan Marselo + Tagal


::Salam::
::Bismillah::

Hari Kedua

29 November 2009

5.00 am : Solat Subuh. Baca Quran. Bersiap2. Tidur semula. Penat.

6.00 am : Langit cerah. Seperti jam 7 di semenanjung.

8.30 am : Breakfast. Mee goreng. Rehat2. Main2.

12.30 pm : Gerak ke Luanti. Uncle, Auntie , sedara2 A.Man pun ikot sama2. Seronok! Main dengan Marselo. Nama bagi Ular Sawa jenis Pyton. Saya memang suka pada haiwan eksotik. Ular kire eksotik x? Hentam saja. Pastu bg makan ikan. Dipanggil Ikan Tagal. Maksudnya, Ikan Sungai yang dipelihara dan tidak dibenarkan memancing apatah lagi curi2 ambil bawak balik. Ikan tu besar dia dari siku ke pergelangan tangan. Tiket masuk RM3. Hanya 15 minit sahaja boleh masuk sungai tuh bagi makan.

1.30 pm : Gerak ke Sungai Biru. Tempat rehat milik Family A.Man. Ada kolam ikan, swimming pool, chalet, pondok. Kami berta’aruf bersama keluarga dan saudara mara A.Man. Shuhada, Iko, Fadhilah, Zaki, Soleh, lagi 2 org x sempat nak kenal..Em, Uncle seorang yg hebat. Beliau beri peringatan dan nasihat serta menerangkan sekali lagi tetang Ranau. Bukan sekadar fakta tentang Ranau ini kawasan Lembah. Tetapi keadaan Umat Islam dan Kristian dia Ranau yang begitu ramai. Usaha2 yang dilakukan. Diri ini, mahu saja tinggal disitu. Berjuang bersama2 mereka. Tapi mungkin suatu hari nanti.

2.30 pm : Balik ke Rumah A.Man (tempat kami tinggal). Solat Zohor jamak. Bersiap untuk ke tempat seterusnya.

5.00 pm : Kenduri di rumah Uncle Mujie di Kinapulidan. Wow. Jalan dia hebat. Kalau naik 4WD rasa jugak batu2 kat jalan tu. Naik Kancil apatah lagi. Tapi seronok.

6.00 pm : Singgah kebun Uncle. Tengok ayam, itik, sawah, tanaman2.

6.30 pm : Gelap terus.

7.00 pm : Makan di rumah adik beradik Auntie (Uncle Hatab) di Kinapulidan.

8.00 pm : Pergi ke rumah Family Uncle di Kinapulidan. Makan lagi. Kenyang amat. Berjumpa dengan K.Zaharah yang kerja di HUKM bahagian Farmasi, Aton darjah 4 di sekolah cina Wei Pei, Ranau. Belajar bahasa Cina. Saya ajar dia bahasa Arab. Sikit2 jer. Nenek A.Man strok. Nak jumpa tapi beliau tengah tidur.

9.30 pm : Balik rumah. Jalan Kaki aja. Dekat lah jugak. Jalan sambil ambil gambar, bual2, lari2 sbb ada banyak anjing. (Anjing di sini mcm kucing di semenanjung. Ada yg garang dan ada yg baik. Berjalan ke mana sahaja.) Tapi x sampai lagi ke sebuah kampung yang khinzhir nyer yang berjalan2 bukan anjing atau kucing.

10.00 pm : Sampai Rumah Kek (gelaran utk rumah yang senibina nyer mcm Kek. Direka oleh Uncle + Auntie). Rehat, Solat Isya’ jamak, Tgok Movie, Main-main, Basuh baju.

11.00 pm : Tidur.

** Pengalaman adalah Universiti yang paling berkesan dalam kehidupan.. ;)

4 Response to Bermain dengan Marselo + Tagal

  1. nur fatin says:

    wah..org tu pegi sabah.seronoknya.btw,saje je nak bgtau.anjing kat mesir semua baik2.hehe

  2. afra` says:

    hehe..mmg amat seronok!

    owh..

    nak pegi mesir plak lah..

    doakan la yer..

    ;)

  3. Anonymous says:

    org2 yg naik kancil pon terasa mcm 4WD jgk wat... :D ~din~

  4. afra` says:

    hehe..

    tu kne tgok sape driver nya..

    :)

    kalo crlvin bw mcm pelumbe kete an..

    rasa yg pasti menggemparkan..

    ;)