Soal Jawab 2010 - LL4G


::Salam::
::Bismillah::

Silakan bangun. Silakan berlari. Silakan menari. Ayuh, mulakan rentak!!

Masuk tajuk. Harini, saya kongsikan sedikit keynote dari salah sebuah segmen di TV3.

-Soal Jawab 2010-
-11.00-12.02am-
-9/6/2010-
-Perbualan antara Datuk Ahmad A. Talib + Tun Dr. Mahathir Mohamad-
-Isu : Misi menghantar bantuan ke Gaza telah disekat Israel-
(buat tajuk atas fahaman sendiri)

Keynote:

1. Apabila berlaku kegagalan dalam menghantar bantuan kepada Gaza, barulah ramai pihak yang buka mata tentang kezaliman Israel. Bila melihat banyak nyawa yang terkorban, kita (Malaysia) tetap mahu terus membantu Gaza dengan menyusun strategi yang lebih padu agar misi berjaya!!

2. Kapal Rachel Corrie (RC) telah dibeli oleh Malaysia untuk misi ke Gaza ini daripada Ireland. Sebuah kapal kargo dan muatan untuk diduduki oleh manusia adalah sedikit. Dalam ni, ada beberapa orang Malaysia (PGPO) dan beberapa orang Ireland, serta Naib PBB.

3. Kapal RC ini diberi nama sempena nama seorang gadis Rachel Corrie,23 tahun, dari Amerika Syarikat yang telah mati di Palestin semasa tentera Israel sedang merobohkan rumah2 disana. Beliau, dengan berani berdiri tanpa beralih di depan jentolak itu, dan akhirnya, beliau digilis oleh jentolak tersebut. 'Kering Hati' - bak kata Tun.

4. Terdapat beberapa NGO dan individu2 hebat kesana. Tetapi mereka semua tidak bersatu bersama di dalam kapal RC. Kebanyakan mereka menaiki kapal dari Tukri. Mavi Marmara. Ini kerana menurut Tun, 'mereka tidak tahu pun ada NGO dan individu yang berminat untuk kesana'.

5. Menurut Tun, jika Israel tidak memulangkan kapal RC, bermakna, mereka telah melakukan rompakan laut!

6. Rasa kering hati dan tidak bersalah Israel ini akan menjadikannya lebih angkuh. Tambahan lagi, mereka punyai sokongan kuat dan kuasa besar, iaitu: Amerika Syarikat. Dari situlah, mereka tidak segan silu langgar semua undang-undang antarabangsa, buat semua manusia bikin marah, datang Iran semata2 mahu bunuh seorang manusia dan pelbagai lagi.

7. Tun kelihatan tersenyum apabila Datuk menanyakan pendapatnya tentang "Barak Obama akan membantu negara2 Islam." Hakikat yang perlu diketahui ialah, apabila sesebuah negara itu sudah ada jalinan ikatan bersama Israel, agak sukar untuk mengambil tindakan. Contoh ikatan ialah *APCO.

8. Tun berharap agar negara2 OIC yang punyai ikatan dengan Israel agar memutuskan ikatan tersebut. (Isi dari keterangannya kepada OIC yang diulang cakap).

9. Lagi ucapan Tun kepada OIC yang diulang cakap ialah : Israel menguasai dunia melalui prokrasi, iaitu AS.

10. Turki sukar untuk bertindak kerana mereka punyai hubungan kuat dengan Israel. Diterajui oleh Kamal Atartuk. Pihak kerajaan dan rakyat mereka memang punyai pertentangan tanggapan. Kerajaan tidak kesah untuk menyokong Israel. Manakala rakyat tidak senang dengan tindakan ikatan itu. Sekular!

11. Kemana lagi kita semua umat manusia boleh bergantung, jika PBB dan OIC tidak boleh bersatu? Maka, disini, NGO+Individu2 hebat berperanan. Dan seharusnya semua pihak harus beri sokongan.

12. Kerajaan Malaysia juga jika tidak bertindak secara tegas, maka NGO boleh mara! Tidak kiralah NGO Muslim / tidak Muslim. PGPO pun NGO.

13. Politik di Gaza dikuasai oleh Hamas. Manakala di Tebing Barat dikuasai oleh PLO. Mereka tidak bersepakat. Mereka menentukan pemimpin berdasarkan undi. Dan, salah satu yang kalah itu tidak akan terus mengalah.

14. Mesir katanya mahu buka pintu di Rafah itu. Tetapi lihat sajalah halangan yang dibuat. Ada pagar hingga ke dalam tanah. (Macam memang tak nak buka). Jika dibuka, pasti ada syarat2 yang diberi. Pasti ketat! Dan berdasarkan pengalaman Datuk Ahmad semasa beliau ke Palestin, beliau melihat, para sukarelawan terpaksa berulang alik ke mesir-palestin itu hampir 6x semata2 mahu lepas masuk ke palestin. Dan, adakala, makanan yang mahu dibawa masuk untuk diberi kepada rakyat palestin tidak dibenarkan untuk dibawa masuk sementara proses ulang-alik itu berlaku. Menjadikan makanan itu reput dikawasan terowong keluar masuk dan akhirnya tidak boleh digunakan. Amat lah....!

15. Bagi menyusun strategi yang lebih rapi bagi terus memberi bantuan kepada Gaza ini, Tun akan mengadakan post-mortem bersama-sama sukarelawan Malaysia yang sudah pergi. Ini bagi mengetahui cara apakah yang paling patut dilakukan memandangkan mereka sudah punyai pengalaman diserang oleh Israel semasa pelayaran mereka ke Gaza.

16. Datuk Ahmad beri cadangan kepada Tun agar berjumpa dengan pemimpin Mesir Inche Husni Mubarok, untuk menjelaskan misi mereka dan minta juga agar jalan ke Israel itu dibuka. Ini bagi memudahkan semua pihak menghulurkan bantuan kepada Palestin.

--

Nota :

1. Ini adalah soal jawab antara Datuk Ahmad dan Tun Mahathir.

2. Isinya semua dari mereka. Saya susun ikut urutan isi perbualan. Saya hanya mengolah dalam bentuk ayat begini.

3. Lihat dan nilai pendapat Datuk dan Tun dalam isu ini. Mereka juga konsen!

--

*Saya punyai pendapat mengenai APCO dan kaitannya dengan Malaysia. Pasti ramai pernah terbaca. Cuma, jika mahu keynote untuk hal ini, bole bagi tahu saya. Terimas!

--

Jika ada nak dikomen kan apa2, sila beri. Terima Kasih. Maaf atas kekurangan.

Sekian :]

4 Response to Soal Jawab 2010 - LL4G

  1. thaaqhib says:

    inadequate. menarik, dan terasa seperti tak cukup lg

  2. erm, itu saja isi perbualan mereka.

    melainkan saya mekait rilit kan dengan bacaan saya yang lain.

  3. Ya, inadequate. Banyak lagi yang ada dalam fikirannya~ Tun mantap :)

  4. xpa. kte tggu awak tambah.

    :)