Cinta Kubur


Salam . Bismillah .

Cinta Kubur.


Kita hidup didunia. Akan datang di akhirat sana.

Cinta.

Ada isteri meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada suaminya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada anak yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada ibu ayahnya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada murid yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada guru kesayangannya.
Dan begitulah sebaliknya.

Ada boyfriend yang meletakkan cinta pertama kedua ketiga keempat kepada girlfriendnya.
Dan begitulah sebaliknya.

Tapi cinta ini sakit. Sakit sangat.

Sebab apa? Sebab mereka semua manusia. Hati manusia pelbagai.

Sekalipun akan kata
" U je yang boleh faham I . Orang lain semua tak faham! "

Hey. Hati milik siapa? Siapa jaga belaikan.

Dia tetap manusia. Sehebat mana pun dia dia kata "I mmg faham U".
Tak faham mana pun sebenarnya.

- - -

Jadi. Usah kita memberat mengadu pada cinta kita itu.
Keperluan itu kadang kadang kita boleh pilih. Kan.

Jadi kita cuba sikit sikit.

Letak cinta pertama kedua ketiga keempat kita pada Allah, Rasulullah.
Cuba.

Ada masalah. Ada berita baik. Ada perasaan.
Terus mengadu kat Allah. Terus cerita kat Allah.

Cuba.

Dengan luahan ini, jadi hati lebih redha. Terima segala.
Istighfar dan pandang kedepan kemudian gerak.

Lagi.

Hanya Dia faham. Dia cipta kita kan. Dia hadirkan hati kita kan.
Jadi berbalik semula pada Dia terus.

Akhir.

Sebelum memaksa manusia lain memahami diri itu.
Cuba faham diri sendiri. Dapatkan nasihat Ibu Bapa. Kaunselor.
Kemudian lakukan penambahbaikan.
Bukan perap lama lama.

Terima Kasih. Maaf jika ada tersalah.

- - -

Sumber:
Bonda saya bercerita dari pembacaanya di majalah solusi. Hee. :)

Nota:
1. Saya SERONOK di sekolah!!
2. Saya pertama kali online di sekolah.

Cikgu Nik Afra' Nik Mohd Azam.

Letih


Salam . Bismillah .

Jadikan Allah tempat pengucapan segalanya.

Kondisi . Sungguh letih dan perlukan cas tambahan.

Kejap naik kejap turun.

Fokus main kejar kejar. Hasil tiada.

Dirasakan kerja sepenuh masa sepanjang zaman.

Rupenya hanya hangat berbaur hangit tidak menjadi.

OK dunia akhirat. Aku perlu kan kedua duanya.

Letih... -.-'

OK


Salam . Bismillah .


OK.

Menerima balasan OK.

Akan terasa puas. lega. selesai.

Merasa juga berkomunikasi bersama manusia. bukan patung bernyawa.

Sekalipun hanya balasan OK.

2 huruf. 2 bunyi rima.

Mungkin melayang sedikit nilai tambahan di telefon bimbit.

Mungkin sedikit pergerakan jemari menekan ENTER di komputer.

Tapi atas dasar menghormati dan meraikan manusia yang punya rasa.

Tidak salah kan?

Mempersoalkan isu bukan sejenis dan lewat malam.

Kita lewatkan kata OK diwaktu pagi nya.

Mempersoalkan isu itu perlu difikirkan dalam dalam dulu.

Kita lewatkan sampai tiba masa dan jelaskan.

Hm, terpulang.

Atas penilaian sendiri. :)