Salam . Bismillah.
dijadikan satu kisah.
2 kawan saling berbual-bual mengenai pendapatan yang mereka dapat pada hari tersebut.
seorang pakcik dan seorang makcik. mereka meminta sedekah di kota metropolitan kuala lumpur. mereka baru berkenalan.
makcik : eh, banyak nya kau dapat duit..
pakcik : hm.. biasalah.. (sambil senyum gembira)
pakcik : ahha, kau nak tahu mcm mana aku buat?
makcik : nak! tunjuklah.
selesai berbual-bual kerehatan, mereka bergerak ke tempat mendapatkan rezeki itu.
sorang hujung ke kanan , sorang hujung ke kiri.
pakcik mula mengayat dengan suara yang kuat dan sayu . suara yang mampu menyihir pejalanan kaki untuk mendapatkan sedekah .
si makcik dalam diam menghayati , mempelajari satu persatu ayat-ayat yang dituturkan , menyoroti memek muka pakcik itu.
bila dah petang...
makcik pergi kearah pakcik, melihat duitnya yang sangat banyak. melimpah ruah!
esoknya . esoknya . esoknya . . .
makcik ini sudah tidak kelihatan. rupanya , makcik itu berlatih betungkus lumus di rumah .
makcik bersungguh-sungguh mahu meniru gaya pakcik itu menyihir kata-kata meminta sedekah.
setelah seminggu, genap 7 hari makcik itu bercuti.
hari ke 8, makcik kembali ke tempat asalnya mendapatkan sumber rezeki. penuh yakin.
pakcik : eh, lama tak nampak!
makcik : hehe. saja, ambil cuti rehat..
2 minit berbual pemanas suasana. makcik mula beraksi cergas.
makcik mengayat. penuh jiwa penuh mesra, menyetuh hati pejalanan kaki di sekitar itu. menggamat perasaan pilu kepada sesiapa.
memek muka , gaya makcik sangat menarik mata memandang dan menghulur.
melimpah-limah wang di bekas makcik. si pakcik terpana melihat situasi itu. pakcik tergamam.
dalam diam. . .
pakcik membawa diri, mencari rezeki ke suatu tempat lain. pakcik tak mahu bersaing mencari rezeki.
makcik tersenyum gembira.
. . .
1. komunikasi untuk memikat orang, mengayat.
2. berkawan dalam bersaing.
. . .
cerita asal : seorang guru teater