Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Cinta


::Salam::
::Bismillah::

Bila baca rasa cinta. Bila dengar rasa cinta. Bila cakap rasa cinta. Bila masak rasa cinta. Bila main rasa cinta. Ahh, rasa cinta!

Pagi2 kayuh basikal
Petang2 kayuh basikal
Lapang2 main basketball
Ohh, bersama rasa cinta
Bukan pun selalu dapat kayuh2
Bukan pun selalu dapat rebut2 bola

Ini masanya
aku bermula dengan rasa cinta
cinta untuk bermain
cinta untuk bersama
cinta untuk berjenaka

Suatu hari nanti aku kesebuah destinasi
destinasi yang telah ku rancang
bersama rasa cinta itu juga
aku pergi
jangan hampakan harapan itu

Aku masih dibawah
adakah kerana belum sedar
entah

okeh.
abes.
ingat harapan.
ingat impian ayah bonda.
ingat impian adik2.
tunaikan.
berbakti bersama rasa cinta.
cinta.
cinta.
berubahlah...

sekian :]

operasi merepek kembali..haish!

Kenapa?


::Salam::
::Bismillah::

Kenapa? -- kenapa kalau buka mll mozila jadi lain? kenapa kalau buka mll ie jadi lain? kenapa kalau buka mll google chrome jadi lain?

.........................................................................
Halnya sekarang. Kenapa semua semakin merundum? Hailaa..

adakah kerana saya?

iya kerana saya.



kenapa perlu merundum jatuh?

kerana suntikan itu tiada.


kamu sedang mencari alasan?

mungkin.


kenapa perlu jadi begini?

saya tidak tahu.


kamu tahukan, kamu ada suntikan sendiri?

saya masih perlukan jarum itu. sila berikan.


kamu tahu, kamu sering menyusahkan diri?

saya tidak rasa begitu. kerana saya....


sudah. yang penting sekarang ini. masa ini. pedulikan jaruman sekeliling.

pedulikan jentikan dalaman. kamu bangun. sedar. kamu masih punyai peluang. perbaiki.

ambil ia jadi batu spring. jawapan segera yang kamu dapat itu jangan ambil pusing.


kamu boleh!!


Afra', masih belum terlambat.. :)

Berkaca Plastik


Biar hati yang hanya berbicara bersama jiwa yang masih lagi kental.

Biar pena terus menerus menulis isi hati nya.

Biar lidah terus menerus menutur dan bertasbih kepada Robb nya.

Meskipun kelihatan ragu.

Tetapi dia akan rasa lebih yakin dan pasti.

Biar juga mata terus bersinar dengan cahaya alam.

Melihat keindahan cintaanNya.

Sekalipun diri fizikal nya mengetahui yang di telan itu bukan lah gula yang manis.

Bukan buah-buahan yang ranum.

Tetapi dia akan tetap juga menerimanya andai itu yang telah tertulis di luh mahfuz.

Tidak sesekali ia kan membiarkan diri itu terus hidup dalam lara kemurungan.

Hanya kerana mendengar gemersik alunan muzik yang secara spontan bertukar manjadi alunan yang menyakitkan telinga.

Biarkan dan lepaskan.

Dia tetap terima.

Tiada ragu.

Terbang Tinggi


::Salam::
::Bismillah::

Telah 22 tahun aku diberi peluang untuk hidup di bumi ini. Alhamdulillah. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah. Kalau terbang tinggi. Jangan lupa orang di bawah.

Tegur aku jika aku lupa daratan
Tegur aku bila aku buat salah
Tegur aku tatkala bertemu di jalanan

Bawa aku pergi ke tempat yang sepatutnya
Bawa hati dan jasad ku ke tempat sebaiknya

Jangan biar aku bebas sebebasnya
Jangan biar aku terus menerus merasa senang dengan pangkatku
Jangan biar aku terus lalai dengan dunia aku

Aku sedar aku punyai tanggungjawab
Aku juga sedar aku telah pun rela memikul tanggungan
Aku yang masih leka dan abai amanahku

Maafkan aku
Tegur aku
Sikap aku tidak menyenangkan
Tidak sesekali aku rela melihat diriku dan dirimu jadi begitu

Alhamdulillah


::Salam::
::Bismillah::

Kekurangan
Kekuatan
Lahir dari jiwa
Lahir dari hati

Bagaimana dengan fizikal
Bagaimana dengan emosi
Bagaimana dengan rohani
Bagaimana dengan intellek

Amanah
Jika di biar
Jika di sisih

Amat banyak
Amat serabut
Amat terabur

Tetapi pabila di sisip
Di rapi
Di atur

Pasti cantik
Pasti indah
Pasti mudah

Amanah
Banyak kategori
Banyak kaedah
Banyak fe'el

Dengan Allah
Solat jaga, baca Al-Quran, sebar Dakwah
Ini yang basic
Kalau x boleh pikul jugak

Dengan Manusia
Hubungan Ayah Bonda
Jaga hati mereka
Berbakti selagi ada
Al-Fatihah sentiasa diberi


Hubungan Guru
Hormat mereka
Buat kerja mereka bagi
Kerana bukan saja2 mereka bagi
Nak kasi kite cerah masa depan

Cabaran jadi ticer akan datang amat hebat

Hubungan Rakan dan Masyarakat
Buat nakal tu biasa
Buat gurau tu normal
Buat tatau tu ngada-ngada
Tegur lah mereka
Salah - Maaf
Bakti - Terima Kasih

Apabila kite semakin teratur
Toriqot Dakwah juga semakin hebat
Walaupun tak mantop
Tetapi usaha

Biar sikit
Tetapi cuba
Biar di buang
Tapi diangkat
Biar melalut
Tapi semangat
~
maaf..mula melalut..ikut gaya hati sekarang :)



Allah Knows Everything :)

Detik Jauh 2010


::Salam::
::Bismillah::

Nik Afra' Nik Mohd Azam::2010

Bermula detik baru
Bermula azam baru
Bermula karekter baru

Perasaan
Bercampur baur
Ada yang gelisah
Ada yang gembira
Ada yang pedih
Ada yang parah
Aku tetap disini
Masih berdiri
Masih menapak
Bersama hari-hari baru
Bersama ujian-ujian baru
Bersama tugasan baru

Maafkan aku
Aku tetap hadir
Jika tidak sampai
Ia bakal diganti

Aku sedar siapa aku
Aku sedar apa yang telah berlaku
Aku harus sedar segalanya

Doakan aku kuat!!
Kerana masih banyak misi dan visi
Yang hingga kini belum selesai

~hati terus tabah..sucikan! ---Hold My Hand---
note:
lama sudah tidak ber karya.
sekalipun tahu karya saya tidak seberapa.
tetapi jauh di sudut hati.
ia sungguh bermakna.
di type segalanya spontan.
menggambarkan fenomena.
melepaskan kekusutan.
mendapatkan kepuasan.
terus melangkah jauh!!

gaya dan rasa


::salam::
::bismillah::

gaya dan rasa adalah sebuah refleksi yang dapat diberikan oleh anggota badan dan minda serta hati..

maka terhasil lah ini..

andai aku menerima lagi
suatu hari nanti
aku akan biar ia pergi
kerana aku tahu
itu yang terbaik buat diriku
bukan sengaja
untuk ku biarkan ia pergi
tetapi memang
sengaja yang dirancang pergi
aku sedar
setiap kali ia datang
ia hanya sementara
lebih indah jika aku
tidak bersua
hanya sekadar mendapat
khabar ia telah pergi
sengaja
biar aku rasa tenang
tenaga fikiran
peluang untuk ku berbaik semula
sudah 7 kali aku cuba
berjayakah?
gagal?
atau mungkin peluang ke 10 barulah
aku akan berjaya
aku sering diberi keyakinan
tetapi
aku sendiri yang mematikannya
memahami fenomena kemelut ini
bermakna memahami
kondisi itu
biarkan ia pergi
aku tetap setiasa menanti yang baru
fenomena alam 2008 2012
:)

andai begitu dan andai begini


::bismillah::
::salam::
andai begitu dan andai begini
aku tetap terima
jika itu yang terbaik buat diriku
hakikatnya
tak terungkap kata-kata
dek dilanda kesedihan dan kepiluan
yang nyata
kepiluan dalam hati dan jiwa
diri ini
sedia menanti disana
pabila pasrah menerima takdir
dari yang Maha Esa
aku
apa yang dapat dibuat?
hanya menurut permintaan
hanya menurut kata hati
mereka inginkan aku berjaya
aku harus berkorban
mereka mahu aku belajar
menguasai dunia
walau dengan apa jua cara
pergilah kemana jua
yang dimahukan
hanyalah redha
ayahbonda
walau dengan apa jua cara
mengejar bayangan syurga disana
akan ku nantikan
kehadiranmu disana
walau dengan apa jua cara
kita bisa bersua kembali
sekalipun di alam maya yang fana
deklamasi luahan dari
perosok diri
yang bernama hati
diambang fenomena
kesepian dan kesunyian yang nyata
hanya berkata-kata sendirian
mengharap perkara yang
tak pasti
menanti jawapan yang
tak pasti
mendendang lagu yang
tak pasti
segalanya bermula dari satu
mimpi ngeri
sudahlah cukuplah pasrah
jika itu yang terbaik
memang itu diriku
jika itu yang terbaik
tapi...
segalanya...
akan bermula...
sekalipun ianya belum pasti
::karya spontan seni diri dalam hati sendiri::
~senyum gaya yakin~

Sentosa


::salam::
::bismillah::

masa depan menanti
masa lampau meratapi
masa yang kini terus berlari

mencari sebuah identiti
mencari sebuah destinasi
mencari sebuah syurgawi

setiap yang dinanti
tidak semestinya itu pasti

biarkan aku mengorak langkah ini
mencari sebuah kehidupan yang pasti
dengan gaya yang berani

~~

::jangan jadi seperti perigi..dia hanya menunggu timba datang padanya kerana rasa diri hebat::

-tugasan yang hampir siap-

Jalan Hidup


::salam::
::bismillah::

Jalan Hidup

kenapa ada satu jiwa
kenapa ada satu hati
kenapa ada satu rasa
kenapa ada satu warna

kenapa perlu dianggap satu?

ianya banyak
barangkali kita tidak menyedarinya
barangkali kita yang sengaja

melepaskan jiwa itu
melukakan hati itu
mempahitkan rasa itu
mengkelabukan warna itu

untuk apakah lagikah
kita
menanti sebuah harapan
mengharap sebuah impian
menunggu sebuah jawapan

adakah kita pasti
ada sinar mentari di balik hujan ribut
ada purnama bulan di balik gelita malam
ada buahan ranum di balik rimbunan pepohon

menarilah
menantilah
memohonlah

barulah kita tahu kehidupan ini
penuh dengan corak dan warna

yang kadang kala menggembirakan
yang kadang kala menyakitkan
yang kadang kala memeritkan

itulah warna kita
hargai dan indahkan warna hidup

::nukilan tenang::
~hidup dengan gembira disamping keluarga terchinta~