Berani


Salam . Bismillah .

Berani? Cubalah.

Sikit lagi masuk pintu gerbang 2011.

Dulu rasa muda. Sekarang rasa muda tua.

- - -

Teruslah pada jalan yang kita mahu.

Jika suka.

Jika tidak.

Tukar jalan.

Ambil jalan lain.

Kalau tidak selesa pun, asal puas.

- - -

Belajar itu wajib!

Kalau kau mahu tinggal.

Ikutlah.

Tapi, ini kan untuk masa depan kita juga kan.

- - -

Hari - hari ada kasih sayang.

Tiada hari untuk membenci.

Kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi.

Jadinya, terap dan serapkan sayang itu.

Sebelum pergi selamanya.

- - -

Bila dah berada di atas sangat.

Zon selesa.

Jangan abaikan yang bawah.

Bukan bermakna berundur.

Tapi toleh dan beri atur.

Supaya sama-sama selesa.

- - -

Hidup tidak lama.

Mungkin nanti nanti nanti.

Mungkin nanti.

Mungkin nan.

Mungkin juga sekarang.

Belum pasti umur 23 aku bakal rasai.

Doakan aku. Maafkan aku juga.

- - -

Ketawa dan merumitkan kepala.

Sakit dan gembirakan hati.

Tak perlu faham kenapa.

- - -

Sumber sikit2 :

Prof. Dato' Dr. Sidek Baba (Kasih sayang dan benci)

Pakcik Roslan Mohammed (Belajar itu wajib)

Selebihnya pemerhatian dan pengalaman sendiri.

Nenda


::Salam::
::Bismillah::

Allah atur cantik kan. Dia tak bagi sekarang. Dia minta kita sabar dan tunggu. Sebab Dia nak beri nanti.

--

Ini post tentang saya dan nenek saya. Agak lama dan susah sangat untuk duduk bersama lama-lama.

Normalnya. Pulang ke kampung2 akan bergerak sekeluarga. Jika saya :

KL - JB - PAHANG - KL atau KL - PAHANG - KL

Maka, sukar sedikit untuk saya lepak lama bersama Nenda Jamilah (Atok Milah) di Johor. Selalu lepak lama bersama Nenda Tengku Azizah (Tokku Perempuan) dan Nenda Nik Wajis (Tokku Lelaki).

Sebab nya :

1. Cuti yang sekejap.
2. Kos perjalanan PAHANG - JB - KL agak mahal. Jadi, mahu dimurahkan PAHANG - KL.

--

Tapi, kali ini, Allah beri peluang. Fuh! Syukur.

Nenda Jamilah Ahmad


1. Menurut Ayahanda nya -- Beliau lahir pada bulan Disember, 1930. Tapi, jika menurut IC, bulan Jun. Saya lebih percaya apa yang dikatakan. :)

2. Balu kepada Nenda Abdul Rahman @ Aman bin Paron. (Tok Bon -- Sbb sll pegi kebun -- Sepupu saya beri idea ini dulu2)

3. Nenda Jamilah duduk di rumah saya. Dah seminggu lebih.

4. Suka cerita zaman Jepun dulu. (Lari2 masuk rumah, tengok org penggal kepala, makan ubi, etc)

5. Sangat kuat semangat solat, bangun malam, ngaji semua2.

6. Kuat Ingatan. Habis semua nama anak cucu beliau ingat. Termasuk lah adik beradik ayah saya. (Saya pun x ingat2) . Kalau kita dah cakap sesuatu hal itu. Belaiu akan sentiasa ingat. :) :)

7. Komen tentang sistem pendidikan sekarang yang sudah melupuskan JAWI. Bila minta budak2 sekolah menengah baca JAWI mesti ada yang tak reti.

8. Sangat suka belajar. Dulu2, sebelum perang, selalu cepat naik darjah. Sebab pas JAWI.

9. Muda2 dulu, kawen umur 16 tahun, pastu besarkan anak2, balik dari menoreh, cari kayu api, masak, ajar anak mengaji, basuh kain lampin.

10. Rasa tak sanggup untuk minta orang lain ajarkan anak mengaji. Nak ajar sendiri. Biarlah suara tu dengar sampai kebun getah. :)

11. Terer MATH. Nenda Aman Paron lagi terer. Dulu selalu kene soal. Dan lembab sgt saya jawab + salah2! :P

12. Waktu beliau masih laju gerak2 dirumah, pagi2, mesti kami (cucu) kene marah kalau tidur lepas subuh. Pastu lepak ramai2 tengok TV. Sebab, bila lepas subuh, kene kemas rumah, masak, dan lain2. Dah siap cantik wangi, barulah lepak. :) :) (Sekarang ini, sendiri mau ingat lahhh)

13. Atok saya selalu pesan, badan kena kurus. Baru mudah bergerak. Biarlah perlahan (tua) pun, tapi mampu bergerak.

14. Saya paling kagum, bila dalam keadaan solat, atok saya usaha untuk berdiri dari duduk itu. Fuh. Tiap kali saya tengah solat di sebelahnya, mesti terbayang, "mcm mana aku nanti..."

15. Pagi2 lepas dah mengaji semua, mesti atok saya tanya : "Tak pegi jogging?" "Jauh ke jogging arini" Hahah! (Sebab kaki macam ringan gerak ke tilam) :P

16. Yang saya kagum lagi, beliau sihat! Tiada darah tinggi, kencing manis etc2. Syukur. Jagalah Kesihatan! Jaga pemakanan! (Cuma dah tidak boleh makan manis, nanti sakit perut) :)

--

Ini sengaja letak. Sejarah lah saya kira. Boleh geledah2 lagi masa2 akan datang.
Ini juga yang saya ingat. Yang lain tak ingat lagi.

YES!


::Salam::
::Bismillah::

Kalau biasa tengok iklan TV3.
Ada iklan yang cakap tentang YES.
Lebih2 lagi yang budak pakai spek, giginya rongak! COMEL!
(Dah geledah kat u.tube, tak jumpa iklan ini)

YES.
Perkataan yang boleh disebut oleh semua orang.
Boleh membuatkan sesorang itu tersenyum.
Menjadikan hari yang dilalui itu nyaman dan indah.
Memberi keyakinan yang baru.

YES.
Katakan dari lubuk hati.
Supaya rasa lega.
Semakin cantik senyuman itu.
Bersinar harapan mentari.

YES.
Penuh jiwa.

Tarik dan Meletup


::Salam::
::Bismillah::


Fuh! Entah.

Kecelaruan. Lukisan ini jadi hiasan. Bagi lepas letupan. Walau tak lepas lagi.

Setelah aku gembira.
Dia bagi pula aku rasa gelisah.
Supaya aku beringat.

Setelah aku ketawa.
Dia beri aku rasa serabut.
Supaya aku berwaspada.

Aku berkata-kata.
Kasar.
Sopan.
Ikut situasi.

Bila dah berkecamuk.
Semua tugas dilihat sebelah hati.
Sakit!

Jemari pantas berlari.
Kaki gagah menapak.
Mata mula meliar panas.

Cuba.
Kembali pada roh asalnya.
Jangan sombong Afra'.
Cari tuhan!
Dia ada.

Fuh2. Lari secara realiti.
Lama sudah tinggal.

Bila Angkat Selimut


::Salam::
::Bismillah::

Dikala pagi hari. Memang sukar untuk melepaskan selimut itu. Berat?

Tapi akan bertambah berat urusan kehidupan apabila bangun sahaja dari tidur itu, kita terus berfikir hal dunia.

Hal dunia yang biasa kita fikirkan.
Macam2 : H/W, buka FB sebab nak reply komen, buka YM nak buat status baru, buka blog untuk letak post baru, nak pinjam kereta sebab nak jalan2, besday bos, dll.

Maka, akibat daripada sikap kita itu, Jadilah 4 perkara ini sepanjang hari tersebut :

1. Gelisah. kesedihan. tidak tentu arah. Hati yang parah.

2. Ada penyakit sibuk sentiasa. Hari2, setiap saat akan ckp (Sori! Saya x dpt tlg. Bz nihh!!)

3. Sentiasa memerlukan sesuatu sebagai pelengkap hidup. Yang kadang2 tidak perlu sangat pada waktu itu. Atau mungkin boleh didapati dengan cara tidak mewah mana. (Cth : nk beli rumah, kereta, PC dll)

4. Cita2 ada. Tapi tak pernah tercapai.

--

Seronok kan. Bila kita tukarkan sikit2 aksi seharian kita.

Laki2 pergi ke Masjid solat berjemaah setiap waktu.

Wanita2 solat berjemaah bersama anak2 dan adik kakak di rumah.

Bangun pagi awal, beserta doa dan tasbih memuji Allah kerana bagi peluang utk hidup lagi.

Tidur malam awal, agar bisa gagah bangun qiam.

Peruntukkan masa untuk belajar, baca buku, mengajar. Kene jugak!

Cuba letakkan target dan laksanakan, sekurang2 nya 1 hari kita dapat baca 5 helai al-Quran.

Masa2 lapang boleh gunakan FB, YM, Twitter, Blog, etc2.

Aktifkan pergerakan otot dengan bersiar2, berjogging, kemas2 rumah, basuh kereta, etc2.

--

Kesan :

Kehidupan yang sibuk sangat, hutang yang keliling otak dan pinggang, masalah yang berlipat2 itu kita dapat sikit2 rungkaikan. Kita jadi tenang.

Ini subjektif. Bukan Objektif.

Kita Optimis! Nokotta. :) :)

--

Sumber : Segmen pagi di TV9.

Ini memang untuk aku juga. TQ.

Berangan Malam


::Salam::
::Bismillah::

Ketika ini - fasa lepak dan rehat di rumah.

Malam itu. Ketika tidur. Macam mana entah boleh termimpi MZ. Atau nama panjangnya sikit Maher Zain.


Okeh. Ini hanya mimpi.

Lokasi : Kem Rebutia DPerkasa
Program : Temu ramah bersama MZ
Jawatan : Wakil dari UIA & JK Pub n Pro

Pagi itu. Semua wakil dari setiap universiti berkumpul di Rebutia. Sangat ramai. Dari UIA ada 2 org. Saya dan sapa tah sorang lagi.

Dalam masa itu, semua berkumpul di kawasan luar pagar Rebutia. Maksudnya, kawasan yang dekat2 dengan sungai. Sangat gamat. Bising. Semua sibuk. Kamera lah, make-up muka sume ada. Sambil2 itu juga, setiap JK perlu berbincang tentang soalan2 yang akan di kemukakan kepada MZ. Almaklumlah, MZ org VIP. Jadinya, kami perlu berbincang serius. (Tapi takde lah serius sgt. Biasa2 aja. Jakunisma)

Dan, yang peliknya, soalan2 yang ditanya perlulah kait dengan jawatan yang kami pegang! Dush. Manalah logik sepatutnya. (Mimpi kann)


(Kawasan berkumpul kat tepi jambatan tu. Uhu.. Nampak ke?)

Okeh. Masa ditunggu2. Kereta hitam yang besar2 pun datang. Yang takda no plat kereta tu lah kereta yang MZ naik. Pengawal penuh!

(Dalam hati cakap, 'aik, bukan ke MZ dpt tajaan Proton. Ni bukan Proton!')

Lepas MZ dah sedia untuk di temu bual. Satu persatu JK pergi ke dewan makan untuk berbual soal2 dengannya. Naik bosan juga tunggu.

Tibalah giliran kami untuk soal. Semua senyap! Saya lagi blur tatau nak tanya apa. Sebab, macam mana nak kaitkan jawatan pub n pro dengan MZ?!

Soalan saya :
"Macam mana nak jadikan pub n pro ini dapat mengekalkan kemashuran MZ?"
"Adakah lagu Salamun Alaik itu ambil idea dari Raihan, dan di inggeriskan?"
(Saya gunalah english belasah2)

Semasa proses soal jawab ini ada lah TV3, TV1 semua rakam soalan2 yang di tanya. Lagi lah saya naik jakun. Tanya semangat2. Haha!

Masalahnya, jawapan MZ saya tak ingat!! Dan, masalah kedua, hanya saya seorang yang tanya soalan dari 10 orang wakil Pub n Pro itu.
(Hajar Ghazali adalah salah seorang wakil dari Pub n Pro yang saya ingat).

Dengan rasa biasa2nya lah. Saya cakap.
"MZ kenal tak kawan2 saya ini? ..." Saya senaraikan lah.
"Kenal! Kenal sangat." Sambil tersenyum.
"Haa. Krm slm mereka heh."

Pastu saya pun bergambarlah dengannya. Berdua dan beramai2. Pastu dia beri hadiah kepada saya! Huah3! Sangat merepek deh.


.Subuh.
-----------------------

Mimpi

Nota:
1. Saya bukan peminat fanatik MZ. Biasa2 aja.
2. Best juga kalau betul2 dapat jumpa MZ.
3. Maaf. Kerana cerita hal mimpi ini. Tapi mcm teringin. Ada masa, saya buang. :)
4. Tahniah kerana bersungguh kepada Datuk Lee Chong Wei. Walaupun kalah teruk. 10-21. Kepada Lin Dan.

(Update blog sambil tonton TV.)

Kholas


::Salam::
::Bismillah::

Yeah. Telah selesai peperiksaan untuk 8 subjek bagi sem satu ini. Yang lepas biar lepas. Kita plan perkara baru sambil terus doa dan berharap yang terbaik untuk kita.

--

Situasi selepas peperiksaan. Kalau pelajar perempuan. Mesti bising.

'Eh, Awak jawab apa hah tadi?'
'Weh, soalan 2 ko jawab apa?'
'Huh! Susah lah. Aku baca sikit je. Bab 5 aku x sempat baca'
'Alah. Biarlah. Sebuk je!' (Merujuk pada pelajar lelaki yg x puas hati sbb bising)

Kalau pelajar lelaki. Bising juga. Tapi isi lain.

'Adui. Bising tol lah derang nih (perempuan).'
'Asal abes xm je macam org nk jual ikan! (perempuan).'
'Eh, semalam Chelsea kalah an'
'Aku nk kuar makan mlm nih! Ko nk ikut x?'

Ini antara dialog kat dewan peperiksaan. Saya ikut keadaan. Kadang bising jugak. Lebih kepada senyap juga. Huu. Sebab tempat duduk biasa sebelah lelaki. Nanti mesti derang cakap.

'Afra'! Asal kawan2 ko ni bising hah? Cuba suruh derang senyap sikit. Adui.'

Saya senyum jelah. Tatau nak reply apa. Haha. Sebab derang pun bising jugak. Hahah!

--

Bila subjek terakhir ini tadi. Masing2 lebih mengeluh. Sebab susah!

Pastu saya pun ajaklah sorang kawan makan kat Babush.

Sambil makan donut. Kami bual2 mesra.

'Afra'. Susah lah soalan tadi. Kte x yakin'
'Hahah! Kte pun sama.'

'Kte ada tinggal soalan.Ada dalam 4 soalan.'
'Oh. Kte hentam je. Asal jawab.'

'Alaa.. Kte risau lah.'
'Ades. Dahlah. X yah pk.'

'Adui. xleh. Sebab kte rasa susah sgt. Awak tak pernah ke rasa cam nih?'
'Hehe. Mestilah penah kak oi. Tapi kte redha je lah. Skrg, plan benda yg awak nk buat time cuti nih. Panjat gunung ke, mandi sungai ke, apa2 lah. Sambil2 tu terus lah doa yg terbaik utk exam ni.'

'Tapi...'
'Dah2. Ungkit2 pun bukan boleh buat apa. Dah lepas.'

... Tapi, yang hakikatnya, saya memang gelisah jugak. Yelah. Usaha sederhana. Tapi itu yang termampu buat masa ini. DOA lah kan. Bagi semangat pada kawan mcm best. Cuma tak tunjuk takut. Padahal takut jugak!...

--

Terlintas pelajaran mantiq semasa saya jawab periksa tadi. Formula mcm2 keluar. Patu sambung fikir semasa perjalanan balik ke mahallah.

All As are Bs
Cs is a As
Therefore, Cs is a Bs.

If P, then Q
Q
Therefore P.

Pastu ttb keluar teori ini:

Balik rumah dapat jumpa dengan adik2.
Balik kem dapat mandi sungai.
Maka, bawa adik2 datang kem, mandi sungai!!!

Tatau masuk formula mana satu. Haha. Sebab banyak sgt.


Best an bila belajar dapat di praktiskan. :) :)

Wassalam.