Kholas


::Salam::
::Bismillah::

Yeah. Telah selesai peperiksaan untuk 8 subjek bagi sem satu ini. Yang lepas biar lepas. Kita plan perkara baru sambil terus doa dan berharap yang terbaik untuk kita.

--

Situasi selepas peperiksaan. Kalau pelajar perempuan. Mesti bising.

'Eh, Awak jawab apa hah tadi?'
'Weh, soalan 2 ko jawab apa?'
'Huh! Susah lah. Aku baca sikit je. Bab 5 aku x sempat baca'
'Alah. Biarlah. Sebuk je!' (Merujuk pada pelajar lelaki yg x puas hati sbb bising)

Kalau pelajar lelaki. Bising juga. Tapi isi lain.

'Adui. Bising tol lah derang nih (perempuan).'
'Asal abes xm je macam org nk jual ikan! (perempuan).'
'Eh, semalam Chelsea kalah an'
'Aku nk kuar makan mlm nih! Ko nk ikut x?'

Ini antara dialog kat dewan peperiksaan. Saya ikut keadaan. Kadang bising jugak. Lebih kepada senyap juga. Huu. Sebab tempat duduk biasa sebelah lelaki. Nanti mesti derang cakap.

'Afra'! Asal kawan2 ko ni bising hah? Cuba suruh derang senyap sikit. Adui.'

Saya senyum jelah. Tatau nak reply apa. Haha. Sebab derang pun bising jugak. Hahah!

--

Bila subjek terakhir ini tadi. Masing2 lebih mengeluh. Sebab susah!

Pastu saya pun ajaklah sorang kawan makan kat Babush.

Sambil makan donut. Kami bual2 mesra.

'Afra'. Susah lah soalan tadi. Kte x yakin'
'Hahah! Kte pun sama.'

'Kte ada tinggal soalan.Ada dalam 4 soalan.'
'Oh. Kte hentam je. Asal jawab.'

'Alaa.. Kte risau lah.'
'Ades. Dahlah. X yah pk.'

'Adui. xleh. Sebab kte rasa susah sgt. Awak tak pernah ke rasa cam nih?'
'Hehe. Mestilah penah kak oi. Tapi kte redha je lah. Skrg, plan benda yg awak nk buat time cuti nih. Panjat gunung ke, mandi sungai ke, apa2 lah. Sambil2 tu terus lah doa yg terbaik utk exam ni.'

'Tapi...'
'Dah2. Ungkit2 pun bukan boleh buat apa. Dah lepas.'

... Tapi, yang hakikatnya, saya memang gelisah jugak. Yelah. Usaha sederhana. Tapi itu yang termampu buat masa ini. DOA lah kan. Bagi semangat pada kawan mcm best. Cuma tak tunjuk takut. Padahal takut jugak!...

--

Terlintas pelajaran mantiq semasa saya jawab periksa tadi. Formula mcm2 keluar. Patu sambung fikir semasa perjalanan balik ke mahallah.

All As are Bs
Cs is a As
Therefore, Cs is a Bs.

If P, then Q
Q
Therefore P.

Pastu ttb keluar teori ini:

Balik rumah dapat jumpa dengan adik2.
Balik kem dapat mandi sungai.
Maka, bawa adik2 datang kem, mandi sungai!!!

Tatau masuk formula mana satu. Haha. Sebab banyak sgt.


Best an bila belajar dapat di praktiskan. :) :)

Wassalam.

4 Response to Kholas

  1. aqilah says:

    wah2 kaklong merdeka dululah... adoi, debaran kian terasa. doakn ku disini dpt jwb dgn baik..amin

  2. haha...
    along2.
    tahniah dh merdeka.
    tyra n qila x merdeka lagi.

    huhuhu

  3. aqilah says:

    ops..hihi qila dh merdeka. dh g jln2 dh

  4. Ouh. Selamat lah berjalan2 lagi. Kasi rantau satu dunia. Target itu ya. :)