Cereka Kamera


::Salam::
::Bismillah::

Bila saya tengok semula gambar yang lama2. Terutama waktu bayi2 tu. Terasa nak pergi sangat ke Mesir.

Tapi sebenarnya banyak gambar2 disana sudah kurang hampir tiada.
Sebab, semasa masih disana, menurut Mak saya, bila ada kawan2 kata : "nak lah gambar ni" - lebih kurang gitu ayat dia. Mak saya akan terus ja bagi. Mereka mahu buat kenangan. :)

-- Okeh. Itu cerita dulu. Dulu sangat. --

Kisah kami adik beradik tentang kamera ini biasa2 aja. Tapi saya suka teringat. Tak boleh hilang. Dalam bentuk urutan nombor ya.

1. Dulu, dirumah. Banyak sangat stok filem2. Filem semasa di Mesir dan juga di Malaysia. Mungkin ada sikit semasa Ayah saya di UK.


2. Filem2 yang ada itu, kami, terutama saya, suka main penutup mata utk main Power Rangers. Dulu kan citer tuh fames. Dan semua watak situ bertopeng. Mata mereka tutup jadi gelap. Jadinya, bila kami mahu main. Kenelah ada ciri2 yang sama juga. Tutup mata dengan FILEM. Bile da habis main. Mak akan suruh kemas. Maka, kami kemas dan buang lah filem2 yg dah kelepek2 terlipat tuh. Tangan pula mesti kene sarung dengan sarung jaring2 buah. Kalau beli buah lai kan ada sarung poliestrin / sarung limau yg merah. Mesti berebut benda tu. Abes terabur buah2 tuh.

3. Selalu je jugak ngadap kat lampu. Patu tgok gmbr tu ramai2. Ala2 tgok x-ray gituh. Pastu, bila rasa nak main lagi, kami akan amek stok filem yg baru. sampailah dah berkurang. Nanti mak kata. "Eh, tak yah lah main. Nanti nak suruh Abah cuci filem ni." "OK". Patu main balik! . Haha. Adui.


4. Kami tak terfikir lansung pun untuk cuci filem tuh. (Alasan sebab masih kanak2). yg pasti setiap kali ayah saya beli kamera,(bukan lah sesalu), tak kesah lah dari kamera yang ada filem dan saiz kecil sampailah ke DCLR zaman dulu kami geledah. Siap amek gambar dalam almari. Adui. Pastu buat lah gaya apa2 pun. zaman ni saya, uqbah n aqilah yg da besaq sikit. atirah x sgt lagi. abir x lahir lagi. beah n aqih lagi xd lagi. Yang pasti, bila tau ayah kami dah nak balik, cepat2 simpan semula dalam bekas dia. :)

5. Bila ada filem dlm kamera tuh, pasti gambar2 tu direkod dlm filem. dan bile filem da abes, kami gulung sendiri. bajet2 nak surh ayah kami cuci. tapi last2. kami buat main Power Rangers balik. pastu asal ada flash je mesti jakun. Maksdnya ada bateri lagi. Bukak2 camera tu biasa. Semua nak tunjuk terer. Tapi masih boleh guna.

6. Time belajar STAM dulu, ada dapat duit sendiri. pegang dan dapat rasa sebab keje. Cube kalau tak keje, mesti x dpt rasa lumayannya duit tuh. Walaupun sikit. Maka, saya dan kawan2 pegilah shopping. Kat perak lah nih. Jumpa kamera filem. Kaler coklat. Bajet punya jakun. Sebab rm50 je! Yelah. Zaman tu org dah pakai digital. Mahal. Aku beli yang murah aja. Bunyi x agak. KUAT! Flash gamat. TERANG! Bila balik rumah. Adik saya kata. "lahh. buat apa beli kamera nih.. beli lah yg digital. tambah lagi 50 jr da dpt." Haha. Well. Saya tak laju IT n Gadget sangat zaman tuh. Sekarang ni pun biasa2 je. :P skrg tak pasti apa kabar kamera uh. Kejap jumpa kejap ilang. huu.

7. Dan bila ikut logik lah pulak, adik2 saya yang bawah2 ni sume suka amek gambar. Tidak kesah. Samada mengambil atau diambil gambarnya. Asal bawa laptop balik rumah, mesti derang duduk depan tuh. Sebab nk rakam nyanyi ke baca berita ke apa2 lah. Patu amek gambar2. cme alat je berbeza, yelah ikut zaman. Kiranya dalam laptop kami, ada stok gambar mereka. Terutama Rabiah & Faqihah. Jadinya, bila boring2. Tengok muka derang berlakon2. Patu gelak2.

Nota:

1. Stok Filems dah habis dah!!

2. Kamera kodak pun tatau hilang kemana.
--

Cerita dulu.
Hal dulu.
Kegiatan dulu.
Berulang sekarang.

:) :)

5 Response to Cereka Kamera

  1. aqilah says:

    hai.. lawaklah bile mengimbsu kembsli
    sapelah yg ajar kan?? hihi
    rindu arr zaman 'kematangan' tu

  2. Awat awk punya "A" jadi "S"?

    Huu. Memang best zaman2 dulu.

    Tetiba teringat Abir tergolek masuk longkang. Patu dahi terbelah. Haha!

  3. aqilah says:

    haha.. ntah pehal ntah. hihi tp bley bc lg kan?? kihkih tu teruja sgt tue

  4. Anonymous says:

    comel!^^

  5. hehe. tq!

    --

    tadi makan dgn romte time matric jap.
    ttb teringt yang kamera kodak saya tu kami gunakan utk amek gmbr sms di matric.

    time tu ktorg 1 bilik xd kamera. jadi gunelah kamera bunyi kuat tu.

    cume, stok2 gambar je saya xd. kene minta derang.. huu..