أشكو الى الله


::bismillah::
::salam::
Aku Mengadu Pada-Mu
أشكو الى الله الكروب ... وأدمعي حرى سكوب
Pada Allah ku mengadukan musibah …. Sedang lelehan air mataku pecah tercurah
و ألوذ بالصبر الجميل ... وحكمة الدهر الدئوب
lalu aku lazat merasa indah dengan kesabaran .. dan nilainya saat ketuhanan
وأسلم الصعب الجموح ... الى معالجة الغيوب
Lalu aku tenang merungkai payah dengan pelarian … menuju pemulihan kebatinan
ثقة وايمانًا بمن ... رحماته تحيي القلوب
akan Percayanya dan Imannya pada Tuan .. Yang kasihNya menghidupkan laman
واذا تجلى سره.. في عبده ملك الدروب
Lalu pabila tersingkap nyata rahsiaNya .. di jiwa hamba yang tetap jalannya
سد الطريق على الزمان... وقام في وجه الخطوب
Jadilah ia hulubalang jalan sepanjang zaman .. tegap mendepani hujah pendakwaan
::lagu ini sgt best..lembut..tapi mantap..menyentuh::
~terima kasih pada kawan saya yg bg..pd kawan saya yg tlg trnslte~
~dan kepada kite yang mendengar~
..optimis..
jgn lari dari masalah ;)

Marah+Geram=Sedih~SABAR


Salam..
::bismillah::

~senyum semua~

Apabila kemarahan melanda..kite rasa..huh! x tahan..geram sangat..nak nangis pun ada..time tuh syaitan berbondong2 bersorak menyokong untuk kite menyemarakkan lagi rasa marah itu..

Ada mcm2 sbb kenapa org akan marah..antaranya:

-kene marah tetibe sbb dia tgok kite hepi jer (kire x puas hati ar)..
-kene marah dengan org len dek kerana kerja dia tuh yg berlambak x siap2 (kite jadi alat lepas kan marah)..
-kene marah sbb sll dok ingt kan / soh buat benda yang sama jer..
-kene marah sbb lupe date line submit keje yang disuruh (haa..tengok balik planner)..
-kene marah sbb kite dah bongkar+selidik+bocorkan rahsia dia (hahaha)..
-org tuh dah wink wink kot..

tapi apa yg penting..jangan buat org lain marah+geram kat kite x tentu pasal yer..kesian lah kat org tuh..dia x besalah pun..dia cume seorang insan yang perlukan bimbingan, petunjuk, ketenangan dan keseronokan dalam hidup..

SABAR yer..hidup mmg cmtu..memarahi..dimarahi..buat2 marah..

S.A.B.A.R.::s.a.b.a.r.::S.A.B.A.R.::s.a.b.a.r.::S.A.B.A.R.::s.a.b.a.r.::S.A.B.A.R.::s.a.b.a.r.::S.A.B.A.R



~doa n solat n terus tabah!~
**terus mengorak langkah dan terbang lebih tinggi hingga ke angkasa membawa cita-cita yang baru dan murni itu**

terus optimis..huh!! ~sabar jer lah~

Cara nak dapatkan EGO (dikalangan guru dan pelajar)


salam.
::bismillah::

ego?? ya ego..bukan motor..tapi ego..kite fokuskan pada ego seorang guru..

Ego disini bukan bermakna berlagak yer..tapi egocentrism..maruah..harga diri sebagai seorang guru..okeh..kite tgok bagaimana..


Semasa mengajar/memberi tugasan kepada pelajar anda tidak boleh membuat multitasking. Contohnya kira duit, telefon rakan, make-up dan ape2 yg x patut as a teacher. Tengok setiap pelajar sambil menulis/menanda kertas. Pandang / toleh kejap2 jer. Pastikan pandangan anda tepat dan tajam.

Pada waktu ini anda akan dapat mengesan mana pelajar yang main2 dan x focus/ yang tidak membuat tugasan yg diberi.Anda kembali menulis/menanda kertas sambil berkata. Contonhya: “usop…buat ape tuh??cikgu Nampak ketawa2 lagi..”.. Nah..pada waktu ini..pelajar2 itu terutama usop akan kata (dalam hati): “fuh..cikgu aku nih..ada mata ker kat kepala dia??? Takut aku..fokus2..”

Pastu..masuk kelas kali seterusnya (jika anda ada kelas lagi lah)..buat perkara yang sama pada studnt yg sama atau studnt yang lain..
Contohnya anda buat pada usop tu lagi..usop akan kata: “fuh..betol cikgu aku nih mmg ada mata kat kepala dia..tanak aku main2 lagi..”.. Haa..dari sini..anda dapat menunjukkan ego anda..pelajar akan respect, sanjung, hormat anda.

ingat..kita buat bukan sbb marah yer..tapi sbb sayang pada student itu...

Okeh..kemudian cara anda utk daptkan perhatian dari murid itu tadi..kite amek contoh usop tadi jugak..tadi kan usop dah focus dan tak main2 dalam kelas an..so..Anda (if u’r teacher ar) akan mengajar2 dan mengajar dan buat buat soklan sikit atau bg latihan sikit atau bg note soh salin..okeh..time ni biasanya sume stndt akan buat ar ape anda suruh..

haa..anda pegi kat meja usop (usop kan dah respect tht cikgu tuh)..Ckp kat tmpt meja dia tuh: “ha..mcm nilah anak murid cikgu..tulisan kemas..cantik..” Ahha..usop akan ckp (dalam hati lagi)..: “wah..cikgu ni puji aku..wowwi!!yeay..cikgu sayang aku lar..ehehe..best3..kene belajr tol2 nih”

Hmm..kite tgok style lain pulak..



Erm..anda mengajar menggunakan white bord (sekarang ini ada pelbagai tech..so bygkan whte bord)..anda menulis dan menulis dan menulis..jadikan white bord itu sebagai cermin anda yang palingggg canggih dan efektif..

Kaedah yang hamper sama..iaitu sesekali toleh kearah student dan detect cepat2 whch student are not focus..ckp sikit..contoh: “leman..main kapal terbang plak yer..ini bukan angkasa yer..”..
Hah..dah dapat dah..

okeh..bsclly itulah rahsia nyer..itulah caranya..ehehe..

Tapi ingat yer..mendapatkan ego ini bukan boleh buat sekali dua..tapi BANYAKKKK kali..tapi kalo dah 10 tahun hang buat x bejaya jugaks..err..DOA pada ALLAH..tak pun kata lecturr saya: “benti keje je lah”..ehehe..tapi jgn yer..sape lagi nak jadi pendidik kalau bukan ANDA sendiri..

**ni bukan lah cara utk menakut2 kan pelajar anda..tapi ini adalah cara untuk mendapatkan respect dari student itu..pelajar akan hormat sbb dia tahu..~ego seorang guru~..dan anda akan lebih yakin utk suruh mereka buat apa sahaja selagi iya tidak melanggar syara’..

**Kaedah ini juga biasanya efektif dikalangan mereka yang belajr di pringkt primary..kalo dah sekolah mngh..erm..mungkin dapat fikir cara lain kot..

**Dengan Ego..Anda berani berterus terang dengan kanak2/pelajar2 itu walaupun perkara itu agak pahit. contohnya nak tegur s.thg..this is good..this is bad..gitu2 lah..erm, dan disinilah letaknya ego (maruah/harga diri) seorang guru. Ia akan membuatkan student hormat, sanjung, sehingga tidak berani nak berkata bohong. (kerana ego guru itu tadi)..
Okey..sekian saja..terima kasih..akhirnya nota saya siap jugak..alhamdulillah..syukran YA ALLAH...

Selamat hari IBU BAPA..


..bismillah..

pada hari itu terjadilah hari untuk ibunda-ibunda saya yang tersayang..10 may 2009..

tapi sebernarnya hari-hari adalah hari ibunda saya..:)




memang banyak pengorbanan ibu ayah kita..sayangi..hargai..hormati..msg..call mereka sll..doakan mereka..sedekahkan AL-FATIHAH sentiasa kepada ibu bapa kita yer..
semoga diberkati ALLAH selalu..
Jika kita imbau kembali..ajaran Islam telah pun menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Maksudnya: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.(Hadis Riwayat at-Tirmizi)..

TERIMA KASIH duhai BONDA..

"Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yang ta'at kepada ibu bapa kami, anak-anak yang soleh, juga anak-anak yang tidak akan menyusahkan kedua ibu bapa kami pada hari ini dan di hari pembalasan..jadikanlah kami anak-anak yang akan terus menyumbangkan doa dan kebajikan bagi ibu bapa kami semasa mereka masih hidup atau setelah mereka kembali kepadaMu"~ameen..:)


Hikayat Adam dan Hawa


::Bismillah::



Ape kabar semua? Apa kabar iman kita semua? Ape kabar rohani kita? erm,diharapkan sihat sejahtera..Okeh, disini ana ingin menceritakan serba sikit tapi agak banyak mengenai hikayat Adam dan Hawa.Peh rasa cam seorang cikgu tengah ajar anak muridnya. :P

"Dari segumpal tanah menjadi segumpal daging

Dari sebatang rusuk menjadi sesusuk tubuh

Adam dan Hawa bersatu di syurga

Terpisah di dunia

Walau berabad di jarak waktu

Dengan izin ALLAH mereka kembali bertemu"




Sepertimana yang kita ketahui, Allah Taala adalah pencipta sekalian makhluk. Setelah Allah menciptakan bumi, langit, dan para malaikat, Allah berkehendak untuk menciptakan makhluk untuk dijadikan khalifah di muka bumi. Pabila para mendengarnya, mereka bimbang kerana makhluk ini akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah. ~Al-Baqarah: 30.


Adam telah diciptakan dari tanah dan lumpur. Setelah bentuk tubuhnya sempurna, ditiupkan roh, maka terciptalah Adam~manusia pertama bergelar khalifah. Para malaikat diperintahkan untuk tunduk hormat kepada beliau. Tetapi hanya iblis yang ingkar. Dia merasakan dia yang terhormat dan terhebat kerana diciptakan daripada api.


Oleh kerana itu, dia telah dilaknat oleh Allah, para malaikat, dan seluruh isi alam sehingga hari akhirat. dia juga telah ditempatkan ke dalam neraka. Tetapi iblis memang angkuh. Dengan tanpa terima kasihnya, dia telah meminta diberikan kesempatan untuk terus hidup sehingga hari kiamat dan turut mengecam untuk menyesatkan seluruh keturunan Adam. Dasyat sungguh perangai iblis ini.


Allah telah memberikan bukti kepada para malaikat bahawa Adam adalah khalifah di bumi dengan mengajarkannya nama-nama benda yang berada di alam semesta. Sedang para malaikat sendiri tidak mengetahui terlebih dahulu nama-nama itu, lalu Adam diperintahkan untuk mengajar mereka.


Seperti yang kita ketahui, Adam adalah makhluk pertama diciptakan. Tanpa sebarang peneman hidup. Lalu sedang beliau memikirkan tentang keadaan dirinya yang kesunyian itu, beliau tertidur dan Jibril telah telah diutuskan untuk mencabut salah satu tulang rusuk Adam dan dibaluti dengan daging bagi penciptaan Hawa. Adam seolah-olah derada dalam keadaan bius. Tanpa sebarang rasa sakit seperti pembedahan masa kini, menggunakan bius pelali.


Tatkala beliau tersedar dari lelapnya, dicelikkan mata dan terlihat dihadapnnya seorang wanita cantik jelita bernama Hawa. Teringin sekali Adam mendekatinya. Tiba-tiba terdengar satu suara besar menyatakan, " Wahai Adam, tidak halal bagimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal melainkan dengan mahar dan akad nikah".


Fahamlah Adam dan Hawa bahawa mereka harus bernikah terlebih dahulu. Bersiap-siaplah para bidadari syurga memperhias Hawa secantiknya. Segala barang hantaran juga diambil dari syurga. Kemudia, 'Syajarah Thuba' menjadi saksi pernikahan mereka sambil dihadiri para malaikat.Mahar bagi pernikahan mereka ini bukanlah emas, permata, berlian. Tetapi selawat 10 kali keatas Nabi Muhammad, Nabi yang akan dibangkitkan, dan menjadi permata para anbiya' dan penutup serta penghulu para rasul.


Kehidupan mereka bertambah ceria dan seronok apabila sudah hidup berteman. Tetapi alangkah durjananya Iblis, Allah Ta'ala telah pun berfirman mengenai larangan mereka berdua menghampiri sebuah pohon. Akan tetapi iblis telah pun membisik, menggoda, memujuk mereka agar mendekati pohon khuldi itu dengar pelbagai pemanis ayat dan gambaran. Akhirya Hawa bangun dan memetik buah tersebut terus makan bersama-sama Adam.


Dan alangkah terkejutya mereka, pakaian mereka tertanggal serta merta tanpa seurat benang. Mereka dengan segera mengambil daun tin untuk menutup aurat mereka dan bersembunyi dicelah-celah pohon di syurga tatkala mereka terdengar suara dari Tuhan mereka kerana mereka malu dan menzalimi diri sendiri.


Mereka telah dihukum untuk diturunkan ke bumi sampai waktu ditentukan. Adam dan Hawa menyesali perbuatan meraka dan Allah telahpun menerima taubat daripada mereka. Selama Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, mereka berpisah berabad lamanya. Hawa ke timur dan Adam kebarat. Namun akhirya mereka bertemu kembali. Banyak riwayat menyatakan mereka bertemu di Jabal Rahmah.


Setelah Adam dan Hawa telah bersatu, lahirlah keturunan mereka yang pertama iaitu kembar lelaki dan perempuan. Kemudian yang kedua kembar lelaki dan perempuan. Apabila mereka sudah dewasa, Adam berhasrat untuk menikahkan Habil dengan perempuan dari kembar kedua. Dan Qabil dengan perempuan dari kembar pertama. Qabil dan Habil tidak setuju dengan cadangan itu kerana salah seorang dari kembar perempuan itu lebih cantik dan menawan dari yang seorang lagi.


Oleh kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya, Adam telah meminta agar mereka menyembahkan kepadanya kepada satu korban. Siapa berjaya, akan dikahwinkan dengan kembar perempuan yang menawan itu.


Berusahalah mereka berdua membawa korban masing-masing kepada ayahnya. Apabila Habil mengetahui Qabil telah berjaya, maka Habil memberontak mahu membunuh Qabil. Maka berlakulah pembunuhan pertama di bumi ini.


Ternyata apa yang telah difirmankan Allah benar belaka. Adam dan Hawa adalah keluarga pertama di bumi ini dan keluarga ini jugalah yang melakukan sesama saudara sendiri. Hawa adalah wanita pertama hidup disyurga dan wanita pertama yang meratapi kematian manusia pertama di bumi ini..

bersamalah kita ingat kembali apakah tugas kita di bumi ini. Adakah untuk bersuka-suka sahaja atau??~Adam telah diutuskan ke bumi untuk menyampaikan risalah Allah~ :D

~doakan semuanya berjalan lancar.ameen.