Selamat hari IBU BAPA..


..bismillah..

pada hari itu terjadilah hari untuk ibunda-ibunda saya yang tersayang..10 may 2009..

tapi sebernarnya hari-hari adalah hari ibunda saya..:)




memang banyak pengorbanan ibu ayah kita..sayangi..hargai..hormati..msg..call mereka sll..doakan mereka..sedekahkan AL-FATIHAH sentiasa kepada ibu bapa kita yer..
semoga diberkati ALLAH selalu..
Jika kita imbau kembali..ajaran Islam telah pun menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Maksudnya: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.(Hadis Riwayat at-Tirmizi)..

TERIMA KASIH duhai BONDA..

"Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yang ta'at kepada ibu bapa kami, anak-anak yang soleh, juga anak-anak yang tidak akan menyusahkan kedua ibu bapa kami pada hari ini dan di hari pembalasan..jadikanlah kami anak-anak yang akan terus menyumbangkan doa dan kebajikan bagi ibu bapa kami semasa mereka masih hidup atau setelah mereka kembali kepadaMu"~ameen..:)


1 Response to Selamat hari IBU BAPA..

  1. jom jadi budak baik.ngee.