Terbang Tinggi


::Salam::
::Bismillah::

Telah 22 tahun aku diberi peluang untuk hidup di bumi ini. Alhamdulillah. Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah. Kalau terbang tinggi. Jangan lupa orang di bawah.

Tegur aku jika aku lupa daratan
Tegur aku bila aku buat salah
Tegur aku tatkala bertemu di jalanan

Bawa aku pergi ke tempat yang sepatutnya
Bawa hati dan jasad ku ke tempat sebaiknya

Jangan biar aku bebas sebebasnya
Jangan biar aku terus menerus merasa senang dengan pangkatku
Jangan biar aku terus lalai dengan dunia aku

Aku sedar aku punyai tanggungjawab
Aku juga sedar aku telah pun rela memikul tanggungan
Aku yang masih leka dan abai amanahku

Maafkan aku
Tegur aku
Sikap aku tidak menyenangkan
Tidak sesekali aku rela melihat diriku dan dirimu jadi begitu

Pelangi + Alam


::Salam::
::Bismillah::

Bila guna term pelangi mesti kwn menyampah dengar. Mesti dia kat: "Ades, Afra' xd perkataan lain ke?? Pelangi jer." Tapi nak buat macam mana. Saya suka pelangi yang ada macam2 warna itu. Kita kan pelangi. Sila baca konsep aura warna.

................................................................................

Sekarang dah tahun 2. Tak sangka dah 2 tahun bertapa di bumi UIA,Gombak. Capaian masih di tahap biasa lagi. Hanya beberapa target yang berjaya dicapai.

Mengejar timeline berpandukan terget2 sendiri memang seronok. Ada kala, rasa best sebab Allah tolong untuk dapatkan. Kadang2 rasa x best juga bila tak berjaya capai. Tak pa. Cuba lagi!

Malas?!! -- Akta Pelajar Cemerlang 909 tidak dibenarkan berkelakuan sedemikian rupa. Tapi saya?? ~ Huu.
Akan senyum melihat orang lain amat rajin murajaah. Akan senyum bila dengar Ustaz Mesir ajar Ma'ani, Phonology--baik+best gile!. Akan senyum bila dapat result terok ^__*--sapa suruh x belajar. Akan senyum bila Ustaz tanya--Aku jawab--Ustaz suruh ulang sbb tak dengar--Aku x ulang~takot salah. Huu. Akan senyum bila mak ayah adik2 soh belajaq betol2--tapi saya..
Akan cuba senyum jugak bila tahan ngantok dalam kelas. Cara lain--keluar pi Musolla--tidur. Selamba! :)

..............................................................................

Pelangi dan Alam. Memang indah dan best amat! Suka. Semasa di Pahang. Bersama kawan2 kami belajar fizik alam--bayu, vacum, excident~high+low presure. Belajar metafizik--tenaga dalaman,4 element dalam badan, pernafasan. (Semua benda asas jer sbnrya) :)
Berpeluang pula jumpa sang Pelangi beSARR!! Bentuknya yang sempurna--separuh sfera. Fuh, jerit kejap! rasa macam nak lari kuar kete--pegang--peluk. Tergamam sampai kelu lupa mengucap tanda Syukur pada Allah~Ades! Ambil gambar tapi 1.3megapixel sahaja. Jadi x clear sgt. Jadi wall paper phone pun jadi ar.
ini gambar sampingan semata-mata :)


Fatrah imtihan hampir tiba sikit masa lagi. Anda tahu apa yang anda mahu--lakukan!

.Tahun 3 menanti nampaknya.

Kepercayaan


::Salam::

::Bismillah::



Rasa mcm lama saja cuti. Padahal 2 hari je. Baru2 ni handle program --Mukhayyam Wanita ISMA , Pahang--. :) Balik dari Pahang, terus ke meeting. :)


Percaya, Kenapa kepercayaan itu wujud? kenapa kita akan letak kepercayaan pada seseorang? Kenapa orang meletakkan kepercayaan kepada kita?

Kepercayaan boleh diletakkan, tapi tidak sama sekali diletakkan 100% pada perkara atau orang itu. Kelak apabila kita tidak dapat apa yg kita inginkan, kita akan duh! ~ Sakit. Merana. Buntu.



Maka, kepercayaan boleh diletakkan, tetapi dalam kadar mungkin 30%-50%. Ikut selera kita.

Hati yang disakiti juga, melibatkan kita sendiri--

Kesan, kerja akan dibuat gaya marah, tertekan, salah2 kan org.

Yakin itu pasti.

p/s: Idea asal Al-Ameer. Kreadit utk beliau.

Seminar Mars & Venus


::Salam::
::Bismillah::
--Promosi bergerak--

Ingin tahu....
Perbezaan antara lelaki & wanita?
Cara-cara bekerja yang berkesan antara silang jantina;

Tanpa melanggar batasan syara'?



Jom, ikuti kami dalam program yang julung-julung kali diadakan:
Seminar Mars & Venus


.:.Jumaat, 25 Februari 2010.:.
.:.8.15 am - 5.45 pm.:.
.:.Mini Auditorium.:.
.:. bayaran rm 7 sahaja untuk makanan, bahan program & sijil .:.

Untuk pendaftaran & maklumat lanjut,
hubungi PIC kami,
Rabbani 017-9187809
Awatif 013-5016269

atau kunjungi booth Karisma yang akan dibuka di hadapan ITD,
dari Isnin-Khamis (22-25/2/2010) jam 8 pg - 5 ptg.

Ayuh, jangan lepaskan peluang! Tempat adalah terhad~


-Dibawakan khas kepada warga UIAM oleh Karisma UIA Gombak-

Bermula Semula


::Salam::
::Bismillah::

Kehidupan. Melibatkan pelbagai rasa dan warna. Kejujuran. Melibatkan hati dan duit.

Ingatlah kejujuran akan mengikat seseorang itu dengan hati dan duit. Sejauh mana kita berhati perut dalam kejujuran. Ia akan mencerminkan diri kita sama ada kita samada boleh dipercayai atau tidak. Jika kita tahu itu hak nya, kembalikan, berikan, lunaskan. Bersikaplah jujur. Tidak perlu menggelapkan segalanya. Tidak perlu sembunyikan semua. Lebarkan hati itu agar sedar bahawa dunia ini tidak lama. Hanya sementara.

orang melayu kalau berlapik sampai bila2 x maju..

take ur time--how can i try to explain..

Jatuh--Kisah Dulu


::Salam::
::Bismillah::

Sihat? Sajer nak update dalam masa rehat2 yang ada sementara menyelesaikan asaimen yang bertindan-tindan. Huhu. (Jangan suka bertangguh--akibatnya best!)

Kisah ini kisah lama. Tiba-tiba teringat. Berlaku sekitar tahun 1993. Saya 5 tahun. Kecil halus lagi.
Memori nya yang masih terpahat. Saya suka. Hehe.

Okeh, berbalik pada tajuk--jatuh--jatuh cinta? --tak? --jatuh longkang? -- ya??

Ahha. Kalau orang tanya, kenapa dengan kening awak? Jawapan pendek yang saya akan berikan biasanya. Oh, jatuh longkang dulu2. Waktu umur 5 tahun.

Haa. Sekarang saya bagi jawapan panjang sikit. Maaf. Memang panjang. Hmm. Dari kecil sampai besar memang aktif. Suka gerak-gerak sana sinih. Terlalu semangat gerak sampai tersembam kat longkang.

Kejadiaannya bermula apabila saya terlalu semangat nak salam dengan sorang kakak senior sekolah saya. Tak ingat nama dia. Tapi ingat muka dia. Time ni dia ni pengawas. Sangat baik. Waktu ini, umur dia 7 tahun.

Sedang elok mak saya berbual dengan dia, saya lari2 dari dalam. Dan terus keluar nak salam. Hanya sempat jerit nama dia dan hulur tangan. Lansung masuk longkang. Saiz longkang tak besar. Cuma lebar size 6' kasut orang dewasa. Panjang x terkira lah. Dalam size 8' kasut orang dewasa.

Apa yang penting, lepas dah jatuh. Saya bangun2 saja, muka da penuh darah. Maka. Dapat bayangkan postur badan saya ketika jatuh? Sudah pasti sujud ke longkang. Sakit woo. Tak pasti apa perasaan lain ketika itu.

Ummi cepat2 amek kain. Yang saya ingat Ummi ambil kain lampin yang bersih la kan. Tiup2 balut kepala anaknya. Huu. Time tuh rasa, wah damainya. Haha.

Tapi bila fikir semula kenapa Ummi guna kain lampin tu. Mungkin sbb bau minyak bayi yang harum dan sifatnya yang mudah meresap. Darah kan cecair. Saiz nya pula tak besar. Tak kecil. Sedang elok ja.

Siap2 uh, Ummi bawa gi klinik. Kalau saya x silap, ustaz Jelani (jiran sebelah rumah) yang hantarkan. Pastu dah tatau dah cemana keadaan di klinik. Tahu tahu jer da sampai rumah. Tidur dengan ubat bius kot.

Bila dah sihat. Tengok kening da terbelah sikit. Memang tak boleh cantum dah. Pastu selalu tanya kat Ummi. "Ummi, cemana doktor jahit kening Along? Dia guna mesin jahit ke? Hah mi, cane??"

Kadang-kadang dengan gaya bagus sikit. Cuba untuk letakkan kepala kat mesin jahit. Patu mula berimaginasi cara doktor nak jahit. Pastu tanya lagi. "Ummi, besar x mesin dia?" Memandangkan macam susah nak masukkan kepala dalam kawasan mesin uh. Patu imaginasi bersambung lagi. Kalau betul doktor guna mesin jahit. Mesti besar. Dan kalau guna mesin jahit, mesti proses jahitan dia mcm Ummi jahit baju. Belaku konsep letak--tolak--tarik kepala uh kat bawah jarum. Huh!

Mesin jahit tu mesin elektronik. Kaler putih. Ada penutup. Ummi beli kat Mesir samada setahun sebelum atau selepas saya lahir. Saya selalu conteng2 nama saya dan adik saya Uqbah join. Aqilah baby lagi time2 nih.

Saya tak berapa ingat respon Ummi apa dengan soalan2 saya uh. Yang saya ingat, Ummi ada tunjuk cara doktor jahit. Ummi kata. "Doktor jahit guna tangan. Mcm jelujur nih. Jarum dan benang dia besar". Ohh.. Baru lah tahu.

Ahha. Sekali lagi. Masuk bilik Ummi. Ambil jarum, benang--tengok cermin. Cucuk2 sikit jarum kat tangan. Tajam juga. Pastu bayangkan dan gayakan. Kening sedang dijahit oleh doktor pakar.

Dah lama2 tuh barulah dapat tahu cemana doktor jahit, bila adik saya samaada Uqbah atau Abir dulu yang kene jahit. Dapat gambaran jelas lah. Sebab da besar sikit. Tapi masih sekolah rendah juga lah.

Erm, begitulah kisah dulu. Kira blog ini, pengganti diary manual saya yang dulu2. Apa yang pasti, kehidupan itu seronok. Ada macam2 warna. Pilih dan nikmati.

Sekian. Terima Kasih. Maaf lah apa2. :)

-- mari sambung buat asaimen..:)

Kaji Orang


::Salam::
::Bismillah::


Hmm. Kalau rasa nak kaji orang. Sapa2 ja lah. Cari maklumat dari musuh dia. Patu cari maklumat dari sahabat baik dia. Dah kumpul2. Susun balik. Tapis. Analisis dan... -- SIAPP. :)Anda sendiri akan tahu sendiri keadaannya. Betol endak?

Kenapa kene kaji dari kedua2 pihak? Ahha. Sebab..

- Kalau kaji dari musuh sahaja, maklumat dari kajian kita semuanya negatif. Bila kita baca pun. Fuh2.. Dasyatnya. Teruknya. Ooo. Nakal rupenya.

- Kalau kaji dari sahabat baik dia, maklumat nya sopan, baik, positif dari semua sudut. Baca pun rasa cool ja. Tenang mungkin. Rasa best!

- Bukan kalau dan kalau lagi.Maka, buatlah kajian dari musuh dan sahabat baiknya. Anda akan dapat rasa kepuasan.


Hadaf kajian -- boleh fikir sendiri. Bebas. Selagi baik. Teruskan.


.....................................................................

.Tak semestinya nak kaji orang.
.Kaji benda pun boleh.
.Kaji ideologi boleh.
.Kaji pemikiran boleh.
.Kaji kumpulan boleh.
.Selagi nama dia kajian.
.Semua boleh.
:)
p/s: tak sangka dah 2nd year. Sem depan 3rd year. Tapiii.. Tak tahu lah nak masyi cemana..--alasan. :P

Asean Logic Conference 2010


::Salam::
::Bismillah::

Alhamdulillah. Pada Selasa 2/2/2010 telah pun berlansung Asean Logic Conference 2010. Saya akan gunakan kalimah muktamar selepas ini. Macam lagi enak. Muktamar ini dihadiri oleh sekalian tetamu kehormat Insan2 Hebat, NGO's, Media, Wakil2 bagi setiap negara Asia, pelajar2 IIUM dari negara yang pelbagai dan wakil2 dari Institusi Pendidikan lain.




.....................................................................................................

Cerita sikit belakang tabir sat.. :)

Kerja Tuhan. Memang indah. Pada asalnya, saya dan kawan saya Aminah tengok iklan yang tertampal di booth Wawasan Club. Nampak Tun Mahathir. Sbb itu jer insan yg senang nak cam dan ingat nama. Yang lain lupa2 ingat. Mula berminat, dan bersetuju utk join. Tiket RM 5. Daftar sebelum cuti. Dapat sit 2nd floor. Pasrah. Tak dapat makan pun xpe lah. Duduk atas pun xp lah. Asal dapat datang muktamar ini.

Malam sebelum hari muktamar itu, urusan mendaftar bersama duta Karisma dalam Wawasan Club. Tup2, dapat msg dari insan atasan. "Awak n Min da didaftarkan sebagai wakil KARISMA--VIP" wohaa..... dari duduk atas terus jadi VIP. Duit xp lah.

..........................................................................................................

WAKIL KARISMA

Abdullah Omar
Nik Afra' Nik Mohd Azam
Siti Aminah Mazlan
Nadhirah Abdul Rahman
Husna Amran

Kerusi ke 5 dari depan. kelompok tengah. Saya duduk tepi carpet merah. Senang nak tengok VVIP. :)
.....................................................................................................

Berbalik tentang muktamar tadi, apa yang mereka mahu beri penekanan ialah kearah menggabung jalinkan seluruh pemuda pemudi dari sekalian negara2 Asia ini agar bersatu. Seterusnya bersenergi dalam menyumbang sesuatu yang baik dan efisyen kepada negara. Bagus kan.


Muktamar ini dimulai jam 9am berdasarkan jadual. Ucapan aluan dari rektor IIUM, YB. Prof. Dato' Sri Dr. Syed Arabi Idid. Kemudian ucapan dari Pengarah Executive Asean Foundation. YB. Dr. Filemon A.Uriarte Jr. Seterusnya, perasmian dari Timb. Menteri Pengajian Tinggi. (Saya hadir lewat sejam setengah kerana ada pembentangan di kelas--hanya tonton perasmian sahaja).

Selesai itu semua, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah. Antara hadiah nya ialah: Coklat Cadbury, MP4, MP3, Beg laptop, Telefon Bimbit Nokia. Tahniah kepada para penerima.



Aktiviti mendengar dan menghayati diteruskan dengan forum yang bertajuk "Bridging the Great Divide : Religious, Racial and Cultural Barries". Apa yang saya faham ia tentang sejarah, situasi sebenar, pendapat mereka dalam menyedarkan kita tentang asean ini saya kira dari YB. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, YB. Dr. Farish Ahmad Noor dan YB. Assoc. Prof. Dr. Kamar Oniah Kamaruzzaman. Dipengerusikan oleh YB. Assoc. Prof. Dr. Ishtiaq Hossain.Sememangnya, masa tidak mencukupi bagi mereka untuk menerangkan segalanya. Selebihnya kene kaji sendiri.


Selesai forum ini, para VVIP dan VIP makan bersama. Semangnya, makan formal bersama tetamu kehormat bukan lah sesuatu yang menyusahkan. Kerana segalanya dihidang, diambilkan, dikemaskan. Kami, bagi pendapat saya sudah memiliki pemikiran dan cara kerja yang professional tetapi tingkah laku yang tidak sangat lagi professional. Perlu banyak latihan. :)


Kami semua di ajar untuk mendengar, berfikir, bertindak :: HEAR -- THINK -- ACT ::
Ceramah seterusnya diteruskan dengan pembentangan yang bertajuk "The Role of ASEAN Youth in Creating an ASEAN Community" daripada YB. Prof. Dr. Chandra Muzaffar, Mr. Feriz Omar dan dipengurusikan oleh YB. Assoc. Prof. Dr. Ishtiaq Hossain.




Penantiannya, akhirnya terlerai. Ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tepukan demi sorakan diberikan. Fuh, memang pertama kali saya bersua dalam jarak dekat kira2 sehasta dengan bekas pemimpin negara. Jika sebelum ini saya bersua dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pak Lah, dan kali ini Tun Mahathir.

Pelbagai reaksi dan aksi saya kira. Semua berebut nak melihat live. Ada yang menangis. Ada yang tertawa. Ada yang kagum. Ada yang tiada rasa. Saya dapat juga ambil gambar beliau. Beliau, dengan wajah senyum gaya tenang terus berjalan dan kehadapan. Walaupun tidak berapa sihat, oleh kerana semangat mengatasi sakit membolehkan beliau hadir ke muktamar ini. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk "ASEAN: Present and Future Challenges".

"Travel! ~ You will know the real situation in their country.." -- Tun. Pokoknya, travel..

"Kajilah mereka + negara, bukan hanya menerima maklumat dari orang/ sumber2 lain"-- Tun (diterjemah)

..Persembahan yang memukau dari beliau..

Maka berakhir lah muktamar ini. Sehari suntuk duduk dengar fikir. Dari jam 10-5 ptg. Bila tak faham dengar jer. Bila faham berfikir. Penat juga kepala. Minum petang disediakan. Berpegang pada gaya -- Makan ingat orang biar sopan dan kenyang-- maka, makan lah.. :)

p/s : Keynote dari ucapan2 mereka boleh diberikan. Pihak pengurusan da type kan. Kecuali dari Tun jer xd. Saya punya mcm cincai2. Ada masa, saya susun. Kalau nak keynote, bg mail.

pp/s : Sekadarnya sahaja report simple. Tak banyak masa free. Saya bukan pemberi setia. Saya juga penerima. Terima Kasih dan Mohon Maaf atas segalanya atas kekurangan.