Bahasa di kala itu


::Salam::
::Bismillah::

Alhamdulillah. sudah selesai 5 paper. Ada lagi satu aja. Harini, saya duduk rehat sambil selesaikan misi di musolla Edu. Rencananya mahu jumpa Dr Mohyani untuk submit slide presentation. kemudian, jumpa dengan Dr Sabri untuk bertanyakan mengenai beberapa soalan yang bergelumang di kepala.

Tapi mungkin takda rezeki nak jumpa mereka hari ini, saya pun duduk sahaja di musolla ini.

kebetulan, lepas solat zohor, Mereka ini pun datang. Saya terus main dengan anak dia. Sementara dia sedang solat. Lepas tu mula lah kami berbual2. Kebetulan, saya free hari ini.
Sedang bual2. rupanya baru saya tahu, dia mahir bertutur dalam bahasa Arab. Sedangkan saya, bahasa Melayu. bahasa Inggeris hanya sampingan. Tapi agak lah. Susah juga nak bercakap, bila saya cakap inggeris, dia tak berapa faham (saya punya bahasa pun terabur gak)..

Maka, cara yang dirasakan berbaloi untuk terus berbual adalah:

- saya cakap dalam bahasa Arab (campur2)
- kami gunakan google Arabic English translater (saya type English--dia baca guna Arab)
- saya kasi dia tonton filem KCB. (Ngahaaa~)

Saya ajak dia tengok cerita KCB ni pun sebab saya tanya, penah gi negara mana? Dia kata: Yaman, Mesir, Saudi, UK, Malaysia, China.

Ahha~ Saya pun cakap lah. Ada satu filem ni, buat kat Mesir, tapi cakap bahasa Indonesia. Huu.. Dia layan je lah. Tapi tengok dalam 15 minit ja. Sebab da azan Asar, dan dia nak jumpa suami dia yang da siap abes exam.

Maka, dengan itu, haruslah kita memantapkan bahasa2 yang ada ini. Biar lancar urusannya.

4 Response to Bahasa di kala itu

  1. patutla stts ym ttg itu. yep, mari mantapkan byk2 bahasa! ^^

  2. da lama tinggal bahasa.aa.

  3. WF:ciktim says:

    sebbaik teknologi canggeh skrg.
    urm.
    baikla.
    (belajar arab kat ikim.)

  4. aik..mana lagi 1 komen? huu

    erm, bahasa tak pernah tinggal..

    percakapan bahasa asing aja yang ditinggalkan..

    yeah~teknologi itu canggih..