Showing posts with label piagam. Show all posts
Showing posts with label piagam. Show all posts

Kasut


Salam . Bismillah .

Sedang-sedang menggeledah barang di dalam laptop, tiba-tiba teringat. KASUT.
Kasut. Antara saya dan Prof. Rosnani. (Pensyarah UPM)

Pendek sahaja cerita. Ketika di Sabah.
Rumah yang kami diami bersama itu black-out. (Standard disana memang akan termati elektrik).
Jadinya, makan suluh torch light / lilin dan apa2 jenis yang menghasilkan cahaya.

Setelah siap-siap makan, terus bergegas ke rumah keluarga angkat.
Agak kelam kabut. Kerana tiada elekterik. Semua benda tak nampak.

Saya terlebih-lebih pula tak nampak.

Sedang sibuk pakai kasut sukan (yang lain pakai hill/selipar). Lari-lari masuk van.

"Eh, awak! Kte tak muat lah kasut ni"
"Aik. Kenapa pulak?! .OK tak ni?"

Pakcik van dah nak jalan.

"Pakcik kejap2. Kte punya kasut tak boleh masuk sebelah ni. Sebelah lagi OK."
"Tengok lah betul-betul. Kasut awk ke tak."
"Betul dah. Kaler putih pink."

Dalam beberapa saat selepas tu.

"Eh, kte rasa, mcm ter salah kasut je. Ini kasut Prof lah!"

Pergilah tukar. Dah siap tukar.

"Mana awak tahu itu kasut Prof?"
"Erm, kte tengok Prof pakai dan kte siap tengok saiz kasut. Kecik je kaki Prof. 4 ke 5 tah. Kte 8"
"Haiyaa. Macam mana boleh tertukar?"
"Takpa, kte pun memang nak jadi Prof nanti. Kira macam ambil berkat sikit lah pakai kasut dia."

Hmm. Sekali dua kali ke Sabah. Terasa mahu ke sana lagi. Nyaman!

- - -

Sekali aku lelap. Mata terpejam.
Minda mengatur kata-kata. Hati terus berbicara.
Dua kali aku bangun menatap. Jemari ku terus menari-nari di pentas.
Ubun-ubun di kepala semakin keras. Akar-akar rambut mula menjalar.
Mahu mencari arah. Mahu mengenal diri. Senyap dan Terbaik.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bongkol, Pitas


::Salam::
::Bismillah::

Catatan : 06
(Ini adalah siri sambungan yang baru sempat untuk dikongsikan, majulah!)

Sebuah sekolah yang mempunyai roh yang hebat. Hanya jasad serta jiwa yang tabah sahaja akan meneruskan peluang untuk menuntut ajaran serta menebarkan ilmu disana. Kalian Keren! :)

Nota fakta sekolah:

1. Penubuhan sekolah ini pada tahun 1999. Dan secara rasminya pada tahun 2000.


2. Pembinaan sekolah diatas tapak sekolah rendah. Hal ini kerana, permohonan mereka untuk mendapatkan tapak bagi sekolah menengah masih belum mendapat kelulusan. (Sangat lambat dan sangat susah untuk mendapat kelulusan). Maka, mereka membina sekolah menengah di atas tapak haram. (Tetapi belum siap). Mereka akui itu.

Persekitaran Sekolah Menengah

Persekitaran Sekolah Rendah

3. Jumlahguru setakat ini dalam 20 orang. Pelajar sekolah seramai 323 orang. Manakala pelajar yang tingga; di asrama seramai 134 orang.

Antara guru disana

Segelintir pelajar disana

Keadaan di dalam bilik guru

Keadaan di dalam bilik darjah

4. Talian telefon yang sekejap ada sekejap tiada, menyebabkan urusan komunikasi terputus2. Jika bawa telefon bimbit, pasti jimat kredit dan bateri. Kerana kawasan yang mempunyai coverage tidak banyak. Kene pandai cari port.

5. Masalah yang besar disana ialah, hujan lebat dan akan menyebabkan becak yang dalam, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk berjalan keluar. Boleh jadi jika hujan terlalu lebat, boleh tenggelam badan hingga ke pinggang. Masalah kedua ialah bekalan elektrik yang sering terputus. Dalam tempoh 24 jam, pasti akan terputus selama beberapa jam. Paling sekejap, 5 jam.

6. Kemudahan internet. Ada wireless. Cuma tidak laju mana. Jika dahulu, agak sukar untuk menghantar report kepada kementerian secara online. Sekarang mudah sedikit. Tambahan lagi, jika mahu hantar surat, mereka perlu ke pekan.

7. Saranan kerajaan untuk menjadikan setiap sekolah ada makmal komputer itu amat tidak bersesuaian disana. Kerana keadaan elektrik yang sering putus dan internet tidak sekuat mana. Tetapi jika dilihat dari sudut positifnya, dapat lah pelajar2 itu mendaftar untuk UPU. Cuma, kunci makmal komputer itu masih dengan kementerian.


Makmal Komputer (Screen LCD)

8. Anda boleh bayang, bagaimana seorang guru sains mahu ajar untuk buat eksperimen, tapi tiada alatan. Makmal sains juga tiada. Maka, mereka akan bersama-sama melakukan imaginasi berdasarkan gambaran dari guru dan buku untuk memahaminya. Ada kala boleh faham, ada kala tidak. Jika memang tidak, topik itu akan dilalukan aja. Susah nak bayang!

Cikgu Tan (Kanan sekali). Guru Sains. Penuh imaginasi.

9. Jika di semenanjung, guru boleh katakan kepada pelajar. "Mari ke pusat sumber. Baca buku atau encyclopedia ya. Jangan berbual2". Tetapi disini, pelajarnya memang menggunakan pusat sumber itu sebaiknya. Cuma, bahan bacaan tidak cukup sangat. Jika ada yang rasa mahu membantu, silakan!

Pusat Sumber

10. Surau ada. Saiz yang sederhana. Muatlah. Pelajar2 Kristian akan sembahyang di gereja setiap hari ahad. Bergerak beramai2. Ada makan masa 30 minit berjalan.

Keadaan luar surau

11. Tandas disana sudah tidak menggunakan tandas kayu. Tapi sudah diperbaharui. Memang simple. Tiada paip air di dalamnya. Perlu hunggah air dari paip utama kawasan tandas tersebut. Kecuali tandas guru. Jika air di dalam asrama lelaki tiada air, mereka akan mengambil air didalam kolam belakang asrama. Atau menyelam saja di situ. Saya gerak dekat kesana. Cuma tak berani mampir lebih dekat kerana tanah amat licin.

Tandas Kayu

Tandas Asrama Perempuan (Nampak x paip kecil kat penghadang kiri?)

Tandas Asrama Lelaki

Kolam tadahan air hujan. Ada 2.

12. Asrama ada. Campur semua bangsa agama dan keturunan. Adakah dibolehkan atau tidak sebenarnya, saya masih tidak pasti. Mencari jawapan lagi. Lagi, mereka tidak dibenarkan menggunakan lilin di asrama. Sekalipun tiada elektrik. Bimbang berlaku kebakaran.

Asrama Perempuan di belakang mereka ini (Maaf, x jumpa gambar lain dah)

Ini dewan prep mereka (belakang asrama perempuan). Ini juga dewan untuk majlis2 rasmi. Dewan serbaguna!

Asrama Lelaki (Cikgu Linda disitu--pandu pelancong kami.huu)

Belakang Asrama Lelaki (Lepas pagar tu, ada kolam tadi)

13. Rumah guru ada di dalam dan ada di luar.


Rumah Guru yang best!

Rumah Guru yang baru. Masih dalam pembaikan.

14. Kantin sekolah yang best. Makanan sedap! Pelajar akan beli disitu dengan harga yang memang tak pernah saya jumpa di semenanjung. Murah! Sekitar 20 sen sehingga RM1. Dibungkus kecil2. Diletakkan di dalam bakul.

Pandangan dari luar kantin

Pandangan dari dalam kantin (*tiada gambar pelajar2 sekolah beratur beli makanan, kerana waktu kami makan berbeza)

15. Bagi yang tidak berkemampuan, terdapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan) disitu. Mereka boleh memperoleh makanan disitu. Bagus kan.

Kakak2 yang memasak dengan sedap!

16. Bagi subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, mereka ada Makmal Kayu. Saiz bilik, boleh masuk sekitar 20 orang pelajar pada hemat saya lah.

Makmal Kayu yang simple.

17. Padang sekolah yang luas! Seluas mata memandang. Segar dan nyaman. Lantai yang hijau dan bumbung biru cerah! Rasa mahu golek2 diatas itu. Fakta menarik tentang padang ini ialah: Padang ini lah yang menjadi tapak pelajar2 nya berlatih sukan sehingga masuk peringkat kebangsaan. Dengan alatan yang tradisional, mereka berlatih. Tiang Gol, alat penanda lumba lari, diperbuat dari kayu dan tali rafia. Hebat kan. Lagi, padang ini, akan di hinggapi oleh tebuah tanah selepas rumput dipotong tipis. Kerana tebuan tanah suka bau harumnya. Saya pun suka! Wangi. Tapi, tebuan ini, tidak kacau orang ya! Cikgu Andrew bagi tahu, selepas saya macam teragak2 nak bergerak lantas bertanya kepadanya. huu.

Kelihatan disana, pakcik kebun sedang mesin rumput.

Astaka yang menghadap ke padang. Boleh bagi sorakan dari sini juga.

Lagi, padang dari pandangan atas. Hijau itu bumbung kelas. Coklat itu bumbung astaka.

Padang yang ada simen. Boleh main badminton. Boleh main takraw. Bebas.

Ruang Astaka yang saya suka sangat duduk. Sekali mereka berlari2 di ruang Astaka ini, bergegar terus. Mereka maintain. Kami cuak.

Tekan sini untuk mendengar lagu sorakan mereka! Berjiwa sungguh.

18. Stor mereka juga best. Yang baru punya saya xd gambar nampaknya.

Stor comel.

19. Fokus pertama saya waktu sampai ke sekolah ini ialah Pondok Pengawal! Dari dalam bas lagi saya cakap: "Ini baru lah namanya pondok penagawal!! Pakaian pun smart~"

Kanan itu pondoknya. Nak naik je rasa. Tapi malu pulak dah. Patu dah x sempat2 nak naik.
Pondok Pengawal Asrama.

Pakaian pengawal yang smart. Formal. Berbaju hijau itu rakan Piagam kami.

Nota:

1. Alhamdulillah. Saya dapat juga kongsikan ini. Memang ini fokus dari 2 bulan yang lalu. Masa tidak mencukupi. Nanti ada lagi. Cuma tak pasti bila. :) :)

2. Jika ada tersalah, betulkan. Jika ada terkurang, tambahkan.

3. Selamat Ramadhan semua! ~ rindu masjid UIA itu.


Kenali Bongkol, Pitas


::Salam::
::Bismillah::

Catatan : 05

Maklumat yang diperolehi tidaklah banyak mana. Sumber maklumat diperoleh berdasarkan perbualan ringkas bersama penduduk, penerangan dari guru disana, serta berdasarkan pemerhatian saya. Jadi disini, disertakan serba sedikit mengenai Bongkol ini.

Fokus: Kampung Bongkol dan penduduknya.


1. Bongkol merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Pitas, dikawasan pedalaman 02.


2. Majoriti masyarakat berbangsa Rungus.


3. Masyarakat disana kebanyakannya beragama Kristian.


4. Jumlah penduduk seramai lebih kurang 500++ orang.


5. Pekerjaan mereka ialah bertani, berniaga kecil-kecilan, nelayan dan selebihnya menganggur. (Keadaan laut, sungai jauh)(ramai yang tidak bekerja selepas SAFODA muflis)


6. Penduduk disitu tidak berapa mudah menerima tetamu luar (semenanjung atau2 luar negara). Kene pandai tackle.


7. Struktur rumah bagi Kaum Rungus unik dan stabil.


8. Hampir setiap rumah mempunyai astro. Macam2 ada!!


9. Tarian tradisi mereka ialah : Bamboo Dance. (selebihnya saya tidak ingat)


10. Ukhuwah antara penduduk amat kukuh tanpa rapuh. Saling kenal mengenal. Saling bantu membantu. Sanggup tinggalkan meeting bersama orang luar (semenanjung) sewaktu berlaku kebakaran rumah seorang guru. Yer! Tidak tipu.


11. Kenderaan rasmi di sana bagi sesiapa yang mampu ialah 4WD. Contohnya: Kembara, Pajero, dan sebagainya. Struktur jalan yang mengizinkan untuk mereka menggunakan kereta yang kecil2. (Boleh ja. Cuma kene pendai2 sendiri).


12. Ibu bapa disana tidak menitik beratkan pendidikan serta tidak menyokong anak-anak mereka. Hanya segelintir yang mementingkannya.


13. Anjing merupakan haiwan utama kesayangan mereka. Bagi sesetengah dari mereka berpendapat bahawa anjing lagi utama dari anak-anak. Alasan: Anjing dapat membantu tuannya mengambil hasil tanaman, boleh disuruh dan dilatih.


14. Kawasan yang bukan lah pergunungan atau pulau atau pun laut, menjadikan sumber utama bekalan air disana ialah air hujan. Mandi, masak, mencuci dan segalanya menggunakan tadahan air hujan yang ditapis sendiri.


15. Ada sebuah klinik kesihatan disitu.


16. Bekalan elektrik yang ada, tetapi akan terputus setiap hari dalam tempoh waktu yang lama. Tidak menentu.


17. Penduduk yang kuat, taf, dan sihat!!. Berjalan kaki sejauh mungkin untuk melaksanakan sesuatu. Contohnya mahu ke Bandar Pitas. Jika berlari tempohnya 8 jam. Jika berjalan lenggang, mungkin 2x ganda. (Tidak semua orang mempunyai motokar sendiri)


18. Ada satu air terjun yang sangat2 cantik di kampung itu. kalau jalan kaki gaya mereka (ala2 lari lah bagi kita sebab cepat) makan masa 45 minit. Kami tak berkesempatan kesana.


19. Bukit Bongkol adalah antara tempat yang menarik juga disana. (nanti akan dikisahkan sedikit di post yang lain)


· SAFODA : Rancangan tanah projek (hutan simpanan)


· Mari lah kesana!!



Pakcik Osman yang berumur 90 tahun. Angkat Kayu Api.. Sungguh berat kayu2 nih..Kami da cuba!
Struktur rumah kaum Rungkus secara grafik bukan 3D.

Dan dibawah ini, antara contoh2 rumah di sana.



Nampakkan Tong BIRU tuh. haa, itulah tempat tadah air hujan. Setiap rumah ada.

Anjing2 disini, cara nak halau dia, cakap ja : Sik2.. Nanti dia pergi, atau dia akan duduk diam.