Kenali Bongkol, Pitas


::Salam::
::Bismillah::

Catatan : 05

Maklumat yang diperolehi tidaklah banyak mana. Sumber maklumat diperoleh berdasarkan perbualan ringkas bersama penduduk, penerangan dari guru disana, serta berdasarkan pemerhatian saya. Jadi disini, disertakan serba sedikit mengenai Bongkol ini.

Fokus: Kampung Bongkol dan penduduknya.


1. Bongkol merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Pitas, dikawasan pedalaman 02.


2. Majoriti masyarakat berbangsa Rungus.


3. Masyarakat disana kebanyakannya beragama Kristian.


4. Jumlah penduduk seramai lebih kurang 500++ orang.


5. Pekerjaan mereka ialah bertani, berniaga kecil-kecilan, nelayan dan selebihnya menganggur. (Keadaan laut, sungai jauh)(ramai yang tidak bekerja selepas SAFODA muflis)


6. Penduduk disitu tidak berapa mudah menerima tetamu luar (semenanjung atau2 luar negara). Kene pandai tackle.


7. Struktur rumah bagi Kaum Rungus unik dan stabil.


8. Hampir setiap rumah mempunyai astro. Macam2 ada!!


9. Tarian tradisi mereka ialah : Bamboo Dance. (selebihnya saya tidak ingat)


10. Ukhuwah antara penduduk amat kukuh tanpa rapuh. Saling kenal mengenal. Saling bantu membantu. Sanggup tinggalkan meeting bersama orang luar (semenanjung) sewaktu berlaku kebakaran rumah seorang guru. Yer! Tidak tipu.


11. Kenderaan rasmi di sana bagi sesiapa yang mampu ialah 4WD. Contohnya: Kembara, Pajero, dan sebagainya. Struktur jalan yang mengizinkan untuk mereka menggunakan kereta yang kecil2. (Boleh ja. Cuma kene pendai2 sendiri).


12. Ibu bapa disana tidak menitik beratkan pendidikan serta tidak menyokong anak-anak mereka. Hanya segelintir yang mementingkannya.


13. Anjing merupakan haiwan utama kesayangan mereka. Bagi sesetengah dari mereka berpendapat bahawa anjing lagi utama dari anak-anak. Alasan: Anjing dapat membantu tuannya mengambil hasil tanaman, boleh disuruh dan dilatih.


14. Kawasan yang bukan lah pergunungan atau pulau atau pun laut, menjadikan sumber utama bekalan air disana ialah air hujan. Mandi, masak, mencuci dan segalanya menggunakan tadahan air hujan yang ditapis sendiri.


15. Ada sebuah klinik kesihatan disitu.


16. Bekalan elektrik yang ada, tetapi akan terputus setiap hari dalam tempoh waktu yang lama. Tidak menentu.


17. Penduduk yang kuat, taf, dan sihat!!. Berjalan kaki sejauh mungkin untuk melaksanakan sesuatu. Contohnya mahu ke Bandar Pitas. Jika berlari tempohnya 8 jam. Jika berjalan lenggang, mungkin 2x ganda. (Tidak semua orang mempunyai motokar sendiri)


18. Ada satu air terjun yang sangat2 cantik di kampung itu. kalau jalan kaki gaya mereka (ala2 lari lah bagi kita sebab cepat) makan masa 45 minit. Kami tak berkesempatan kesana.


19. Bukit Bongkol adalah antara tempat yang menarik juga disana. (nanti akan dikisahkan sedikit di post yang lain)


· SAFODA : Rancangan tanah projek (hutan simpanan)


· Mari lah kesana!!



Pakcik Osman yang berumur 90 tahun. Angkat Kayu Api.. Sungguh berat kayu2 nih..Kami da cuba!
Struktur rumah kaum Rungkus secara grafik bukan 3D.

Dan dibawah ini, antara contoh2 rumah di sana.



Nampakkan Tong BIRU tuh. haa, itulah tempat tadah air hujan. Setiap rumah ada.

Anjing2 disini, cara nak halau dia, cakap ja : Sik2.. Nanti dia pergi, atau dia akan duduk diam.

12 Response to Kenali Bongkol, Pitas

  1. AKU says:

    tq sbb bg info yg hampir 90% betullll..saya pernah duduk sana dari tahun 1980-1993..dan skrg klu balik kg ada juga sekali sekala ke sana jumpe kwn2 lama..apa yg saya lihat sbnrnya skrg dah x semeriah dahulu..dahulu lagi meriah..apa pun tq atas perkongsian info..

  2. Hehe. Terima kasih saudara!

    Syukur betul 90%.

    Keadaan dahulu bagaimana?

  3. Anonymous says:

    bukan 90% betul tp 40% salah. Dulu kg Bongkol memang meriah.

  4. Anonymous says:

    halo ..kepada blog owner... :) sya membesar d sana..dn lahir d sana...65% btl la..cma..emm..pic2 yg ada dlm ni kan...ada yg bkn d kampung kami..d jalan menuju sna ja...tu kg datong or dkt2 boluuh... :) huhu ..dn llaki yg angkt kayu tu...c aki mamansang :)

  5. jie2myjie says:

    Bagus juga Blogger ni.... ada juga hati mau explore kg saya. Walaupun sya bukanlah membesar sebesar-besarnya di sana, tapi sya org Bongkol juga (asal sebenar keluarga sya ialah Kg. Gumpa, tak berapa jauh dr kg. Bongkol... berhjrah ke Kg. Bongkol di awal pembukaan Safoda pada tahun 80-an, ketika saya baru berumur kira3 5-6 tahun). Bersekolah rendah di sana, dan bersekolah menengah di SMK Pitas dan SMK K. Marudu... rasanya, penduduk kg. Bongkol lebih ramai dr yg disebutkan. Bayangkan saja, rumah papan peneroka Safoda sahaja ada 200 buah, rumah separa batu "kami panggil "bangunan" ada sekitar 100 buah... di sana juga terdapat kawasan perumahan (bukan dibuat oleh Safoda) yg mengandungi sekitar 15-20 buah (dulu la), ini tidak termasuk lagi rumah2 yg dibuat oleh anak2 bekas peneroka yg dibangunkan di sebelah rumah papan projek Safoda... so, bayangkan saja kalau setiap rumah ada seorang suami, isteri dan sekurang-kurangnya 2-3 org anak... berapa jumlah penduduk di sana rasa2nya... tapi update sebenar tak tau la.... kali terakhir saya balik di kg ialah pada May 2008... pd waktu tu, rasanya struktur asal rumah asal projek Safoda masih lg sama dr segi jumlah.... hemmm... si Aki Mamansang tu pak cik saya... suami kpd mak cik saya iaitu kakak sulung ibu saya. Good to hear something from my kg... thanks.

  6. Anonymous says:

    Info tak berapa tepat...
    tapi perkongsian yang sangat baik.
    Do more research. tQ

  7. Anonymous says:

    ada info yg tdk tepat... but..good try 

  8. kalau ada masa anda boleh datang lagi di Kg.bongkol ... kg.bongkol suda berubah dan da maju berbanding dulu ... pasal susah nak menerima kunjungan orng luar tu saya rasa tak begitu tepat kerana kebanyakan tenaga pengajar di Sk.bongkol dan smk.bongkol adalah orng semenanjung dan boleh dikatakan suda rapat dengan penduduk kampung bongkol malah ada guru dari semenajung yang suda menemui jodoh penduduk kampung tersebut.... apa pun terima kasih kerana sudi menulis teteng kampung Saya... :-)

  9. boleh lawati facebook page kg.bongkol
    di: https://www.facebook.com/groups/400160103375504/

  10. Anonymous says:

    Info yg bagus...kebanyakan orang bongkol dari gumpa n menetap d bongkol....bongkol memang meria..banyak sumandak n tanak vagu...cantik2 lagi tu sumandak...tanganak vagu pun hensom2....

  11. Aramai tantu....

  12. Aramai banal