Kholas


::Salam::
::Bismillah::

Yeah. Telah selesai peperiksaan untuk 8 subjek bagi sem satu ini. Yang lepas biar lepas. Kita plan perkara baru sambil terus doa dan berharap yang terbaik untuk kita.

--

Situasi selepas peperiksaan. Kalau pelajar perempuan. Mesti bising.

'Eh, Awak jawab apa hah tadi?'
'Weh, soalan 2 ko jawab apa?'
'Huh! Susah lah. Aku baca sikit je. Bab 5 aku x sempat baca'
'Alah. Biarlah. Sebuk je!' (Merujuk pada pelajar lelaki yg x puas hati sbb bising)

Kalau pelajar lelaki. Bising juga. Tapi isi lain.

'Adui. Bising tol lah derang nih (perempuan).'
'Asal abes xm je macam org nk jual ikan! (perempuan).'
'Eh, semalam Chelsea kalah an'
'Aku nk kuar makan mlm nih! Ko nk ikut x?'

Ini antara dialog kat dewan peperiksaan. Saya ikut keadaan. Kadang bising jugak. Lebih kepada senyap juga. Huu. Sebab tempat duduk biasa sebelah lelaki. Nanti mesti derang cakap.

'Afra'! Asal kawan2 ko ni bising hah? Cuba suruh derang senyap sikit. Adui.'

Saya senyum jelah. Tatau nak reply apa. Haha. Sebab derang pun bising jugak. Hahah!

--

Bila subjek terakhir ini tadi. Masing2 lebih mengeluh. Sebab susah!

Pastu saya pun ajaklah sorang kawan makan kat Babush.

Sambil makan donut. Kami bual2 mesra.

'Afra'. Susah lah soalan tadi. Kte x yakin'
'Hahah! Kte pun sama.'

'Kte ada tinggal soalan.Ada dalam 4 soalan.'
'Oh. Kte hentam je. Asal jawab.'

'Alaa.. Kte risau lah.'
'Ades. Dahlah. X yah pk.'

'Adui. xleh. Sebab kte rasa susah sgt. Awak tak pernah ke rasa cam nih?'
'Hehe. Mestilah penah kak oi. Tapi kte redha je lah. Skrg, plan benda yg awak nk buat time cuti nih. Panjat gunung ke, mandi sungai ke, apa2 lah. Sambil2 tu terus lah doa yg terbaik utk exam ni.'

'Tapi...'
'Dah2. Ungkit2 pun bukan boleh buat apa. Dah lepas.'

... Tapi, yang hakikatnya, saya memang gelisah jugak. Yelah. Usaha sederhana. Tapi itu yang termampu buat masa ini. DOA lah kan. Bagi semangat pada kawan mcm best. Cuma tak tunjuk takut. Padahal takut jugak!...

--

Terlintas pelajaran mantiq semasa saya jawab periksa tadi. Formula mcm2 keluar. Patu sambung fikir semasa perjalanan balik ke mahallah.

All As are Bs
Cs is a As
Therefore, Cs is a Bs.

If P, then Q
Q
Therefore P.

Pastu ttb keluar teori ini:

Balik rumah dapat jumpa dengan adik2.
Balik kem dapat mandi sungai.
Maka, bawa adik2 datang kem, mandi sungai!!!

Tatau masuk formula mana satu. Haha. Sebab banyak sgt.


Best an bila belajar dapat di praktiskan. :) :)

Wassalam.

Mengantuk


Salam.

Kuasa Mengantuk menyelubungi diri ini.

Serius sangat mengantuk!

Dalam 5 jam lagi saya periksa subjek NAHU!!

Dari malam tahan ngantuk.

Tapi tak lut.

Duduk je tertido.

Apatah lagi baring!

Duduk kat luar bilik.

Sejuk amat.

Lagi tambah ngantuk.

Oh, Allah. Andai ini Kau aturkan untuk aku. Izinkan aku buat yang terbaik. Jadikan aku redha dengan ketentuan Mu. :) :)

OK. Ini post 3 minit.

Wassalam.

(Wargh. Mengantuk!!!!!!!!!)

Cereka Kamera


::Salam::
::Bismillah::

Bila saya tengok semula gambar yang lama2. Terutama waktu bayi2 tu. Terasa nak pergi sangat ke Mesir.

Tapi sebenarnya banyak gambar2 disana sudah kurang hampir tiada.
Sebab, semasa masih disana, menurut Mak saya, bila ada kawan2 kata : "nak lah gambar ni" - lebih kurang gitu ayat dia. Mak saya akan terus ja bagi. Mereka mahu buat kenangan. :)

-- Okeh. Itu cerita dulu. Dulu sangat. --

Kisah kami adik beradik tentang kamera ini biasa2 aja. Tapi saya suka teringat. Tak boleh hilang. Dalam bentuk urutan nombor ya.

1. Dulu, dirumah. Banyak sangat stok filem2. Filem semasa di Mesir dan juga di Malaysia. Mungkin ada sikit semasa Ayah saya di UK.


2. Filem2 yang ada itu, kami, terutama saya, suka main penutup mata utk main Power Rangers. Dulu kan citer tuh fames. Dan semua watak situ bertopeng. Mata mereka tutup jadi gelap. Jadinya, bila kami mahu main. Kenelah ada ciri2 yang sama juga. Tutup mata dengan FILEM. Bile da habis main. Mak akan suruh kemas. Maka, kami kemas dan buang lah filem2 yg dah kelepek2 terlipat tuh. Tangan pula mesti kene sarung dengan sarung jaring2 buah. Kalau beli buah lai kan ada sarung poliestrin / sarung limau yg merah. Mesti berebut benda tu. Abes terabur buah2 tuh.

3. Selalu je jugak ngadap kat lampu. Patu tgok gmbr tu ramai2. Ala2 tgok x-ray gituh. Pastu, bila rasa nak main lagi, kami akan amek stok filem yg baru. sampailah dah berkurang. Nanti mak kata. "Eh, tak yah lah main. Nanti nak suruh Abah cuci filem ni." "OK". Patu main balik! . Haha. Adui.


4. Kami tak terfikir lansung pun untuk cuci filem tuh. (Alasan sebab masih kanak2). yg pasti setiap kali ayah saya beli kamera,(bukan lah sesalu), tak kesah lah dari kamera yang ada filem dan saiz kecil sampailah ke DCLR zaman dulu kami geledah. Siap amek gambar dalam almari. Adui. Pastu buat lah gaya apa2 pun. zaman ni saya, uqbah n aqilah yg da besaq sikit. atirah x sgt lagi. abir x lahir lagi. beah n aqih lagi xd lagi. Yang pasti, bila tau ayah kami dah nak balik, cepat2 simpan semula dalam bekas dia. :)

5. Bila ada filem dlm kamera tuh, pasti gambar2 tu direkod dlm filem. dan bile filem da abes, kami gulung sendiri. bajet2 nak surh ayah kami cuci. tapi last2. kami buat main Power Rangers balik. pastu asal ada flash je mesti jakun. Maksdnya ada bateri lagi. Bukak2 camera tu biasa. Semua nak tunjuk terer. Tapi masih boleh guna.

6. Time belajar STAM dulu, ada dapat duit sendiri. pegang dan dapat rasa sebab keje. Cube kalau tak keje, mesti x dpt rasa lumayannya duit tuh. Walaupun sikit. Maka, saya dan kawan2 pegilah shopping. Kat perak lah nih. Jumpa kamera filem. Kaler coklat. Bajet punya jakun. Sebab rm50 je! Yelah. Zaman tu org dah pakai digital. Mahal. Aku beli yang murah aja. Bunyi x agak. KUAT! Flash gamat. TERANG! Bila balik rumah. Adik saya kata. "lahh. buat apa beli kamera nih.. beli lah yg digital. tambah lagi 50 jr da dpt." Haha. Well. Saya tak laju IT n Gadget sangat zaman tuh. Sekarang ni pun biasa2 je. :P skrg tak pasti apa kabar kamera uh. Kejap jumpa kejap ilang. huu.

7. Dan bila ikut logik lah pulak, adik2 saya yang bawah2 ni sume suka amek gambar. Tidak kesah. Samada mengambil atau diambil gambarnya. Asal bawa laptop balik rumah, mesti derang duduk depan tuh. Sebab nk rakam nyanyi ke baca berita ke apa2 lah. Patu amek gambar2. cme alat je berbeza, yelah ikut zaman. Kiranya dalam laptop kami, ada stok gambar mereka. Terutama Rabiah & Faqihah. Jadinya, bila boring2. Tengok muka derang berlakon2. Patu gelak2.

Nota:

1. Stok Filems dah habis dah!!

2. Kamera kodak pun tatau hilang kemana.
--

Cerita dulu.
Hal dulu.
Kegiatan dulu.
Berulang sekarang.

:) :)

Selamat Hari Lahir Ummi


::Salam::
::Bismillah::

Selamat Hari Lahir Ummi! :)

Muga terus maju jaya.
Terima Kasih banyak kerana menjadi Bonda Yang Terhebat!
Maafkan salah silap segalanya.
Semoga kami jadi macam Ummi juga.
Doakan yang terbaik buat kami 7 beradik ini~


Semoga yang indah untuk keluarga kita. :) :)

Bonda Zuraidah Aman
7/11/1961
Guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah

--
Dulu2 paggil Mama - Cuba2 panggil Mak - Sekarang panggil Ummi
Panggilan Bonda saya suke juga.
(Ayahanda, Bonda, Adinda)
--

Ini zaman kecil2 bayi.
Bersama Ayah Bonda di Mesir.
:)


TERIMA KASIH UMMI ABAH!!!
Ajar kami jadi manusia.
Ajar kami erti susah.
Ajar kami kehidupan.
Penuh warna warni.
Kejujuran.
Keikhlasan.
Pengorbanan.

Syukur Ya Allah.

2 Subjek lagi harus pergi. Doakan!

Sengaja


::Salam::
::Bismillah::

--

Selamat Hari Lahir Ummi!

Bonda Zuraidah Aman.
7/11/1961
Bonda hebat!
Sumber inspirasi saya~
Nanti ada post lain. i.allah.
--

Sengaja post 15 minit sekejap. Sementara menunggu masa untuk makan tengahari bersama kawan-kawan.

OK. Ini tentang kasi saya semangat belajar.

--

Belajar sambil bercinta.

Tak susah.

Duduk atas kerusi.

Buka buku.

Buka laptop.

Doa.

Fokus.

Tapi, tak yah buat sambungan internet.

Nanti tak jadi.

Bila dah mula buka buku.

Layankan bersama lagu cinta.

Apa2 lagu sahaja.

Asal sedap dengar.

Boleh juga, buka cerita kisah lalu.

Ala2 diari dulu.

Tapi janganlah terlajak fokus kat sampingan tu.

Ini hanya mahu kasi engin saya semangat sikit.

Iya.

Untuk saya lah.

Pulun 12 jam untuk belajar 1 subjek.

Penat badan dan kepala juga.

Tapi tak boleh nak buat apa.

Ini cara yang sangat minit2 terakhir.

Sebelum tidur minum nescafe mild.

Bangun tidur, sarapan nescafe n mee goreng.

Bila periksa, adui2.

Sakit kepala! Sakit perut! Demam manja~

Operasi membelasah memang sering diamalkan.

Cuba untuk berubah. Hee.



Nota:

1. Mak saya pesan, kalau malam dah minum nescafe, pagi tu kene minum balik untuk kekal tidak mengantuk dalam periksa. Macam konsep tebus balik.

2. Saya belajar tentang Fiqh Usrah dan Muamalat. Separuh buku Fiqh Usrah. Beberapa helai Fiqh Muamalat. Sebab dah tak sempat nak pulun. Mata dah sakit.

3. Doakan saya. Ada lagi 3 subjek untuk pergi.

Lorekan


::Salam::
::Bismillah::

Masa. Siapa yang cipta masa? (Sumolah)

Aku! Jangan kata bersungguh macam dulu.

Rembesan enzim malas amat banyak.

Selamba tak agak-agak.

Mahu sangat ada sifat bersungguh macam waktu muda-muda dulu.

Bila study itu. Fuh! Boleh kasi muntah2. Hadam lunyai kertas tu.

Letih minda letih badan.

Sekarang?!

Aigoo. Hanya bersifat sederhana.

Asal dapat cover 2 page. Kire boleh ngadap laptop semula.

Mau pos saja laptop balik rumah.

Tambah-tambah, bilik bawah tanah ngadap pokok2 ini dah ada cawangan internet.

Apa-apa pun.

Kene ada orang tarik tolak kasi terbelalak mata dan hati.

Aku sokong diri sendiri tak jalan.

Dah nak tamat ijazah dah.

Tolong ya.

Aku pujuk sendiri.

Semangat sikit OK! Banyak lagi digalakkan~

Mak ayah adik2 TUNGGU tu.

Dah telefon sokmo!

Sayang! Cinta! Mereka tetap sokong. Maka. Tunjukkan~

Doakan saya juga. :) :)

Baru lepas 3. Ada lagi 5.

Ismi Afra' :)

Mimpi


::Salam::
::Bismillah::

Peperiksaan terus bergerak mengikut arus.

Bangun. Tidur. Bangun. Baca buku. Bangun. Buka laptop.

Doa dan terus kan solat.

Bila mimpi. Benda yang sama juga keluar.

Mahu lari terus? Tak payah lah.

Lari dari menerima kenyataan - tak perlu.

Lari kearah kenyataan - silakan.

Fikir terus matang. TERIMA.

Cuba untuk terima.

Siapa tahu dapat dia bagi mimpi yang sama.