Selamat Maju Jaya


Salam . Bismillah .

Selamat Maju Jaya untuk kita semua. Bersungguh dan ikhlas.
Insha Allah ada impaknya. :)

Peperiksaan saya bermula pada 29 Mac - 14 April 2011.


Gambar semut main tolak tolak air ini sangat lah
terdorong saya untuk rajin.
Semoga rajin yang berterusan. Sampai rasa manis manis nya.

Kalau semut boleh angkat dan tolak air.
Takkan saya tak boleh buka mata untuk belajar. Kan.


Ini pula gambar zaman kegemilangan.
Tingkatan 4 Islah di SMIH JB. Gemilang sokmo. :)
Pelukis : Aminah.
Pengumpul data : Asma'

Maka, ini pula video untuk lebih cemerlang terbilang
dan membilang hari hari mendatang.
Jika kita jaga waktu solat kita.
Kita jadi lebih gembira di waktu itu dan waktu selebihnya. :)





Bersempena waktu ini, saya Mohon Maaf salah silap.
Terima Kasih atas segalanya.
Sekali lagi. Ucap dari hati.
Selamat Maju Jaya untuk semua!
Jadi terbaik dari ladang. Kita cipta. Kita usaha. Kita gembira.

- - - - -

Dan suka juga dengan lagu dibawah ini.
Cuma kalau encik Gigi ni pakai sopan sikit lagi. Lagi sedap.
(tak jumpa video lain dah) hee.



Mari menonton cerita Sang Pemimpi!! :) :)

Cikgu


Salam . Bismillah .

'Bila nak jadi cikgu nanti mudah. Dah ada degree pendidikan.'
'Kita kena banyak buat presentation. Senang boleh berlatih untuk mengajar.'
'Jangan risau, keja konfom dapat.'
'Korang amek education. Senang lah.'

Ini dialog biasa dan kerap dengar. Samada di kalangan kami sendiri atau orang lain.

Ahha. Sekali kena buat micro teaching (ala ala berlakon mengajar disekolah tapi di uia je). Terkapai-kapai. Tak pernah nak present, menggigil ketakutan. Dan lari lari ulang alik depan belakang , keluar masuk kelas.

Kerana apa?

Kerana, sudah dapat roh mengajar di sekolah. Yes. Tak mudah.
Dengan karekter yang sukar untuk serius di mana mana.
Mudah tergelak dan sukar berhenti.
Serta mudah melayan soalan pelik pelik.


Sila bayang kan situasi kelas. Kalau pelajar dan guru asek tergelak.
Nak soal gelak, nak bagi arahan gelak. Gelak tanpa bunyi. Tahan! Usaha kawal, masih gagal.

"Ustazah ni lawak lah."
"Ustazah, kenapa gelak sampai muka merah?"
"Ustazah tak pernah gelak banyak time present. Sll sikit2 je."
"Apa fungsi gajah?"
"Kenapa bumi terapung?"
"Aish, ustazah ni tak boleh mengajar ni. takda bakat."

Yeah. Ini antara suara sampingan yang keluar. Saya terima ja. SAYA SUDAH USAHA! :)

Maka, komentar pensyarah dan teman-teman saya adalah;

Class Management. Ini lah komen mereka. Huraian lain.

1. Bila awal-awal masuk kelas. Muka tegas. Suara kuat. Kasi pelajar fokus.
2. Kalau muka terus nak tergelak je, pelajar akan terus baca kita ni, guru yang boleh di gurau gelak sekaligus mungkin dipijak.
3. Bila mengajar, bawa mereka jauh jauh sampai boleh buat bayangan dengan kehidupan harian dan alam sekitar.
4. Banyak kan tengok dan buat kajian luar. National Geographic, buku buku, kehidupan manusiawi, dan sebagainya.

Contohnya:

Ikan di laut dalam. Warnanya merah, biru. Kulitnya licin. Tapi, kenapa kalau kita selam sampai dasar laut yang dalam tu, kita boleh nampak warna-warna ikan tu lagi? Dasar kan dalam dan gelap.

Haa, lagi. adakah ikan-ikan yang kulitnya cantik itu pergi saloon? facial? ohh. tidak. tu semua Allah aturkan. CANTIK kan!

- - - - -

Kita boleh kata, kalau time belajar ni lah.
"Haa, kita kena betulkan class management."
"Tukar kan traditional method kepada modern."
"Apa planning awak untuk class management? Nampak pelajar suka tidur."

dan sebagainya!

- - - - -

Kesimpulan:

Jadi guru jadi cikgu. Letak ikhlas. Letak jiwa. Letak cinta. Letak DIRI sendiri disitu.
Yeahh! Jerit jerit.

(Agak panjang)

Kalau Dah Tiba


Salam . Bismillah .

Hari hari menggamit hati.
Malam malam menggigit bintang.
Pagi pagi menggigit matahari.

Kalau dah tiba masa.
Aku akan jerit.
YES!
YEAH!
YIPI!

Tapi belum tiba masanya lagi.
Tak perlu gatal gatal tunggu.
Belum masanya lagi.

Tersengih sendirian.
Alam semesta masih terbentang.
Realiti masih dihadapan.
Berangan nanti kebelakang.

Masa itu belum untuk aku lagi.
Jadi begini dan buka lagi mata.
Tarik nafas. Lepas. Rasa perasa.

Kuasai Kuasa


Salam . Bismillah .

Kuasa. Siapa mahu kuasa. Siapa mahu beri kuasa. Siapa mahu ?
Kuasai. Kuasai diri. Kuasai suasana. Kuasai manusia.


Boleh aku kata, sebelum mahu kuasai manusia lainnya.
Kuasai diri itu dahulu. DIRI SENDIRI.
Nampak macam tahap cikai.

Aku masih belum dapat kuasai diri sendiri.
Haritu dulu sekejap sahaja.
Tak dapat rasa manis sangat.
Dah rasa masinnya.

Kuasai lagi diri. Sampai rasa YEAH!!



Kau pun tahu kan.
Hidup memang takkan rasa tenang dan puas.
Kalau aturan Tuhan kita lambatkan, kita tangguhkan.
Kalau amaran Tuhan kita langgar semberono.

Kau mungkin tak dapat rasa macam mana aku mahu rasa.
Mulakan iman dipagi hari. Diwaktu saha.
Dikala matahari terbit sedikit, aku langkah perlahan senyum bersama larian.
Dan, apabila matahari menyengat di mata dan badan, aku masih segar dijalanan aku.
Malam aku akan lebih sihat dengan jadual aku begini.

Aku masih gagal. Aku tahu.

Bina Lagi


Salam . Bismillah .

Mula begini.


Akhir begini.


Aku nak akhir aku, jadi susunan bata yang kedua. Dah macam apa ja sekarang ni.
Bukan main, tunjuk cat dinding tu putih coklat smart ja.
Sekali tembak dalam, kantoi pasir selekeh.

Ini unsur nya. Aku mahu gaul semua sekali sampai aku boleh susun balik bata aku jadi cantik!
Sebati.

Sekarang ada unsur perosak. Aku cipta dan layan sendiri.
Aku susun bata. Aku letak simen tipis-tipis. Sengaja tak nak bagi lekat.
Bila dah tergolek jatuh. Retak. Konon rasa bersalah.

Taubat!

Buat balik. Fuh.

Lagi. Aku bina semula bata. Cuba ubah.
Aku mati nanti. Tuhan ada disitu sini.



"Allah, teach me amanah. Teach me - I love You..."

Lelah


Salam . Bismillah .

Beraksi. Menari. Berlari. Merentas.

Minggu ini bulan ini. Memang lelah. Tarik nafas. Lepas lelah.

Tabiat lama masih tertanam dalam diri mungkin. Tangguh. Lupa.
Maka, terima akibat dengan rela hati.

Bila kau rasa penat. Aku lelah.
Bila kau rasa masin. Aku pahit.
Bila kau rasa lapar. Aku miskin.
Bila kau rasa lega. Aku ketawa.

Kalau mahu pandai, belajar. Kalau mahu siap, ponteng.
Tapi ini akan berlaku pada situasi dan keadaan tertentu sahaja.
Kerana kombinasi begini sedikit merbahaya untuk di amalkan.

Selamat Maju Jaya aku ucap untuk aku dan kau semua.

Hidup Sehat


Salam . Bismillah .

Harini, malam ini, saat ini.

Aku dan diriku.

Pernah secara serius memikirkan kehidupan 10 tahun akan datang?
30 tahun akan datang? 40 tahun akan datang?

Hm, kehidupan. Terus hidup selagi masih hidup.
Sihat gembira sentosa bahagia.

Sudah tiba masanya aku kejar apa yang aku mahu.
Selama ini sekadar endah tak endah.
Acuh tak acuh.

Tapi kini lebih kuat, OK. Usah peduli apa kata orang.
Ikut rentak dan kemahuan sendiri.

Perbaiki kehidupan yang lebih sihat. Mungkin lebih kaya.
Kaya jiwa - kaya sehat - kaya harta. Ya. Usaha lah.

Tapi, aku tidak mahu ia sekadar alas kaki yang lap sekali bersih.
Kemudian, tinggal.
Aku mahu ia jadi macam gunung berapi, dalam diam ia masih membara.
Sampai masa ia meletup, belum masa ia memeram panas sentiasa.

Yeah. Doa. Doakan! Bismillah Afra' . Kini.